Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Fail Sulit AF



NAK MUNTAH DAH!
Pada saya, kedatangan Fail Sulit Akademi Fantasia disambut baik bagi seluruh peminat program realiti nombor satu itu. Kehadiran wajah-wajah yang mencipta memori selama 4 musim itu mengumpulkan kembali nostalgia lama yang sudah berlapuk.

Ada yang dah meluat, ada yang mau muntah bila tengok gambar-gambar lama… tapi itu terserah pada persepsi masing-masing. Berbeza dengan saya.. saya memang teruja untuk mengikuti program yang diacarakan oleh Kak Mah Gali (Sarimah Ibrahim) ini setiap malam Isnin hingga Jumaat bermula 8 Januari (iaitu semalam).

Boleh dikatakan program di astroria akan padat. Bermula dengan Fail Sulit Akademi Fantasia, Raja Lawak, X-tuned dan seterusnya… AF5 akan menemui anda pertengahan bulan April. Katanya, Akademi musim ini adalah yang terakhir… Mmm… betul ke?

APA ADA DALAM FAIL?
Soalnya apa ada pada Fail Sulit Akademi Fantasia? Pada lensa saya, program yang mengembalikan nostalgia ini bukan setakat menggorek kembali ceritera cinta (macam tajuk lagu Jacklyn je ek?) hangat dalam Akademi. Bukan setakat memaparkan rahsia tersirat di sebalik beberapa peristiwa dan kejadian… bukan setakat mengenengahkan kegedikan Kak Mah Gali (Sarimah Ibrahim) yang mengacarakan… bukan setakat memaparkan temubual dengan personaliti dan wartawan hiburan termasuk dia yang berjambang ini… namun pada saya Fail Sulit Akademi Fantasia lebih dari sekadar menggorek rahsia dan kontroversi serta ketidak puasan pelajar.

MENARIK KE?
Yang menarik saya, Fail Sulit Akademi Fantasia membahaskan disiplin pelajar yang diterapkan oleh penasihat residen. Siapa yang layak diberi kredit kalau bukan Cik Baha yang very der garang… Kepercayaan Penasihat Residen terhadap pelajar dan hormat pelajar pada PR bergantung pada psikologi dan didikan PR itu sendiri. Kekadang saya lihat, pelajar tidak menghormati sangat PR. Cik Baha pada saya memang seorang Penasihat Residen bertaraf lagenda aka diva! Cik Baha, jangan marah aaaa….

Contoh terdekat malam ini beberapa isu diutarakan iaitu ketidak puasan bekas pelajar (kini sudah bergelar bintang ini) tentang kostum atau pakaian yang diberikan. Mereka terpaksa pakai walaupun dalam hati ketika itu menolak dan berkeras-kerasan mengatakan pakaian tersebut tidak sesuai dipakai. Salah siapa? Salah astro yang tidak pandai memilih pereka kostum atau penata rias? Atau salah pelajar yang tidak pandai jaga badan? Atau salah kita yang tak berani bersuara dan melontarkan pandangan?

ADA BERANI?
Selebihnya Fail Sulit Akademi Fantasia ini seolah mencabar remaja yang diluar sana menyertai ujibakat Akademi Fantasia musim ke 5. Sejauh manakah perjalanan pelajar sebelum ini dapat mencorakkan bakal pelajar musim ke 5 nanti?

Pencalonan bagi pelajar yang tidak pandai menari:

  1. Faizal
  2. Mawi
  3. Mas
  4. Burn
  5. Felix

Penonton diminta mengundi… Undi lagi? Mmm… siapa nak jawab! AF memang sudah sinonim dengan undian SMS.

ARTIKEL BERKAITAN:-

  • Tips persediaan ketika menghadiri uji bakat!
  • Info Lokasi Lagu Uji Bakat AF5
  • Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , ,

    Comments

    comments

    Powered by Facebook Comments



    Click on the following buttons to share this article with your friends:





    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Salima AF Tidak Bertudung
  • Fail Sulit AF: Rusa Masuk Kampung & Cerita Mat Belia
  • Profile Sarimah Ibrahim
  • Isu Plagiat: Blog & Media Kewartawanan
  • AC Mizal Hos Akademi Fantasia 6 Sarimah Hos Diari AF6
  • SYOK BLOG – SEKADAR KONTROVERSI
  • Zahida Rafik Dituduh Ada Skandal Dengan Menteri Kabinet Sabah
  • ADV: Dapatkan ebook Panduan Merawat Keputihan di rawatkeputihan.com
  • Kes Cerai Anne Ngasri
  • DEVIATE New Resident Band Hard Rock KL April & May



  • 6 Komen untuk entri “Fail Sulit AF”

    1. baby comey kata:

      hai kpd semua artis malaysia yg mnyambut lebaran pd 13 oct ini sy ucapkn selamat mnyambut hari yg mulia ini.sy harap abg&akak semua dpt berjuang dlm industri tanah air.

    2. aina kata:

      saya rse sarimah owkey ble dierw jd p”gacare af6…..tp klu dierw xjd lg bgus coz dierw tue gedik sgt….

    3. ain_nia kata:

      suka kak mah gali…

    4. saleh kata:

      kak mah paling best..selambetak control pas tu ‘educated’..over kekadang tapi biaselah semua pengacara cam tu..

    5. mawi kata:

      salam..1 malaysia ,mawi gannu

    6. mawi kata:

      salam ..nabil bila nak nikah?mawi,gannu

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK