in ,

Faizal Ismail Hos Apa Saja FBI Ikhwan Hos Galaksi

KOMBINASI HANGAT MALAM JUMAAT

Pada jam 11 pagi semalam, satu sidang media pelancaran program terbaru TV9 iaitu Apa Saja… FBI dan Galaksi musim baru telah diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama.

Hujung minggu sememangnya dinanti-nantikan oleh semua lapisan masyarakat yang inginkan masa untuk berehat dan bersantai bersama keluarga mahupun orang tersayang di rumah atau di mana sahaja. Hari minggu inilah TV9 mengambil kesempatan untuk memulakan pengembaraan bersama penonton menerusi dua buah rancangan menarik dan sensasi untuk tatapan semua iaitu Apa Saja… FBI yang sudah pun bermula pada 28 Januari 2011 dan Galaksi pada 4 Februari 2011 lalu.

Pengurus Besar TV9, Cik Sherina Noordin, berkata, “Malam Jumaat kini semakin hangat di TV9 dengan kombinasi program yang sensasi dan mencuit hati di mana ia dijangka dapat sambutan yang menggalakkan kerana kandungan kedua-duanya yang lebih bersahaja tetapi padat dengan hiburan yang dikehendaki oleh penonton setia kami. TV9 dengan berbesar hati ingin memperkenalkan dua deejay radio Hotfm terkenal iaitu Faizal Ismail dan Khairul Ikhwan Rosli yang akan menjadi teman anda pada setiap hari Jumaat. Ia akan bermula pada waktu malam selepas Berita TV9 dan merupakan back-to-back dari jam 8.30 malam sehinggalah jam 10 malam.”

“Penglibatan Faizal dan Ikhwan di TV9 ini memantapkan lagi kolaborasi di antara dua stesyen yang bernaung di bawah Media Prima Berhad iaitu TV9 dan Hotfm. Kedua-dua stesyen ini bekerjasama untuk memberi hiburan terbaik untuk sasaran penonton mereka yang sama iaitu penonton muda yang lebih berfokus kepada para belia dan remaja. Kami ingin mewar-warkan kepada semua untuk terus menonton ruangan ini kerana pelbagai hiburan akan dihidangkan bersesuaian dengan cita rasa penonton dan pendengar. Pelbagai aspek telah diambil kira dan sememangnya perubahan atau penambahan yang diatur merupakan yang terbaik untuk penonton TV9,” tambah beliau lagi.

Faizal Ismail

FAIZAL ISMAIL

Malam minggu anda bermula dengan Apa Saja… FBI pada setiap hari Jumaat jam 8.30 malam di mana anda semua akan digeletek dengan lawak Faizal Ismail, deejay terkenal Hotfm dan Anugerah Juara Lagu. Kepetahan dan keceriaan beliau telah berjaya membuatkan penonton di studio dan di rumah terhibur apatah muka bersahajanya ketika membuat jenaka di hadapan penonton. Ini dapat dibuktikan menerusi dua episod yang telah berlangsung yang mengetengahkan topik panas dan sensasi seperti “Suami Muda” dan “Terkenal di Youtube” baru-baru ini yang berjaya mendapatkan lebih 500,000 ribu jumlah penonton. Rancangan Apa Saja… FBI diterajui oleh Roslina Abdul Rahman sebagai penerbitnya.

Ikhwan dan Faizal

Menerusi Apa Saja… FBI ini, segmen Terkono Den juga diperkenalkan di mana Faizal sendiri akan ke luar studio dan berlakon untuk “mengenakan” orang ramai. Seakan ‘panggilan hangit’ tetapi penonton dapat melihat reaksi muka dan gelagat orang yang dikenakan oleh Faizal sendiri. Biar pun sudah “dikenakan”, namun ia sekadar gurauan sahaja selari dengan taglinenya “Yang penting Happening, jangan pening!”. Satu lagi kelainan rancangan ini adalah ia tidak sahaja memanggil artis-artis untuk diwawancara, malah turut menemuramah mereka yang terdiri dari orang ramai yang bukan artis tetapi terkenal menerusi laman you tube seperti Cikgu Shida serta Paku dan Belacan dalam episod ‘Terkenal Di You Tube”.

Selesai bergelak tawa bersama FBI, Ikhwan Hotfm pula menyusul bersama Galaksi, sebuah rancangan yang menyentuh tentang isu-isu semasa artis tempatan tanah air. Bersesuaian dengan tahun baru yang baru sahaja tiba, Galaksi juga tidak terlepas dengan sentuhan barunya seperti konsep, set, kandungan dan juga pengacaranya.

Ikhwan

IKHWAN

Ikhwan merupakan pengacara lelaki pertama bagi Galaksi dan pelbagai perancangan telah dibuat di antara Ikhwan dan krew penerbitan terutamanya penerbit Galaksi kini iaitu Nasir Ahmad atau lebih dikenali dengan Abg Nas. Pengalaman Abang Nas di dalam rancangan-rancangan berbentuk hiburan pastinya dapat membangkitkan pembaharuan terhadap Galaksi di samping pengacara sensasi yang sangat dikenali menerusi radio Hotfm.

DSC_3943

Terdahulu, Galaksi pernah dibawakan oleh Irma Hasmie, Sazzy Falak, Nadia Shahrul Anuar, Sharifah Shahirah, Nana Mahazan serta pengacara jemputan seperti Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Serina Redzuawan. Ikhwan kini diberi kepercayaan untuk menghembus nafas baru kepada Galaksi yang sudah bersiaran sejak 5 tahun yang lalu. Pasti ramai yang tidak sabar dan tertunggu-tunggu untuk mendapat pelbagai informasi menarik dalam Galaksi pada setiap minggu.

Kedua-dua rancangan hiburan yang berjaya meraih lebih daripada 500,000 ribu penonton ini pastinya dapat meluangkan masa yang berkualiti penonton setia kami bersama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.

Jangan lepaskan peluang menghangatkan lagi malam Jumaat anda bersama dua rancangan hiburan Apa Saja… FBI pada setiap hari Jumaat jam 8.30 malam diikuti dengan Galaksi musim terbaru pada jam 9.00 malam menerusi saluran Di Hatiku!

DSC_3861

DSC_3937

Ikhwan dan penerbit Galaksi, Nasir Ahmad

Penerbit Apa Saja, Roslina Abdul Rahman dan hos, Faizal

DSC_3920

krew Apa Saja FBI dan Galaksi

Penerbit, Hos, krew Galaksi dan Apa Saja

DSC_4009

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bunkface Participate In The Hong Kong Asian Pop Music Fair

Profile DYNDA RENNI