in

Fahrin Ahmad Pengacara Misi 12

Bagi terus menyemarakkan lagi penawaran program-program berkualiti pelbagai genre sempena tahun 2012, pihak Astro Ria dengan berbesar hati membawakan program terbaru berjudul MISI 12 yang bakal bersiaran pada bulan Februari kelak.

Dihoskan oleh pengacara Fahrin Ahmad, MISI 12 merupakan sebuah program untuk membantu dan merubah masa depan 12 orang remaja terpilih. Mereka ini di kalangan yang menganggur, bertaraf pendidikan rendah, kurang keyakinan diri serta mempunyai masalah sosial. Tujuan utama MISI 12 adalah untuk mengukuhkan emosi mereka supaya mereka memperoleh kemahiran hidup secara praktikal, menjalani kehidupan lebih sihat, melaksanakan matlamat pendidikan mereka dan membentuk asas yang diperlukan untuk mencapai objektif berdikari dan peralihan mereka ke dalam hidup mereka sendiri.

Majlis Pelancaran Misi 12 akan diadakan pada minggu depan di Nur Laman Bestari, Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam. Turut hadir sewaktu majlis ini kelak ialah mentor-mentor terlibat yang terdiri daripada ikon-ikon hebat dalam industri filem, automobil dan kepenggunaan.

Fahrin Ahmad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

American Idol Musim Ke 11

New Airline Operational Management System