Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Faizal Ismail & Ben Firdaus Pengacara Baru Casa Impian Musim Kedua



Casa Impian, program dekorasi terbitan TV3 kembali lagi di musim kedua! Kali ini menampilkan pengacara baru, Faizal Ismail berganding dengan Ben Firdaus. Program kejutan yang mencetuskan inspirasi dan ilham dalam dekorasi rumah ini telah menukarkan siaran kepada setiap hari Ahad, jam 12 tengahari bermula 6 Julai 2008 di TV3.

Semalam, satu sidang media Casa Impian telah diadakan di Dewan Serbaguna, Sri Pentas TV3 pada jam 4 petang. Dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya, sidang media turut dihadiri oleh hos baru Faizal Ismail, Ben Firdaus, krew belakang tabir, wakil daripada penaja dan para media.

Emcee – Ahmad Fedtri Yahya

Sesi pelancaran Casa Impian dipenuhkan dengan memperkenalkan para penaja dan pereka hiasan dalaman. Turut ditayangkan kepada media tayangan visual dan sedikit sedutan daripada program ini.

Faizal Ismail & Ben Firdaus

Kalau musim lalu penyertaan hanya dibuka di kawasan Lembah Klang sahaja tetapi musim kedua ini terbuka kepada penduduk seluruh Semenanjung. Sebanyak 4,000 penyertaan telah diterima yang dibuka melalui laman web www.tv3.com dan sebanyak 40 peserta telah disenarai pendekkan untuk saringan ujibakat.

Sebanyak 9 orang peserta telah menerima pelbagai kejutan di saat-saat akhir boleh ditonton selain penonton juga dapat lebih banyak tips penjagaan rumah yang baru.

Kepada peserta yang tidak terpilih, mereka masih ada lagi peluang dengan cara menonton Casa Impian setiap minggu dan mengumpul jawapan setiap soalan yang diberi di akhir rancangan.

Casa Impian musim terbaru ini lebih ceria dan menarik lagi dengan konsep yang berlainan, elemen kejutan dan penampilan istimewa artis undangan. PIhak TV3 mendapat respon yang menggalakkan dan katanya ramai sekali mahu menyertainya.

Penerbit Wahyu Nursubiyaklo

Tidak lupa, para penaja Nippon Paint, Harvey Norman, Homelighting, Macy, Barang-barang dan Floor Depot diberi penghargaan kerana kesudian mereka menaja Casa Impian.

Casa Impian akan bersiaran sebanyak 13 episod (30 minit) dan diterbitkan oleh Wahyu Nursubiyaklo.

[tags]casa impian, hos, ahmad fedtri yahya, Faizal Ismail, Ben Firdaus, scandal Pengacara, Nippon Paint, Harvey Norman, Homelighting, Macy, skycrewz, tukang urut, you call the shots pdf, credit cards, credit lawyers, dangdut seksi, debit cards, female brides honeymoon love, gintel massage, Barang-barang, Floor Depot, siti nurhaliza[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Casa Impian Musim Baru di TV3
  • Review Hotel Casa del Rio Melaka
  • Adzriefaiz & Chad Hot FM Jadi Pengacara Baru Muzik-Muzik
  • Camelia Kahwin Datuk Tapi Bukan Wira Tun Daim Zainuddin
  • Promo Minggu Setiausaha Faizal Tahir & Sharifah Aleya
  • Deejay Radio Hot FM Faizal Ismail FBI Bela Jin?
  • Gambar Pengacara MyStarz LG Naz Habibur Rahman
  • Faizal Yusop Bekas Suami Siti Nordiana Kahwin Hari Ini
  • Program Wanita Hari Ini Bakal Perkenal Set Baru
  • Audition Ujibakat One In A Million Musim Kedua (OIAM 2)



  • 13 Komen untuk entri “Faizal Ismail & Ben Firdaus Pengacara Baru Casa Impian Musim Kedua”

    1. slamber kata:

      hai..i love to watch casa impian. kindly can i get ben firdaus contact number. i want to make over my house.thanks..

    2. ruby kata:

      mcmna nak hubungi ben firdaus

    3. mona tarmizi kata:

      macam mana nak hubungi ben firdaus

    4. farizal kata:

      tak ada nak komen…

    5. mama kata:

      casa musim baru banyak perubahan.nampak cam simple jee tp cantik..

    6. azwani ismail kata:

      rasa ingin bagi cadangan.. apa kata pihak casa impian pi rumah pelajar terbaik SPM 2008 , adik Nik Nur Madihah di kelantan untuk buat make-over, kita semua maklum, beliau dari keluarga yang sangat daif tapi dapat membuktikan kemiskinan bukan penghalang untuk berjaya… dah sekarang kerajaan kelantan sudah menghadiakan sebuah banglo kepada beliau… saya rasa rumah ini semestinya kosong…tiada perabot…kerana mereka tak mampu…ini adalah peluang terbaik untuk casa impian untuk membuat projek amal khas… bagi bulan ramadhan ni…sudah pasti jutaaan rakyat malaysia akan tertunggu-tunggu untuk melihat episod khas in!!

      Rumah banglo setingkat itu terletak di PT 1352, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.

    7. sha_ridz kata:

      saya baru memduduki rumah bru,so saya nk tnya warna ape yg sesuai bilik tidur sy,warna untuk ruang tamu dan warna untuk ruang makan.saya amat berharap pihak casa impian dapat membntu saya.lagi pun musim perayaan akan tiba x lama lagi dan saya amat berharap dapat menymbut rya thun ini dgn suasana rumah yg bru….terima kasih

    8. roslaili kata:

      bagaimana untuk menjadi peserta casa impian?saya ingin menjadi orang bertuah untuk casa impain mengubah dekorasi rumah saya.

    9. Elkay kata:

      Hi Eric ,

      I dont watch your show as i feel it is ridiculous to see rich people getting things free when they can actually afford.
      Why dont you refurnish those people houses that cant afford to buy things for their house.
      It is so unfair that people who are rich are given more attention than they already need.
      If you believe in GOD , you will change.
      Be humanitarian please.

    10. LIN AMOI kata:

      Teringin nak masuk peserta casa impian….berilah saya peluang…..

    11. LIN AMOI kata:

      bagaimana nak masuk peserta casa impian…..?

    12. wakawaka kata:

      ben firdaus boleh dihubungi melalui email
      bendp@yahoo.com atau fb
      ben firdaus azraai

    13. scarlet faz kata:

      salam..hye! saya slalu follow rancangan ni..waa abg ben nampak len lorh..hehe..tahniah~ ade masa dtg la jenguk2 kami di studio part 1 bg tunjuk ajr…huhuu..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK