Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Erra Fazira Selamat Melahirkan Engku Aleesya Engku Emran



Pada jam 11.40 pagi tadi, penyanyi, pelakon dan isteri kepada Ketua Pegawai Operasi Suria fm, Engku Emran Engku Zainal Abidin, ERRA FAZIRA telah selamat melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Engku Aleesya Engku Emran. Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal. Pelakon dan penyanyi Erra Fazira dimasukkan ke Damansara Specialist Centre di Kuala Lumpur, pada pukul 11.30 malam tadi setelah mengalami kesakitan.

Alhamdulillah, syukur, semuanya selamat dan Erra Fazira dilaporkan sihat walafiat.. Nampaknya, bertambahlah seorang lagi pendengar Suria FM. Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal. Engku Emran nampaknya seronok dan teruja dianugerahkan baby perempuan. Mesti comel, kan?

Pada jam 3 petang nanti, Engku Emran telah mengadakan sidang akhbar di Damansara Specialist Center untuk memberitahu keadaan dan tahap kesihatan Erra Fazira serta memberikan gambar bayinya untuk siaran media.

Tags: , , , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Anak Erra Fazira Engku Aleesya Dah Makin Besar
  • Engku Aleesya Baby Erra Fazira di M-IFW 2009
  • Gambar Anak Erra Fazira di Majlis Cukur Jambul
  • Gambar Anak Erra Fazira dan Engku Emran
  • Erra Fazira Keguguran Sebab Urut Kaki
  • Jawapan Trivia: Erra Fazira & Engku Emran
  • Gambar Erra Fazira & Engku Aleesya di Rumah Terbuka Suria FM
  • Erra Fazira dan Engku Emran Bertunang Jumaat Ini
  • Gambar Aleesya Anak Erra Fazira Terbaru 2010
  • Gambar Erra Fazira & Engku Emran di Festival Filem Malaysia 21



    • nini meriza

      tahniah kak erra n ang emran..anak korg mesti comel la..hahaha

      tahniah3..

    • ironlady

      Tahniah kak Erra & Abg EE koz dh jd Mum & Dad.. Msti ank kak erra ni Comey mcm kak erra.. 4.04kg ( sihat tu!!… ). Semoga Baby sihat selalu.. x sbr nk tgk gmbr baby kak erra.. Congrat again!!

    • NONA

      4 KG LAHIR SECARA NORMAL…ADUH..MESTI SAKIT..SUSPEN LA PLAK AKU..NK BERANAK BULAN OGOS NIH..SEBELUM NIH ANAK AKU YG FIRST 3.12 KG ..YG KEDUA 2.85..MINTK2 DIPERMUDAHKAN LA..KALU IKUT DR BAYANGAN DR AYAH DIA SI EMRAN..BIBIR CAM ERRA..KULIT PUTIH KEMERAHAN..DGN BERAT 4 KG..MESTI COMEY NIH..ANAK RATU LA PLAK..DIDIKLAH ANAK ITU SEBAIK MUNGKIN..ERRA N EMRAN PUN TAK NAK ANAK DIA ORG JADI ARTIS..ELOKLA TU..DGR KATA KALU BOLE DIA ORG NK ALEESYA JADI PEMAIN GOLF TUH…AKU PLAK KALU ANAK DPT JADI CIKGU PUN SYUKUR DAH..BUKAN SENANG NK DIDIK ANAK ZAMAN MENCABAR NIH..JANJI ANAK TU BAIK..

    • Masswat

      Salam buat Erra Fazira and Engku Emran mendapat anak perempuan. Itu lah dia anugerah dari Tuhan. Doa dari saya semoga bahagia selalu.

    • Maimunah

      Amin semoga emak dan anak sehat hendak nya.

    • JvN_JvN

      Askm…
      tahniah wat kak Erra n Engku Emran mendapat baby girl yang Cute macam mama dia….

    • beydah..

      Alahamdulillah..syukur semuanya selamat..hepi sesangat bila dengar berita ni..semoga baby n mummy erra sihat..tahniah!!
      Tak sabar nak tengok gambar baby Erra n Emran..msti cute!!
      Heppi nyer…. :)

    • ezzah

      tahniah sy ucpkan kepada erra kerana melahirkan baby pmpuan……… x sbr nk tngk ank erra………………………………………

    • fatin

      congrate erra n hsband…
      msT chuby kn bby erra,
      x sabo nk tgk foto baby erra

    • mahsuri

      alhamdulillah… semoga kehidupan erra n emran bertambah ceria di samping kehadiran baby gurl…

    • http://yahoo nisa

      wow…so happening..!!
      mesti comel baby ALEESYA….
      TAHNIAH ERA N EMRAN COZ U ALL ARE PARENTS NOW…

    • http://www.portalniaga.com/openbatch/608 izzah

      tahniah buat erra & husbnd. kita kongsi tarikh lahir yg sama le bb Aleesya!

    • http://www.yahoo.com lien

      tahniah bt kak erra ngan abg emran…………smoga dpt mnjd ibu dn bpa yg baik untk baby akak n abg…

    • DreAmz FaiRy

      Congrat mum Erra..Welcome to the World Of Mum..and Baby Engku Aleesya semoga jadi anak yg solehan insyallah…

    • june

      tu arr 4kg tu..sure bulat ek..kiutnyaaa…

    • Pai

      Cngrtulation 2 ka ef n abg ee..Muga2 kehdiran bby aleesya ne lbh memberikn kceriaan & kebhgiaan pda mrka..Kta hapi tgk ka erra slmt melhrkn pa2 pun x sbr tngk bby ee n ef ne msti cumel gilerlh knpom..

    • NUR

      -

      Permata hati Erra

      Oleh Farihad Shalla Mahmud
      farihad@bharian.com.my

      Kehadiran Engku Aleesya lengkapkan sinar bahagia bersama Engku Emran

      JIKA pasangan sensasi Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt, Tom Cruise dan isterinya, Katie Holmes boleh berbangga dengan cahaya mata masing-masing seperti Shiloh dan Suri, apa kurangnya dengan pasangan suami isteri terkenal Malaysia, Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang kini sedang enak mengulit bahagia dengan kelahiran cahaya mata pertama, Engku Aleesya.

      Populariti yang dimiliki kedua ibu bapanya serta menjadi zuriat pertama kepada pasangan ini membuatkan kehadiran Engku Aleesya amat ditunggu-tunggu. Tentu saja ramai yang ingin melihat apakah Engku Aleesya secomel ibu dan bapanya, yang sebelum ini disifatkan ramai seperti pinang di belah dua.

      Pun begitu, seperti juga Shiloh dan Suri yang sebelum ini dikawal ketat sehinggakan media gagal atau tidak dibenarkan merakamkan gambar mereka untuk tatapan ramai, begitulah juga yang dilakukan Erra dan Emran.

      Cuma tujuan dan alasan mereka berbuat demikian sedikit berbeza.

      Bagi pasangan kontroversi dari Barat itu, tujuan mereka ‘menyorokkan’ wajah bayi mereka adalah semata-mata untuk untuk mengaut keuntungan dengan menjual hak penyiaran eksklusif, tetapi bagi Erra dan suami, mereka sejujurnya mahu berlaku adil kepada semua media yang selama ini begitu menantikan kehadiran cahaya mata sulung mereka.

      “Erra dan suami ingin meminta maaf kepada semua peminat yang selama ini mendoakan kesejahteraan Erra. Bukan Erra tak mahu siarkan wajah Aleesya tetapi Erra sebenarnya mahu berlaku adil kepada semua pihak.

      “Biarlah Aleesya besar sikit dan Erra janji, pada majlis cukur jambul Aleesya nanti yang akan diadakan sebaik saja Erra selesai berpantang, Erra akan benarkan semua jurugambar merakamkan gambarnya,” janji Erra ketika ditemui di sebuah hospital di Damansara, tempat di mana dia melahirkan bayi comel seberat 4.04 kilogram itu.

      Tegas Erra, keputusannya itu turut mendapat persetujuan daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Namun begitu, Erra tetap membenarkan sekumpulan media yang hadir untuk melihat anaknya yang sedang nyenyak tidur itu. Benar seperti yang dikatakan Emran, Aleesya mempunyai mulut mirip ibunya.

      Ditanya apakah sebelum ini mereka ada mendapat tawaran daripada mana-mana majalah yang ingin menyiarkan wajah anak mereka secara eksklusif, sambil ketawa, Emran menggelengkan kepala.

      “Tak adalah, kalau adapun saya tak akan berikan,” ujar Emran sambil memberitahu dia juga tidak akan membenarkan Engku Aleesya berlakon memandangkan sebelum ini memang ada ura-ura untuk membawa bayi comel itu ke layar kaca.

      Bukan mahu cuba merencanakan masa depan anaknya tetapi bagi Erra, kalau boleh biarlah anaknya itu nanti memilih kerjaya yang lari dari bidang seni.

      “Kalau boleh biarlah bidang seni itu nanti menjadi pilihan terakhir buatnya. Tetapi andai dia memang mahu menjadi anak seni, saya tidak akan menghalang. Saya akan bekalkan dia dengan panduan berguna.

      “Tetapi kalau ikut ayahnya, dia mahu anaknya menjadi pemain golf terkenal macam Tiger Wood. Malah dalam menunggu saya nak bersalin sempat juga dia melihat internet untuk mengetahui perkembangan sukan itu,” kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem pecah panggung Sembilu ini.

      Lebih melucukan, bagaikan berpakat, Emran yang ditemubual lebih awal turut melahirkan hasratnya untuk melihat anak sulungnya itu menjadi pemain golf terkenal.

      Sebagai bapa yang terdedah dengan arus kemodenan, Emran berkata dia menggunakan pendekatan yang agak terbuka dalam mendidik anaknya nanti.

      “Setiap insan ada hak mereka sendiri dan sebagai bapa saya nanti harus menghormati haknya sebagai seorang anak.saya biarkan dia yang buat pilihan sendiri dalam apa juga keputusan namun pada masa yang sama, kita berikan pandangan kita,” tutur Emran.

      Menceritakan detik-detik kelahiran Engku Aleesya, Emran berkata isterinya itu sudah mula mengadu sakit sejak hari Sabtu lalu.

      “Namun sakitnya semakin menjadi-jadi malam kelmarin (Ahad).Justeru, dalam pukul 11 malam saya bawa dia ke hospital. Selepas melakukan beberapa proses seperti induce bagi mempercepatkan kelahiran, akhirnya pada jam 11.40, Aleesya selamat dilahirkan.

      “Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat-sangat kerana isteri saya dan anak, semuanya sihat. Sepanjang Erra berada di dewan bersalin, saya menemaninya. Malah, sempat juga saya rakamkan detik-detik kelahiran Aleesya.

      “Selama ini saya tak pernah lihat Erra merasa sakit seperti itu. Satu pengalaman baru buat saya,” kata Emran yang juga Ketua Pegawai operasi Suria FM dalam nada teruja.

      Ditanya apakah hasrat untuk menambah ahli keluarga baru akan tetap diteruskan selepas melalui pengalaman itu, secara berseloroh Emra menjelaskan, faktor usia membuatkan mereka tidak mahu menangguhkan usaha itu.

      Sebak menguasai diri

      TANYALAH kepada mana-mana ibu di seluruh dunia, saat melahirkan bayi pertama menerbitkan satu pengalaman yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Dan itulah juga yang dialami Erra sebaik saja melahirkan Aleesya.

      “Sebaik saja Aleesya lahir, doktor yang menyambut kelahiran Aleesya itu terus meletakkan dia di pangkuan saya. Masa itu keadaannya masih lagi basah dan berselaput macam plastik. Mula-mula memang rasa pelik tapi lama kelamaan, rasa sebak menguasai diri.

      “Mana tidaknya, insan yang amat dinanti-nanti, yang Erra bawa dalam kandungan selama sembilan bulan akhirnya muncul di depan mata. Ia adalah satu pengalaman yang hebat buat Erra,” katanya yang begitu rancak berbual walaupun badannya masih dalam keadaan lemah.

      Mengenai pilihan nama Engku Aleesya, Erra berkata nama itu adalah pilihannya sendiri yang bermaksud dilindungi.

      “Kami memang sediakan tiga hingga empat nama dan nama ini dipilih berdasarkan maksudnya serta sebutannya yang lembut. Manakala nama yang lain bunyinya agak keras dan rugged sikit. Tengoklah, mungkin yang lain itu akan digunakan untuk anak-anak yang lain,’ cerita Erra yang tetap kelihatan jelita walaupun tanpa secalit mekap.

      Biarpun akan menjalani tempoh berpantang secara tradisonal, namun Erra juga akan mencuba cara moden terutama dalam bab mengembalikan tubuh dalam bentuk asal.

      p/s :Kalau dah Ratu Cantik masa bersalin pu maintain cun:-) ….. Erra yang tetap kelihatan jelita walaupun tanpa secalit mekap.

      ——————————————————————————–

      Hak Cipta Terpelihara 2007 – Berita Harian Sdn. Bhd.1/4/09

    • june

      nama sedap aleesya…

    • iyntan

      tahniah untuk erra…..x sabar ler nak tgk baby erra…mesti comel kan…..

    • jijie

      Assalammualaikum Kak Erra n Abang Emran,TAHNIAH kerana dapat anak perempuan,,,,mesti cute mcm Kak Era kan……

    • NUR

      Anugerah Bintang Popular ahad ni x dapat la tengok mum Erra melaram ye.hehehe.Takpelah ‘ANUGERAH BAYI ENGKU ALEESYA’ lebih bermakna daripada anugerah yang lain

    • zeti

      Eh, hari Ahad kol 11-40 ker?..kebetulan saye tercakap kat husbnd bila nak masuk tido -’Erra da bersalin ke?ntah2 mlm ni bersalin..xsaba nak dgr erra bersalin’..alhmdlh, tahniah erra & emran, juga aleesya yg mmpunyai parents sehebat erra n emran. Kpd insan yg komen ‘rabak’ tu,..saye rase statemnt tu x sesuai, sprti tdak mghormati ibunya dan kaum ibu yg lain..tambahan pula saye juga bru melahirkn kembar perempuan dgn berat 4kg, songsang, secara normal, dan tanpa jahitan pun…KUASA tuhan, menjangkau pemikiran manusia…

    • eila

      congrat……4 u kak erra coz selamat melahirkan baby gurlz……emm lps ni baby boys la plak heheheh…………………..

    • eila

      moga kak erra dan suami bahagia hingga ke akhir hayat..(.amin..) dan utk baby aleeysa bila besor nanti jan nkl2 ye dgr nasihatayah dan ibu jan derhaka…….ok

    • NAK KOMEN

      Betul tu zeti….kuasa Allah SWT melebihi segalanya…Tak terjangkau oleh pemikiran manusia…Erra memang ikhlas nak bersalin normal…alhamdulillah…diperkenankan dan dipermudahkan…Kita hormati orang lain jika kita juga ingin dihormati…

      p/s: SERONOK TENGOK CERITA ARTIS MALAYSIA – ERRA FAZIRA SEMALAM DI ASTRO RIA….MALAM NI EPISOD AKHIR DAH DRAMA MERTUA VS MENANTU….SEDIHNYA….

    • Gresz_SWK83

      Mcm tak caye jer..tp beno. Sy ada kawan, dia punya bb pun 4.06kg dulu (kira lebih skt je) tp dia tak dpt lahirkan scra normal.. Tapi erra dpt pulak..Taniah!! Kdg2..kuasa Tuhan 2 x dpt kita ramal. Sy ada bb..2org..dua2 bb boy, sorang tu dlu 2.99kg je, yg 2nd ni 2.95kg je masa lahir..tapi sekarang dua2 gendut..Haha..

    • lisa_art

      assalamualaikum…
      tahniah erra kerana slmt melahirkan baby girl..cantik nama..
      bahagianya hidup ini bila bergelar ibu……..
      mesti cantik mcm ibunyer…
      aper pun…didiklah dia menjd anak yg soleh..amin…

    • nurulema

      wow….ur baby cute n cantik……like mother ya…..tahniah…love ya…

    • http://www.yahoo.com nurul dania

      yang keluaq kat internet baru-baru neh memang baby erra kaa???

    • http://ana_muslim@homail.com ana_muslim

      Assalamualaikum….kak erra…..wah!!!!!!!!alhamdullillah….syukur sgt2……kak erra dah selamat melahirkan anak pertama…….dan selamt menjadi ibu kepada anak2 akak dan engku emran………k…bimbinglah anak akak jd anak yang soleh dan solehah kelak……okay…allahualam…wassalam…

    • amyyam

      Assalamualaikum,
      Selamat Hari Ibu buat Erra & sekalung tahniah buat pasangan Erra & Engku Emran kerana mendapat baby Engku Aleesya yang secanti ibunya.
      Mudahan cepat dapat adik buat Engku Aleesya.
      Wasalam.

    • amyyam72

      Assallammuallaikum dan tahniah buat pasangan Erra & Engku Emran kerana sudah bergelar ibu dan ayah. Mudahan hidup kalian lebih bahagia dengan kehadiran Baby Engku Aleesya. Harap habis pantang bertambah lagi seorang adik buat Engku Aleesya.Amin.

    • http://YAHOO.COM faizsha

      …CONGRAT.ERRA&EMRAN..WAA X SBR NI NAK LOOK U 1ST BABY..MSTI CANTIK MCM MAMANYA..
      WELL…THNIAH..
      SMOGA BAHAGIA BRPNJGN…

    • ina

      tahniah…..semoga ditambahkan rezeki kemudian hariyhytu

    • wina

      Tahniah!

    • zyzyl

      baby Engku aleesya. cantiknya nama.. semoga baby secantik ibunya…

    • http://- fir

      bahagianya Erra Fazira bersama 2 orang Engku dalam hidup beliau kini…

    • lady bibi

      Tahniah kak erra & husband……dpt baby…mesti baby kak erra comel…..

    • http://ceria.my ceriadotmy

      From innit.. drop by.
      Why choose netvibes, pageflakes, blogline etc? join ceria.my and post your recent blog or previous blog or all your blog link in the website to increase more traffic. Join for free and just leave your blogs link on ceria.my

    • mashi86

      sy tringin gak nk dpt brat 4klo lbh..thniah kak era..

    • http://yusri.yus35@yahoo.cm yusri yusof

      watak era tetap unggul dlm mentua vs menantu 2.saya adalh peminat cerita tu.saya tk ketinggalan lg episod mentua vs menantu2 wlpn sbk dgn tugas harian.wlpn sbk saya dan keluarga tk keluar pd rabu mlm khamis.ceritanya bnyk tauladan bg org yg dh berkahwin.semoga era dpt memegang watak tu hgga ke akhir episod mentua vs menantu 2.semoga berjaya dlm bidang yg diceburi.bye,,,



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK