in

ESOK MASIH ADA : KHAS HARI SENIMAN

TV2 SIAR FILEM ESOK MASIH ADA : KHAS HARI SENIMAN

Dilantik sebagai Senator mewakili para seniman menyuarakan pendapat masing-masing khususnya dalam dunia hiburan dan budaya termasuklah bidang-bidang lain seperti sastera, budaya dan kesenian dan juga perfileman membuatkan nama Senator Datuk Jins Shamsuddin diingati dan dihormati bukan sahaja di kalangan penggiat seni.

Mungkin di kalangan penonton masa kini mengenali beliau sebagai aktor terkenal suatu ketika dahulu namun sebenarnya Senator Datuk Jins Shamsuddin pernah mengarahkan drama-drama hebat sekitar tahun 1970-an.

Justeru dalam mengingati dan mengimbas kembali hasil filem arahannya, RTM sempena sambutan Hari Seniman pada 29 Mei ini menyiarkan filem hebat tahun 1979, arahan Jins Shamsuddin bertajuk Esok Masih Ada pada 28 Mei 2010 (Jumaat), jam 12.30 tengah hari di TV2.

Filem yang pernah menggondol dua anugerah menerusi Festival Filem Malaysia Pertama (1980) dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Azean Irdawaty) dan Jurukamera Terbaik (S.Mohan) ini membariskan pelakon hebat Jins Shamsuddin, Azean Irdawaty, Christine Teoh, Dato’ S Roomai Noor, A.Rahim, Lily Chinniah, Rosnah Abdul Rahman dan Datin Hajah Umi Khaltum.

Esok Masih Ada mengambil latar kisah berlaku pada watak ASP Zamri berjaya sebagai seorang pegawai polis, tetapi gagal membina sebuah keluarga bahagia. Kematian anaknya akibat penyakit leukemia, menghampakan hidupnya.

Perkenalannya dengan Marina, anak gadis Encik Cheong, seorang pengurus bank membibitkan kemesraan. Segalanya berpunca apabila ASP Zamri membebaskan Encik Cheong dari tawanan perompak-perompak bank yang menjadikannya tebusan.

Marina sebenarnya ada hubungan dengan Albert. Albert pula mempunyai hubungan dengan Ramon, ketua perompak. Keranan simpati pada Zamri yang inginkan anak, Cheong mendesak Marina Berkahwin dengan Zamri. Mereka berkahwin walaupun mendapat tentangan daripada Ibu Marina.

Perkahwinan itu di kurniakan seseorang anak lelaki yang bernama Jefri, yang kemudiannya di serahkan kepada Faridah isteri pertamanya. Zamri banyak menghabiskan masa bersama Faridah dan Jefri. Marina merasakan kehausan kasih sayang.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Masihkan ada esok untuk mereka sama-sama mengecapi kebahagiaan sebagai sebuah keluarga? Kepada anda yang ingin menyaksikan filem ini usah ketinggalan menyaksikan Esok Masih Ada pada 28 Mei 2010 (Jumaat), jam 12.30 tengah hari mengisi slot Sinema Jumaat di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kes Cerai Anne Ngasri

Video Persembahan Siti Nurhaliza & Kris Dayanti di AIM17