Esther Juara One In A Million Musim Ke-3?

Tahniah! Tahniah! Budiey nak kasi sekalung tahniah buat peserta favorite Budiey sebab berjaya memikat hati juri Paul Moss dan Syafinaz sekaligus meragut IMMUNITY. Yea, sebagaimana yang kita saksikan, drama episod pertama OIAM musim ke-3 yang berlangsung sekejap tadi dimulakan dengan kejutan dari Paul Moss dan Syafinaz yang mengumumkan bahawa pada musim ini peserta yang dinobatkan persembahan TERBAIK akan mendapat IMMUNITY. Maknanya, dengan adanya immunity peserta tidak perlu diundi kerana secara langsung peserta terbaik itu berjaya melangkah ke pentas OIAM minggu hadapan tanpa sebarang halangan.

Dan… sebagaimana yang Budiey jangkakan, Esther yang melonjakkan dirinya dengan lagu Better In Time buat penonton terpesona dengan keunikan dan kelantangan vokalnya. Kalau nak tahu, dulunya Esther pernah dibenci oleh Paul Moss sebab katanya Esther nampak tua dari usia sebenarnya.

Dalam ramai-ramai peserta OIAM, Esther cakap kat Budiey yang dia adalah peminat kepada Amylea. Tidak sangka dapat bersaing dengan bintang AF yang pernah diminatinya dulu. Sekarang pun, Esther berkongsi sebilik dengan Amylea bersama dengan Fifi dan Anith.

Bakat anak ke-5 dari lapan orang adik beradik ini dicungkil dari Bintang Kecil RTM 1998 dan ketika itu Esther berusia 11 tahun. Esther pernah masuk ujibakat tetapi hanya mampu menjadi peserta simpanan yang ke-21 dalam AF. Esther mengaku akan kelemahannya yang terlalu yakin dengan dirinya. Over confident pun tak boleh jugak. Juga penampilan Esther dikatakan agak sombong pada orang yang pertama kali bertemu dengannya. Tapi bagi Budiey, Esther memang ada over feel masa nyanyi lagu Better In Time tadi.

Dan ramai yang tak tahu… Esther mempunyai jari kaki tengah yang pendek. Kata nenek Esther, jari kaki begitu, walaupun cacat sikit, tapi akan bawa tuah kepada Esther. Ibu Esther kerja attenden farmasi. Berasal dari Papar tetapi sekarang menetap di Kota Kinabalu. Esther begitu minat dengan muzik berentak boden blues, R&B terutama muzik soul blues macam penyanyi idolanya, Etta James .

Persediaan Esther dalam mengharungi OIAM, perlu lebih bersedia dari segi mental dan fizikal, kena kuat semangat walaupun tertekan dengan pemilihan lagu.

Masih terlalu awal untuk memperkatakan, masih terlalu awal untuk Budiey ramalkan, tetapi sudah nampak kini Esther antara yang terbaik dari yang terbaik… Memang OIAM musim ini begitu sukar untuk menjangkakan siapa yang bergelar juara kerana semua peserta mempunyai keistimewaan vokal dan persembahan personaliti yang mantap.

Bertemu kali pertama dengan Esther di sidang media Jumaat minggu lalu, boleh Budiey katakan bahawa Esther seorang yang pandai berkomunikasi dan menjawab soalan dari media. Bijak bergurau dan membuatkan sesiapa sahaja akan senang dengan dirinya. Lagi pun, Esther bakal menggamit pengundi yang begitu ramai dari Bumi Sabah… ingat lagi orang Sabah mengundi Ayu dengan sokongan begitu padu. Esther tidak terkecuali kerana Esther sebenarnya sudah mempunyai album dalam bahasa Kadazan Dusun di Sabah.

Budiey: Belum apa-apa lagi, dah ada peminat Esther dah tubuh kelab peminat dan laman web Esther?

Taklah tua, muka dia matang sebab bentuk tubuh dia.

Better In Time… Best!

Minggu ni tak yah undi Esther! Jimat duit orang Sabah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Website Hypp.TV di Laundry Bar, The Curve

Gambar Konsert Final My Starz LG