FAIRUZ SELAMAT BEKAS VOKALIS ANTZ KEMBALI MENYENGAT
KEMUNCULAN FAIRUZ SELAMAT
Mohd Fairus Selamat dilahirkan pada 23 Mei 1985. Artis berbintang Gemini ini memberanikan diri untuk kembali ke dunia seni selepas lama mendiamkan diri. Dahulunya beliau merupakan vokalis untuk kumpulan ANTZ. Namun jodoh beliau dengan ANTZ tidak panjang. Beliau meneruskan perjuangannya dengan kumpulan Q-FACE pula. Kini beliau ingin dikenali sebagai FAIRUZ SELAMAT.

Tahun 2009 merupakan tahun bermakna buat hidup artis ini secara peribadi dan juga secara generalnya.Setelah pelbagai halangan untuk beliau terus menempatkan diri di dalam kelompok orang seni di Malaysia, kini beliau tampil solo.
Muncul sebagai artis solo merupakan percubaan terbaru untuk beliau terus di kenali dalam dunia seni Malaysia ini. Harapan awal beliau ialah dapat dikenali dan kekalkan nama sebaris penyanyi solo yang sedia ada seperti Jamal Abdillah, Anuar Zain, Hazami, M.Nasir dan angkatan baru seperti Imran Ajmain, Aliff Aziz, Dafi, Aizat dan Faizal Tahir.
Dalam album single terbaru beliau mempunyai 4 buah lagu.Beliau telah mula mengedarkan album single tersebut di stesen-stesen radio di Malaysia untuk diperdengarkan kepada umum. Lagu yang terdapat dalam album ini ialah Ku Undur Cinta, Palsu, Alahai Sayang dan Cinta Tak Sehaluan. Beliau berharap usaha dan bakat beliau kali ini dapat diterima baik di kalangan pendengar muzik di Malaysia khususnya.
Mengenai Album Fairuz Selamat
Single pertama Ku Undur Cinta ciptaan Joe Latif dan lirik oleh Norulhisyam. Single kedua iaitu Palsu adalah ciptaan Gnola dan lirik ditulis oleh Fedtri Yahya. Single kedua ini dijangka hits. Single ketiga ialah Alahai Sayang berentak Etnik Kreatif dan ia adalah edisi istimewa untuk album ini. Single terakhir ialah Cinta Tak Sehalun ciptaan Joe Latif dan lirik oleh Siso. Dirakam kembali dalam bentuk okestra.
Album ini dijangka keluar di pasaran pada akhir Februari atau awal Mac. Kepada mereka yang merindui kumpulan ANTZ dan Q-FACE bolehlah dapatkan album ini tak lama lagi.
Kepada yang berminat untuk menjemput Fairuz Selamat membuat persembahan bolehlah mendapatkannya melalui En. Ramlee Osman di talian 012 7169074 . Anda juga boleh mengenali beliau dengan lebih dekat dengan melayari blog beliau di http://fairuzselamat.blogspot.com
Perkara yang perlu anda tahu :
- Meminati seni lakonan.
- Suka bermain boling.
- Suka makan.
- Suka coklat.
- Gemar filem fantasi.
- Menjadikan Josh Groban sebagai idola.
- Tak boleh hidup tanpa Kentucky Fried Chicken
- Suka sky juice.
- Keras Kepala
- Malas Mandi
- Penakot (kot)
- Gemar menyanyi
- Meminati Siti Nurhaliza
- Suka berenang
- Suka bercakap
- Seorang yang tenang
- Meminati teater.
- Gemarkan Kuning.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





January 29th, 2009 at 12:32 am
thanx budi….
January 29th, 2009 at 1:52 pm
cover album barai gila shial!
January 29th, 2009 at 7:05 pm
fakta u salah sikit la budiey. kalau tak silap, fairuz dgn q-face dulu baru antz.
January 29th, 2009 at 11:18 pm
hahahahahahahahahahahahaha tetttttttttttt xpe budi my fault..hahaha!!adoiii
March 4th, 2009 at 9:51 am
hehehehe…
juz another face in the industry
juz another izwan pilus
juz another saiful MI
juz another sotong
March 19th, 2009 at 10:26 am
fairuz..err..camna nak dptkan mp3 untuk lagu baru awak tu…..
March 20th, 2009 at 5:49 am
sore die sdp..bikin x tdo mlm..huhu
ske dgr lagu2 lame die ngan q-face dlu…
March 20th, 2009 at 4:29 pm
congratulations fairuz….
antz pn x btahan….
April 9th, 2009 at 9:20 pm
tahniah!!
truskan USAHA!!!!!………….
buktikn kemmpuan anda!!!!!
Tahniah jgk dpt johan VokaliS NsyiD MinggU FESENI UM!!!!! HE2!!!!!
Best TEATER!!!!! jd perogol Eaa…………….. K!!!!!
April 11th, 2009 at 3:22 pm
lgu2 ni dah mule main kt radio ke?
radio mne ek?
nk dgr2!!
June 20th, 2009 at 10:01 pm
lordaseroul, mana boleh samakan dia dgn nama2 yg awk senaraikan tu..
is he a sotong??
i know him..he’s not like dat…
well..dont judge people toooo early.
plus..he is a nice person=)
July 27th, 2009 at 12:17 pm
aik dh ada album bru,hdup bro
August 3rd, 2009 at 9:55 pm
minat la dgr suara dia… best bangat.
August 3rd, 2009 at 9:57 pm
wish all the best 4 fairuz
August 9th, 2009 at 8:13 pm
kdg kala aq tgok 5ruz cam akim af7 apa2 pun 5ruz ttp 5ruz
August 20th, 2009 at 1:14 pm
welcome back to this industry…dah agak lama menanti akhir nya….. onestly org mmg suka ngan suara fairuz tak tau napa since dari q-face lagi…till now hope fairuz akan terus berjaya….good luck n all the best bro…..
October 11th, 2009 at 6:10 am
you are the best…
tp klu nynyi smula ngn kmpln antz
agi best….
smua lgu2 mlatop….
spe y nynyi kan
fairuz selamat la…
December 3rd, 2011 at 7:54 pm
asal diaorg x berkumpulan balik..