in ,

Fahrin Ahmad Kongsi Idea & Tip Rumah Impian

Menjadi trend masa kini, masyarakat kita lebih memilih program dekorasi rumah yang disiarkan di televisyen berbanding meluangkan masa mendapatkan informasi menerusi bahan bacaan. Namun tidak dinafikan peranan kedua-duanya penting cuma terpulang kepada orang ramai memilih pendekatan mereka sendiri. Malah jika digabungkan idea daripada pendekatan menerusi tontonan di televisyen dan bahan bacaan seperti buku dekorasi rumah mampu menyumbang kepada idea yang lebih menarik lagi.

Terbaharu Radio Televisyen Malaysia (RTM) lebih menonjol dan menyerlah bakatnya dalam bidang lakonan tidak membataskan pelakon terkenal Fahrin Ahmad terjun dalam bidang pengacaraan. Tampil dengan sebuah program berkonsepkan informasi berkongsi panduan dan idea rumah kediaman, Fahrin muncul sebagai hos menerusi program “Inspirasi” yang sedang bersiaran setiap Isnin, pukul 9.30 malam menerusi saluran TVi.

Fahrin Ahmad Kongsi Idea dan Tip Rumah Impian Dalam “Inspirasi” Di TVi

[dropcap]P[/dropcap]rogram 13 episod ini mengetengahkan tiga segmen setiap minggu seperti segmen fokus, apa kata pakar dan panduan idea yang dilihat menyumbang kepada informasi berguna kepada penonton yang sedang memikirkan idea rumah impian masing-masing. Apatahlagi setiap episod mengundang pakar berlainan yang berkongsi idea, pandangan dan tip daripada sudut pandang pakar dekorasi rumah.

[pullquote align=”right”]Menerusi segmen fokus, ikuti temu bual Fahrin bersama pakar membincangkan antaranya tentang banglo mewah konsep moden, kondo konsep moden futuristik, dan rumah semi D konsep moden.[/pullquote]

Seterusnya dalam segmen apa kata pakar, ikut perbincangan dan perkongsian topik pembelian rumah pertama, memasuki rumah baharu, kepentingan insurans kediaman dan banyak lagi panduan berguna untuk semua.

Mengakhiri program Inspirasi, ikuti segmen menarik panduan idea yang mengupas idea tentang gazebo, lampu dan pencahayaan juga kertas dinding yang boleh dilakukan sendiri oleh pemilik kediaman mengikut citarasa mereka sendiri. Ia sekaligus dapat mengurangkan kos upah dan cetusan idea ini dapat digunakan kepada pemilik rumah yang masih mahu menggunakan tenaga pakar untuk menghiasi kediaman mereka.

Bersama-sama kongsikan idea dan tip berguna ini dalam menyumbang kepada kediaman rumah impian anda.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Menariknya Drama Bersiri DEMI CINTA AIN

Pelancaran Album Azimat Band Hari Ini