in

Fahrin Ahmad Jadi Pengacara Dunia Pencetus Ummah

Budiey nak ucapkan tahniah buat pelakon dan selebriti terkenal, Fahrin Ahmad yang telah dilantik dan ditugaskan menjadi pengacara Dunia Pencetus Ummah yang akan disiarkan menerusi saluran Astro Oasis dan Mustika HD. Fahrin Ahmad bakal bergandingan bersama penceramah bebas terkenal Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Fahrin Ahmad Jadi Pengacara Dunia Pencetus Ummah

[pullquote]Kejayaan program realiti pencarian pendakwah generasi baharu, Pencetus Ummah (PU) musim pertama yang diperkenalkan pada tahun lalu membuatkan stesen televisyen Astro memperkenalkan kesinambungan program itu menerusi Dunia Pencetus Ummah (Dunia PU).[/pullquote]

Selepas mencipta fenomena televisyen di Malaysia dengan mencatat rating 5.5 juta penonton pada episod akhir, Pencetus Umah kini bakal kembali kepada masyarakat dengan pendekatan dakwah yang lebih kreatif menerusi ‘Dunia Pencetus Ummah’. Menariknya slot rancangan keagamaan ini akan menjelajah ke 7 buah negeri sekaligus bagi mendekati masyarakat khususnya golongan belia dan remaja bagi menyebarkan dakwah dan berkongsi ilmu serta pengetahuan dalam agama.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Namanzee Harris berkata, program tersebut adalah sebagai langkah menaikkan semula nama-nama pendakwah PU musim lalu yang pernah menjadi fenomena buat penonton.

“Program PU yang lalu mendapat sambutan luar biasa. Justeru PU kembali kepada masyarakat dan menyumbangkan kepakaran mereka dalam membangunkan Islam. Kami akakn meneruskan pendekatan kreatif kami, kali ini lebih dekat dengan masyarakat juga golongan remaja yang telah menyokong program ini. Kami ingin menjadikan peserta-peserta musim lalu terus relevan buat penonton agar mereka lebih dikenali. Program ini pula konsepnya sama seperti PU lalu, cuma dakwah yang disampaikan lebih santai tanpa juri di hadapan.”

Namanzee ditemui pada majlis pelancaran Dunia PU bersama dengan pengacara program itu, Fahrin Ahmad dan Dr Ridhuan Tee Abdullah di Hotel JW Marriot di sini pada Rabu. Tambah Namanzee, Dunia PU juga akan membawa kesemua peserta PU musim lalu menjelajah ke tujuh buah negeri bagi menyampaikan dakwah masing-masing. Antara negeri yang akan dijelajah termasuklah Negeri sembilan, Melaka, Terengganu, Pahang, Kelantan, Johor dan Kedah.

Dalam pada itu, Namanzee berkata, program ini juga sebagai sumbangan semula kepada masyarakat yang menyokong sepanjang PU musim pertama diadakan.

“Kami bukan sekadar membawa peserta-peserta PU ini berdakwah. Tetapi pada masa sama turut  menganjurkan sesi uji bakat untuk program PU musim kedua sepanjang rakaman program Dunia PU dijalankan.”

Rakaman program Dunia PU akan bermula 19 April ini dan akan disiarkan menerusi saluran Astro Oasis dan Mustika HD pada setiap Khamis, pukul 9 malam, bermula 1 Mei depan.

Berikut adalah antara lokasi ‘Dunia Pencetus Ummah’:
19 & 20 April     Dewan JKKN, Seremban Negeri Sembilan
17 & 18 Mei       MITC, Ayer Keroh, Melaka
13 & 14 Jun       Dewan Berlian, Majlis Pembandaran Kemaman, Terengganu
5 & 6 Julai          Dewan Utama Wisma Belia, Kuantan Pahang
18 & 19 Julai      Dewan JKK, Kota Baru Kelantan
8 & 9 Ogos         Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor
22 & 23 Ogos     Dewan Perbandaran Sg. Petani, Kedah

Astro turut mengadakan sesi ujibakat Pencetus Ummah musim kedua serentak di lokasi Dunia Pencetus Ummah ini dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Perkenal Laluan Antarabangsa Baru dari Johor Bahru

Selebriti Popular Ucap Salam Takziah Atas Kematian Jeremy Little