in ,

Experience To Believe Berjaya Buktikan PETRONAS PRIMAX 95 Terbaik

Hari yang indah bermula dengan perjalanan yang indah. Ya, Budiey rasa malu dan segan sangat nak mengaku kat sini, Budiey sebenarnya tak pernah memandu jauh dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Sememangnya, memandu kali pertama dari Kuala Lumpur menuju ke Ipoh satu pengalaman yang sangat ohsem dan cukup happening. Tambahan pula dengan menggunakan minyak petrol PETRONAS PRIMAX 95 with Advanced Energy Formula! Pergh! Mantap habis!

Petronas

Pada 8 November 2014 yang lalu, hari yang cukup indah dan ceria di mana Budiey dijemput oleh PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) untuk mengikuti konvoi Experience To Believe yang menguji keberkesanan PETRONAS PRIMAX 95 yang terbaru.

Kami #BudieyBuddies hari ini dijemput oleh PETRONAS BRANDS untuk menyertai konvoi ke Ipoh untuk event PETRONAS Experience to Believe. Sekarang ini, kami bersarapan dulu di Bens Publika bersama lebih 20 orang media. Sebanyak 30 kereta akan berkonvoi ke Ipo

Pertemuan kami pada awal pagi Sabtu yang hening dengan cuaca yang agak basah gara-gara hujan renyai-renyai sedikit pun tidak menghalang Budiey malah cuaca mendung membuatkan Budiey rasa semangat dan ceria untuk memulakan perjalanan.

9.30am : We're ready to flag off to Ipoh. #PRIMAXEfficiency #PETRONASBrands

Budiey bernasib baik kerana sahabat dari BudieyBuddies sudi menemani Budiey untuk perjalanan ini. Kalau tidak ada mereka, tak tahulah apa nak jadi sebab Budiey rasa mengantuk dan cepat letih kalau tidak ada peneman. Terima kasih PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) kerana sudi menjemput Budiey.com dan BudieyBuddies.

Petronas

Bercakap tentang PETRONAS PRIMAX 95 yang dipertingkatkan mutunya ini, mulanya Budiey agak skeptikal juga dengan produk terbaru ini memandangkan minyak petrol sebelum ni dah cukup baik dah bagi Budiey. Tapi inilah yang dinamakan teknologi yang sentiasa pesat membangun.

Manusia takkan puas untuk mencipta sesuatu yang lebih baik untuk kesenangan semua penghuni dunia. Ya, teknologi akan sentiasa berkembang. Ia takkan statik. Oleh kerana itu, PETRONAS pasti mencari jalan terbaik untuk menjadikan pengguna lebih setia dan lebih berpuas hati dengan mutu dan kualiti produk.

Petronas

Budiey berkata demikian adalah kerana Budiey antara jutaan pengguna yang setia menggunakan produk yang setanding dengan petrol berteknologi F1 ini. Tup-tup sekarang, Budiey pun terkejut juga, kita dah ada PETRONAS PRIMAX 95 yang baharu dengan Advanced Energy Formula di mana ia diaplikasi dengan perkembangan minyak untuk pasukan pemandu MERCEDES AMG PETRONAS Formula One yang menang besar pada tahun ini.

Nampaknya, sehari suntuklah habang spend masa di jalan raya menguji sejauh mana keberkesanan menggunakan minyak petrol PETRONAS PRIMAX 95. Terima kasih PETRONAS sudi menjemput Budiey & BudieyBuddies mengikuti konvoi ke Ipoh bersama 30 wakil media. #PRIMAX

Budiey rasa sangat teruja untuk menggunakan produk terbaru ini yang dipertingkatkan dan tak sabar nak tengok kesan kepada pemanduan Budiey nanti. Selesai sahaja sarapan pagi pada jam 9 pagi itu, kami mendengar taklimat serba sedikit tentang perjalanan kami. Ya, keselamatan diutamakan dan kami wajib mengikut arahan daripada pengarah konvoi. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan dan Budiey bernasib baik sebab kereta Budiey dapat nombor ke-11. Jadi, tidaklah disuruh mengetuai konvoi sangat kan. Tidak mengapa, yang penting kami enjoy dengan perjalanan yang begitu lancar dengan minyak petrol PETRONAS PRIMAX 95 ini.

