in ,

Ezlisa Loy Dapat Keputusan SPM Cemerlang 7A 2B

Tahniah buat pelakon yang juga adik beradik kepada Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy yang telah berjaya mendapat 7A 2B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan hari ini.  Cemerlang tu! Berita dikhabarkan oleh Elfira Loy di Instagram miliknya.

Beliau merupakan salah seorang penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On (2). Ezlisa Loy melahirkan rasa gembira, lega dan bersyukur sebaik sahaja mengetahui dia mendapat keputusan.  Ezlisa atau nama sebenarnya Nurul Eslisa Loy Ahmad Sabri memperolehi ‘A’ dalam pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam juga Sejarah dan ‘B’ dalam matapelajaran Biologi dan Kimia. Fuh, mantap dah tu keputusan SPM Ezlisa ni.

Ezlisa Loy

“Bila saya sampai sekolah tadi, aya terus jumpa cikgu dan cikgu ucap tahniah pada saya, katanya keputusan saya bagus. Tapi masa tu saya tak tahu lagi keputusan saya. Kemudian saya berjumpa dengan seorang lagi cikgu saya. Cikgu tu terus peluk saya dan dia menangis. Kemudian saya pergi ambil keputusan saya. Tapi saya tak terus tengok. Saya terus lari ke kereta dan tunjukkan pada ibu saya. Lepas tu saya dengan ibu saya terus menjerit gembira. Alhamdulillah saya dapat keputusan yang baik. Saya gembira sangat.”

Tambah pelakon yang pernah mucul dalam drama ‘Debunga Lalang’ ini, dia juga sudah memberitahu kepada ayahnya. Sebagai meraikan kejayaannya itu, malam ini mereka sekeluarga akan keluar makan bersama.

“Saya pun dah beritahu ayah saya. Ayah janji malam ni nak bawa keluar makan dan saya boleh minta apa saya yang saya inginkan daripadanya. Tapi buat masa ini saya tak fikir lagi nak minta apa daripada ayah saya.”

Dalam pada itu Ezlisa juga meluahkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada kakaknya pelakon Elfira Loy. Katanya, Elfira antara orang paling teruja bila mengetahui keputusan SPM-nya. Malah selama ini kakaknya itu banyak membantunya dalam pelajaran.

“Kakak paling teruja sekali. Saya berterima kasih kepada dia kerana selama ni dia memang banyak membantu saya dalam pelajaran. Dia yang bayarkan yuran tuisyen saya. Malah bila tahu saya dapat 7A, dia terus tanya saya nak belajar di universiti di mana sebab dia nak tanggung semua yuran pembelajaran saya nanti.”

Lantas ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Esliza berkata dia sudah memperlahankan aktiviti lakonan. Sebaliknya mahu fokus pada pelajaran dan cita-citanya ingin menjadi seorang doktor gigi.

“Saya dah tak ambil sangat tawaran brlakon, memang saya nak perlahankan aktiviti lakonan saya. Saya nak tumpukan pada pelajaran saya selepas ni kerana lepas ni mesti lagi susah dan saya haru belajar bersungguh-sungguh. InsyaAllah, saya merancang nak melanjutkan pelajaran di luar negara, nak ambil A Level dulu. Saya nak ambil jurusan doktor pergigian.” – Sumber: Malaysian Digest

Dah tahu keputusan SPM korang? Jom kongsikan kat sini. 🙂

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Saudagar Boria Lakonan Johan Raja Lawak

Sarimah Ibrahim Hangat Bercinta Dengan Kerabat