in

Fahrin Ahmad Jadi Rebutan Eja & Lisdawati?

Fahrin Ahmad jadi rebutan Eja & Lisdawati dalam Dia Bukan Maryam

Drama terbaru Dia Bukan Maryam bakal menemui para penonton mulai 24 Januari 2011, jam 8.30 malam pada setiap Isnin dan Selasa di dalam slot Ratu. Drama yang menyentuh perasaan ini membariskan para pelakon handalan seperti Siti Shahrizah (Eja), Fahrin Ahmad, Lisdawati, Aqasha dan Rusdi Ramli. Lokasi jalan ceritanya di sekitar Kuala Lumpur, Madinah, Mekah dan Jeddah.

354_1867_01 01470405

Dia Bukan Maryam arahan Erma Fatima menceritakan tentang perasaan kasih dan sayang serta pengorbanan antara cinta dan persahabatan. Perasaan sendiri diketepikan lalu membuat keputusan melupakan hasrat hati. Cinta tiga segi antara tiga sahabat, Sarah(Eja), Nazir (Fahrin Ahmad) dan Zaimah (Lisdawati) membawa kepada suatu pengorbanan yang ikhlas lalu memendam kekecewaan.

Drama ini bersiaran sebanyak 26 episod yang bermula dengan pernikahan antara Sarah dan Nazir.

Mereka selamat diijabkabulkan manakala Zaimah membawa diri mengubati kekecewaan. Zaimah menaruh perasaan terhadap Nazir tetapi berkorban demi Sarah, sahabat baiknya, sehingga sanggup mengetepikan perasaan sendiri demi melihat sahabat baiknya kembali tersenyum.

Sepanjang dia menhilangkan diri demi mencari ketenangan, Zaimah telah bertemu dengan Shafik (Aqasha) yang juga baru lepas putus cinta ketika itu.

Manakala Nazir menyukai Zaimah dan berusaha mendekatinya. Malangnya, Sarah ditimpa kesusahan apabila dituduh membawa malang dan sial yang menyebabkan kematian Kamal (Rusdi Ramli).

354_1483_01 01235622

Kamal ditimpa kemalangan lalu meninggal dunia sewaktu menemani Sarah ke Genting Highland. Selepas kejadian itu jiwa Sarah tertekan, menyalahkan dirinya punca kematian Kamal dan sering meracau. Apatah lagi ibu Kamal menuduhnya sebegitu menyebabkan keadaan dirinya semakin merosot.

Sarah tidak kuat menerima dugaan membuatkan Zaimah hampir berputus asa memberi semangat kepadanya lalu Sarah pergi mencari Nazir. Nazir membantu Sarah seikhlas hati dan berjaya mengeluarkannya dari kekalutan itu dan dia kembali pulih. Nazir dan Sarah semakin akrab membuatkan Zaimah berkecil hati dan menjauhi mereka.

Pelbagai konflik dialami dan persoalan demi persoalan bergolak dalam diri tiga sahabat ini. Realiti kehidupan perlu dihadapi dengan pengorbanan, kekecewaan dan cinta yang terpendam.

Nantikan selanjutnya episod-episod yang menyentuh perasaan dalam Dia Bukan Maryam pada setiap Isnin dan Selasa di TV9 jam 8.30 malam bermula 24 Januari 2011 ini di dalam slot Ratu.

Nazir(Fahrin) dan Sarah (Eja)

Lisdawati sebagai Zaimah

Fahrin Ahmad sebagai Nazir

354_2213_01 01290409

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Lisa Surihani di Pelancaran Mimpi Kita

Supertots Netcarbon Legion of Friends Contest