Pasti pembaca semua tertanya-tanya, apakah kelebihannya produk minyak petrol PETRONAS PRIMAX 95 yang terbaharu ini. Okaylah, Budiey nak ceritakan sedikit info kat sini untuk semua pembaca. PETRONAS PRIMAX 95, dengan Advanced Energy Formula ini dapat mengurangkan geseran untuk meminimumkan kehilangan tenaga, mencuci enjin sekali gus meningkatkan penjimatan petrol.

Ya, ternyata dan terbukti jelas, perjalanan kami dari KL ke Ipoh sangat lancar. Enjin tidaklah terasa berat dan pendek kata perjalanan kami sangat lancar tanpa gangguan.

Tidak syak lagi keberkesanannya kerana ianya dihasilkan dengan kerjasama PETRONAS PRIMAX Technical Performance Consultant dan MERCEDES AMG Formula One.

Sebenarnya, Budiey dari dulu lagi menjadi pengguna setia minyak petrol PETRONAS PRIMAX 95 ini. Kerana apa? Pastinya sebab ia akan menjimatkan wang saku Budiey. Ya, sesiapa juga yang memandu kereta pasti fikir pasal macamana nak jimatkan minyak kan? Budiey pun juga fikir pasal isu yang sama. Namun, selepas mencuba PETRONAS PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula yang baru ini, segala isu ini selesai.

Petronas

Oleh kerana cuaca mendung dan hujan renyai, jadi Budiey mengambil keputusan untuk tidak memandu terlalu laju. Jadi perjalanan dari KL ke Ipoh mengambil masa 4 jam. Masa ini dikira sekali dengan masa kami singgah untuk berehat, buang air dan membeli belah di Kedai Mesra PETRONAS. Haa, kauuu… sempat shopping lagi tau. Bukan apa, tidak apa yang perlu kami kejar sangat pun. Sebab, dalam atur acara yang diberikan, kami hanya akan singgah makan tengahari di The Indulgence dan terus pulang semula ke Kuala Lumpur. Memang satu kenangan yang indah kerana sahabat Budiey iaitu Cyrill Hassan dan Yus Yunus banyak menceriakan Budiey ketika dalam perjalanan. Banyak benda kami perbualkan dan tak kurang, kami berbincang tentang manfaatnya menggunakan minyak petrol PETRONAS PRIMAX 95 ni. Ketiga-tiga dari kami menggunakannya dari dulu sampai sekarang dan tak pernah bertukar stesen minyak. Haaa, kau mampooooo?

Bayangkan buat masa ini, perasaan memandu kereta rasa sangat santai dan menyeronokkan terutama apabila Budiey sering memerhatikan bar minyak meter. Bayangkan semasa memulakan perjalanan ke Ipoh, Budiey dah isi minyak penuh tangki kerana kami diberikan “PETRONAS Gift Card” sebanyak RM100. Jadi, Budiey perhatikan semasa kami sampai di Ipoh pada jam 2 petang, kami lihat hanya dua bar sahaja yang hilang.

Fuh! Cukup jimat. Syabas buat PETRONAS dengan minyak petrol ini. Oh, tak hairanlah, sekarang ini PETRONAS dah menguasai sekitar 30 peratus penguasaan pasaran dan sedang giat melaksanakan pelbagai strategi bagi memastikan angka berkenaan terus meningkat. Bravo!

Ini dipersetujui dan diakui oleh Ketua Jabatan Pengalaman Pelanggan, Bahagian Perniagaan Runcit PDB YM Raja Mazhar Mohar Raja Mohar berkata, setakat ini PETRONAS menguasai 30 peratus penguasaan pasaran dan angka berkenaan dijangka meningkat secara signifikan khususnya dengan pengenalan produk baru, Petronas Primax 95 baharu dengan Advanced Energy Formula.

Semasa sessi briefing di mana semua dari kami dah sampai di Publika, Solaris Mont Kiara, semua media mendapat penerangan yang lebih terperinci tentang PETRONAS PRIMAX 95 yang dipertingkatkan ini. Primax 95 baharu dengan Advanced Energy Formula dihasilkan untuk memberi kecekapan petrol lebih tinggi bagi memberikan jarak perjalanan yang lebih jauh.

Petronas PRIMAX 95 membersihkan enjin untuk mengoptimumkan penghantaran, serta menghasilkan semburan petrol yang lebih halus untuk menambah baik pembakaran dan pelepasan tenaga. Ketiga-tiga fungsi ini bergabung untuk memberikan kecekapan petrol yang lebih hebat. Bahan api ini direka untuk memberikan prestasi yang lebih tinggi dan lebih baik bagi perjalanan yang lebih jauh.

Petronas sentiasa konsisten dalam mewujudkan piawaian baharu bagi industri dan akan terus mencipta penyelesaian inovasi baharu bagi pelanggan sebagai satu strategi untuk kekal sebagai jenama pilihan.

Petronas Primax 95 baharu dengan Advanced Energy Formula dihasilkan melalui kejayaan kejuruteraan Petronas dalam membangunkan teknologi bendalir automotif yang membawa kejayaan berterusan kepada pasukan Formula One Mercedes AMG Petronas dalam perlumbaan Formula One tahun ini.

Masih segar dalam ingatan, selepas beberapa hari dan sehingga hari ini menggunakan PETRONAS PRIMAX 95 terbaru dengan Advanced Energy Formula pada kereta Budiey dan masuk ni dah beberapa kali mengisi tangki hampir penuh… Budiey mendapati perubahan yang sangat signifikan dan ketara telah berlaku.

Budiey dapati enjin terasa lebih ringan dan senyap, pemanduan menjadi lancar dan paling menggembirakan ialah tahap penggunaan petrol kini mula berkurangan.

Budiey berani katakan di sini, dengan Primax 95 baharu dengan Advanced Energy Formula, tahap penggunaan petrol untuk kereta saya menjadi lebih jimat, sekitar 5 hingga 15 peratus.

Pada mulanya agak sukar untuk Budiey percaya kerana sudah biasa mengisi RM50.00 petrol RON95 dan hanya mampu bertahan untuk tempoh beberapa hari sahaja dalam jarak perjalanan yang tidak sejauh mana. Tetapi kini untuk jarak yang sama, petrol di dalam tangki masih banyak berbaki, ianya cukup menakjubkan! Anda patut cuba ni. Serius cakap!

Kesimpulan yang dapat Budiey buat di sini ialah PETRONAS PRIMAX 95 Baharu dengan Advanced Energy Formula terbukti lebih jimat, berkuasa dan mampu melancarkan operasi enjin, selain menjadikan enjin lebih senyap. Saya terfikir juga jika hanya saya saja yang berperasaan begitu, tetapi tidak kisahlah, yang penting kini saya dapat berjimat berbanding sebelum ini.

Akhir kata, Budiey nak ucapkan terima kasih banyak kepada PETRONAS Dagangan Berhad kerana sudi menjemput Budiey.com dan BudieyBuddies untuk mengikuti konvoi ke Ipoh. Pengalaman yang tak akan Budiey lupakan sampai bila-bila.

Untuk info lanjut, anda boleh layari: http://www.primax.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nur Fazura di Sidang Media FACING UP TO FAZURA

Che Ta Jawab Langgar Pantang Shopping di JPO