Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Errynne Erynna, Fazreen, Kiefli Dalam Impian Laili

IMPIAN LAILI MENYINGKAP KETEKUNAN, KEYAKINAN DAN HARAPAN SEORANG KANAK-KANAK BERNAMA LAILI.

Mendalami suka duka kehidupan seorang anak kecil bernama Laili yang terhimpit dalam pergolakan kekeluargaan. Begitulah intipati drama bersiri ‘Impian Laili’ yang akan menemui penonton setia RTM1 pada setiap hari kecuali hari Khamis, jam 2.00 petang bermula 1 September ini.
 
‘Impian Laili’ mengetengahkan bakat pelakon kanak-kanak yang berbakat besar dan sedang meningkat naik, Erryne Erynna. Pastinya lakonan mantap si cilik ini bisa menambat hati penonton bagi menyaksikan drama bersiri 26 episod  ini hingga ke penghujungnya. 


 
Drama bersiri terbitan Global Station Sdn. Bhd. ini menyingkap ketekunan, keyakinan dan harapan murni seorang kanak-kanak bernama Laili yang berdoa sepanjang bulan Ramadhan terutama menjelang 10 malam terakhir agar dua orang abangnya, Taufik dan Salleh yang bermusuhan akan kembali bersatu. Lima tahun dia berdoa tanpa mengenal erti jemu. Dia yakin sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan ada satu malam yang disebut ‘Lailatul Qadar’ yang kebaikannya menyamai melakukan kebajikan selama 1000 bulan dan di mana semua doa akan dimakbulkan.

Segalanya bermula apabila Taufik mendapat tahu yang dia bukan anak kandung Musa dan Senah. Cerita tersebut keluar dari mulut Uda (sepupu Musa) yang terlepas cakap kepada Taufik sewaktu memarahinya. Taufik yang merasakan dia tidak berhak ke atas harta Musa. Dalam masa sama dia melihat seorang demi seorang kawannya berhijrah keluar dari kampung untuk mencari kerja. Situasi ini mendorong Taufik untuk membawa diri ke Kuala Lumpur.

Pemergian Taufik telah mencetuskan suasana yang tidak tenang dalam keluarga Musa. Laili begitu merindui Taufik terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri . Musa menjadi bertambah tegas terutama kepada Laili. Salleh yang belajar di asrama penuh sering pulang dan mengakibatkan dia juga dimarah Musa.

Senah yang begitu bimbang dengan keadaan Taufik merasa begitu tertekan setelah Musa tidak mahu mencari Taufik. Senah kemudian diserang demam panas dan meninggal dunia pada malam hari raya. Ini merupakan pertama kali Laili beraya tanpa keadiran ibu serta abangnya.

Kematian Senah merupakan kehilangan besar kepada keluarga Musa. Salleh menyalahkan Taufik yang menyebabkan kematian ibunya. Bermulalah episod persengketaan di antara Taufik dan juga Salleh. Laili pula tidak putus-putus berdoa agar abang sulungnya balik untuk mengembalikan kegembiraan dalam hidup mereka. Dia mahu abangnya memohon ampun dengan bapa mereka.

Termakbulkan doa Laili selama ini ?Apakah persengketaan antara Taufik dan Salleh akan berakhir ? ‘Impian Laili’ dibintangi oleh Errynne Erynna, Fazreen, Kiefli, Fathil Dani, Aznah Hamid, Aripah Damanhuri dan Safaruddin Mazlan.

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menonton drama ‘Impian Laili’ untuk mengetahui kesudahannya. ‘Impian Laili’ bakal bersiaran setiap hari kecuali hari Jumaat, jam 2.00 petang di RTM1 bermula 1 September ini.

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kiefli AF3, Fathil Dani, Aripah Damanhuri Drama Impian Laili
  • Casa Impian Musim Baru di TV3
  • Gambar Diana Amir Pelakon Baru Drama Impian @ TV3
  • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, Pavilion
  • Pelakon Impian Illyana Lydia Ibtisam Bertunang?
  • Faizal Ismail & Ben Firdaus Pengacara Baru Casa Impian Musim Kedua
  • Video Promo Pelakon Drama Impian
  • Profile Raja Farah Pelakon Drama Gadis Dari Bintang
  • Sekitar Sidang Media Drama Impian Dibawakan Oleh Sunsilk
  • Zoey Couple Dafi AF5 ?



  • 2 Komen untuk entri “Errynne Erynna, Fazreen, Kiefli Dalam Impian Laili”

    1. sEcReT IdEnTiTy kata:

      x sbr nk tgk…
      kiefli n erynne…
      cute…

    2. sua rai kata:

      drama ni kalau dikembangkan memang akan lebih menarik. barisan pelakon yg sedang meningkat naik spt erynne, fazreen & kefli merupakan daya penarik utama drama ini. nampak la best fazreen yg cute jd abg sulung^_^

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET