Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Evolusi Irama Ghazal Kontemporari Dari Ghazala



Bayangkan lagu Pagi Yang Gelap dari Hujan dinyanyikan dalam muzik Ghazal. Amacam? Menarik tak? Dan realitinya memang wujud dan sudah pun dilakukan oleh grup Ghazal yang mengelarkan diri mereka GHAZALA. Budiey telah bertemu dengan mereka di Majlis Minum Petang Anugerah MACP di Restoran Sri Puteri baru-baru ini. Mendengar lagu yang sedang top nyanyian mereka dalam irama mereka, Budiey terasa betapa muzik itu terlalu universal.

GHAZALA: EVOLUSI GHAZAL
Ghazala, kumpulan ghazal dari bandar Muar, Johor dianggotai oleh Irman, Ishak, Mohd Shahzerin, Mohd Fiqry, Mohd Nazri sebagai vokalis, ingin menjadikan muzik ghazal sebagai satu medium hiburan yang boleh diterima semua lapisan masyarakat. Mereka selalu mengadakan persembahan di majlis perasmian, sekolah serta menerima jemputan di majlis perkahwinan di sekitar Muar. Selain itu, pernah memenangi pertandingan ghazal di peringkat antarabangsa apabila menyertai Festival Kesenian Melayu Sedunia 2001.

“Kumpulan kami sebelum ini dianggotai seramai 11 orang, namun, atas sebab kesesuaian untuk sesi rakaman, sekarang hanya mempunyai lima orang sahaja,” jelas Nazri. Untuk rekod, ahli kumpulan ini mendapat tunjuk ajar dari Tuan Haji Abu Bakar Haji Ali, seorang aktivis ghazal yang cukup terkenal di Johor.

Kumpulan Ghazala mempunyai keunikan tersendiri kerana bukan sahaja mempersembahkan rentak ghazal tradisional, tetapi memberi nafas baru dengan menerapkan rentak ‘Rock’ dalam pertunjukkan. Untuk majlis anjuran MACP nanti, mereka akan mempersembahkan rentak ghazal paling ‘Rock’ yang pernah didengar.

“Bermain ghazal agak susah juga, ini kerana ia tidak mempunyai kod tertentu. Namun yang pasti, ianya cukup unik,” jawab Nazri apabila ditanya tentang kepuasan bermain alat muzik itu. Satu lagi keunikkan kumpulan Ghazala ialah dengan imej ‘sempoi’ yang ditonjolkan.

“Kami sebenarnya bukan ingin merosakkan keaslian ghazal dengan imej ini, tapi kami percaya, ianya mampu menarik minat golongan remaja mendekatkan diri dengan ghazal,” ulas Nazri menjawab jika imej sempoi itu akan menjadi kontroversi dan tidak dapat diterima masyarakat.

Bagi kumpulan yang meminati Kitaro serta Nirvana ini, mereka yakin genre muzik ghazal kontemporari ini akan diterima masyarakat. Ghazala percaya, dengan keunikan dan kelainan yang ditampilkan, mereka akan pergi lebih jauh.

Selain dari persembahan di majlis anugerah MACP, kumpulan Ghazala sudah bersedia untuk merakamkan album sulung dengan sebuah syarikat rakaman antarabangsa. Meraka juga akan mengadakan persembahan di Rainforest Festival 2009.

[tags]Ghazala, irama, lagu ghazal, download, mp3, video youtube, tarian, macp nomination, contemporary, muar, tour, lifehacker.com, gua muzik, portal, seni, lolcat, gimik salima, salima bertunang, kisah kasih, lagu salima, single terbaru, awards, apm review, winner, pemenang apm[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Anuar Zain, Ning Baizura, Faizal Tahir di Rakaman Ghazal Rock
  • Jehan Miskin dan Nabila Huda Bercinta?
  • Gambar Scha Alyahya di Majlis Prebiu Media Evolusi KL Drift 2
  • Pertandingan Akhir Evolusi Muzik Sihat Revolusi Cipta Kreativiti
  • Album Sangkar Hadiah Jazz Kontemporari Atilia Sehati Berdansa
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Serina Redzuawan & Chef Ridz Hos Sajian Kontemporari
  • Lirik Lagu Raya Duet Hafiz Hamidun dan Haziq Mentari Syawal
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Evolusi KL Drift 2
  • Gambar Anuar Zain, Ella, Ning Baizura, Faizal Tahir Dalam GhazalRock



  • 18 Komen untuk entri “Evolusi Irama Ghazal Kontemporari Dari Ghazala”

    1. Mohd Jalil Jo-Jr kata:

      Hallo macammana nak hubungi kumpulan ghazal ini…wassalam
      apa phone nombor………..

    2. Hussaini Abdul Karim kata:

      Boleh tolong carikan saya kumpulan ghazal profesional dan kumpulan penari zapin (kanak-kanak) untuk satu jamuan di Singapura pada 25 Oktober 2008? Bayarannya boleh dibincang dan mesti tentukan semua ahli-ahli dan crew mesti ada passport untuk masuk ke Singapura. Tolong hubungi saya di +0123935328 atau e-mail: hak5020022002@hotmail.com . Sekian, terima kasih.

    3. Ghazal kata:

      Alhamdulilah ada juga bebudak muda yang nak mengetengahkan irama ini. Pak Bakar mungkin banyak mengajar seni ini. Tapi ada baiknya baca sejarah dan perjuangan Lagenda Ghazal Arwah Hj Ahmad Yusoh dulu yang pernah mencentuskan kontrovesi sekitar 60an dan 70an diantara beliau dan tokoh perjuang melayu Prof. Dr Ungku Aziz dalam memodenkan Ghazal Parti Asli. Cari keratan-keratan akbar, majalah-majalah dan artikel-artikel di arkib negara dan sebagainya. Baru le adik-adik dapat memahami betapa sesaknya pejuangan beliau sehingga beliau sendirinya diminta menjadi pensyarah di Universiti di Malaysia dan pensyarah tamu di Indonesia, Singapura dan Brunie. Malangnya ramai yang melihat asal tertubuhnya irama Ghazal tanpa mengetahui sejarah dan fakta pengisian tempoh dari tertubuhnya sehingga irama ini dikenali sehingga adanya rakaman-rakaman album.

      Perjuangan adik-adik sekiranya ikhlas, mesti akhirnya akan berjaya. Tetapi berjaya tanpa ilmu yang cukup tidak akan bertahan lama. Selamat Berjuang. Selamatkan industri irama Ghazal. Keaslian irama tidak patut dimatikan. Berkaitan permodenan dengan bermain lagu-lagu rock dengan musik Ghazal tidak perlu pembohongan. Sri Maharani telah memulakannya di tahun 70an lagi dengan memainkan lagu-lagu rock, balada, hindustan, dangdut, rock N roll dsb. Tak caya cari pemain-pemain lama seperti saudara Anis Es kalau beliau masih hidup. Yang lain2 rasanya dah tiada. Kalau adik-adik nak tau lanjut tanya orang-orang yang ihklas yang benar-benar mahukan irama ini dihidupkan tanpa kepentingan peribadi.

    4. JAMIL kata:

      nak buat kerja kahwin anak.Tahu mcmana nak contact kumpulan ghazal muar?Tq

    5. izman kata:

      Akum…saya skrg sdang mengkaji tntng muzik kontemporari ghazal seperti yg diprsembhkan oleh kumpulan ghazala…leh x diterangkan sdikit tntng bagaimna muzik ghazal ini di kontemporarikan trutamanya kedalam muzik rock…

    6. idayu kata:

      Saya perlukan kumpulan ghazal atau pemuzik tradisional dan juga penari zapin lebih prefer kanak-kanak…untuk satu perkahwinan konsep tradisional pada 31 Januari kul 8.30 malam di Selayang. Kalau ada contact..please email saya balik..Thanks.

    7. yana kata:

      perbezaan muzk ghazal skrang dan dulu

    8. nana kata:

      Saya juga perlukan kumpulan ghazal atau pemuzik tradisional dan juga penari zapin lebih prefer kanak-kanak…untuk satu perkahwinan konsep tradisional pada 1 & 2 Ogos 2009 malam di Ampang & keramat. Kalau ada contact..please email saya balik..Thanks. Wasallam

    9. AIE GHAZALA kata:

      Salam, Thanks to BUDIEY untuk platform komen ini and also untuk anda yang berikan komen, idea, cadangan, pendapat dan lain2.. Kepada yang berminat mengundang KUMPULAN GHAZALA untuk apa sahaja persembahan bolehlah menghubungi @ SMS: 012-7619947 / 012-9709400

    10. AIE GHAZALA kata:

      Kepada yang berminat mengundang KUMPULAN GHAZALA untuk apa sahaja persembahan bolehlah menghubungi @ SMS: 012-7619947 / 012-9709400

    11. Mr Jawa kata:

      Assalamualaikum, saya zizan dr Jb, nak tanya tentang kadar bayaran yang dikenakan setiap persembahan dari kumpulan ghazala pada majlis kenduri perkahwinan, saya bercadang untuk mempersembahkan tetamu dgn alunan muzik ghazal pada majlis perkahwinan saya pada bulan 10 ni, tolong jawab soalan saya ini melalui email yg tertera atau sms saya di 017-7278818, terima kasih.

    12. zaza jhor kata:

      da lame teringin nk join kumpulan ghazal….bestnyer…

    13. Rosman kata:

      Assalamualaikum, saya Singapura, nak tanya tentang kadar bayaran yang dikenakan setiap persembahan dari kumpulan ghazala pada majlis perkahwinan, saya bercadang untuk mempersembahkan tetamu dgn alunan muzik ghazal pada majlis perkahwinan saya pada hari Ahad 20hb March 2011 tolong jawab soalan saya ini melalui email yg tertera.. terima kasih

    14. mus kata:

      Salam,
      Saya sedang mencari kumpulan ghazal atau muzik traditional beserta tarian zapin kanak2 utk dinner function. Boleh contact saya email. TQ

    15. haritshah kata:

      saya ade menyertai kelab ghazal di SMK adela kota tinggi johor.kumpulan ghazal di sekolah saye mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan ghazal di johor bahru pada tahun 2009.sesiapa sahaja yang ingin mencari kumpulan ghazal dan tarian zapin bolehla email saya di haritshah.judgement@yahoo.com.tentang bayaran boleh dipertimbangkan.

    16. Abdul kata:

      Assalamualaikum,
      Saya sedang mencari kumpulan ghazal atau muzik traditional melayu beserta tarian zapin kanak2 utk persembahan di majlis perkahwinan. Sila hubungi saya email. Terima Kasih.

    17. gee kata:

      askum saya dari goldcat event management ada menyediakan pakej pakej muzik seperti ghazal asli,muzik moden,strollers,one man show,gamelan,chak lempong dan penari penari kecil dan dewasa.jika berminat sila hubungi saya tel 0163356259/email:fouziah.abubakar@yahoo.com/website-www.goldcat.event@gmail.com.kami menyediakan bermacam macam jenis rentak lagu dan berbagai bangsa.

    18. dila kata:

      sy mencari penari zapin kanak2 utk majlis perkahwinan sy pertengahan tahun 2011. sila hubungi sy melalui email jika saudara ada kumpulan ini, sila sertakan harganya. terima kasih

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK