in ,

Konsert 2NE1 World Tour All Or Nothing Live in Malaysia

Ini adalah berita baik untuk semua peminat Kumpulan K-Pop wanita popular 2NE1 aka Blackjack Malaysia yang menantikan kedatangan grup kesayangan mereka di Malaysia. Seingat Budiey, pada tahun 2012, konsert New Evolution di Malaysia yang dijadualkan pada bulan Disember 2012 telah ditunda atas sebab teknikal yang tak dapat dielakkan.

Konsert 2NE1 World Tour All Or Nothing Live in Malaysia

[pullquote align=”right”]Akhirnya, 2NE1 yang dianggotai oleh CL, Dara, Bom dan Minzy akan datang ke Malaysia untuk mengubati kerinduan peminat dalam siri jelajah 2NE1 WORLD TOUR [ALL OR NOTHING] pada 23 Mei 2014 di Stadium Negara, Kuala Lumpur jam 7.30 malam.[/pullquote]

Konsert 2NE1 WORLD TOUR [ALL OR NOTHING] Live in Malaysia yang akan diadakan pada 23 Mei 2014 di Stadium Negara, Kuala Lumpur itu juga adalah bersempena dengan pelancaran single terbaru mereka berjudul Missing You.

Budiey kira, pasti ramai peminat 2NE1 di Malaysia telah mengetahui berita mengenai konsert tour ini menerusi laman Facebook IME Productions yang menjadi penganjur konsert ini.

Menerusi laman Youtube juga, 2NE1 telah mengumumkan Malaysia menjadi salah sebuah negara dalam siri jelajah 2NE1 WORLD TOUR [ALL OR NOTHING] yang akan bermula di Seoul pada bulan Mac 2014.

Ini kali kedua 2NE1 akan datang ke Malaysia selepas mengadakan persembahan sempena konsert Twin Towers @Live pada tahun lepas.

Tiket konsert 2NE1 WORLD TOUR [ALL OR NOTHING] di Malaysia akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Adakah Blackjack Malaysia telah bersedia?

2ne1

2ne1

Konsert 2NE1 World Tour All Or Nothing Live in Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sitkom 88 Kopitiam Dihentikan Siaran Gara-Gara Video Teresa Kok

Fizie Bakal Bergabung Dengan Fara Fauzana & AG di Hot FM