Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Erra Fazira, Fouziah Gous, Iqram Dinzly dalam Ewah Ewah Raya



MERIAH DALAM SUASANA RAYA!

Ewah Ewah Raya kembali… Lebih lucu, lebih sengit dan lebih keseronokan! Sesi rakamannya telah berlangsung di Studio 2, Glenmarie, Shah Alam pada 5 Julai lalu. Seramai 100 orang penonton yang terdiri daripada orang awam telah hadir memeriahkan program bergenrekan game show ini.

Bersempena Sinari Lebaran, Ewah Ewah Raya bakal disiarkan pada 13 September 2010 (Hari Raya Keempat) pada jam 11.02 pagi di Slot Senda Pagi. Bersama hos, Raja Azura dan Nabil, Ewah Ewah Raya kali ini menampilkan artis-artis ternama seperti Fouziah Gous, Iqram Dinzly, Erry Putra, Erra Fazira, Fizo Omar dan Danny X-Factor.

Artis jemputan ini telah dipisahkan kepada dua kumpulan di mana Fouziah Gous, Iqram Dinzly dan Erry Putra mewakili Rumah Merah manakala Erra Fazira, Fizo Omar dan Danny X-Factor pula mewakili Rumah Biru.

Ewah Ewah Raya

Sebelum bergelar juara, mereka harus menempuhi tiga cabaran iaitu ‘Bola Sumo’, ‘Titi Ketupat’ dan ‘Tiup Bola’. Ketiga-tiga cabaran ini bakal menguji kemampuan, kecergasan dan kerjasama di dalam kumpulan, namun tidak dapat lari dari membuat penonton gelak ketawa melihat gelagat lucu artis pujaan mereka ini.

Permainan pertama ialah Bola Sumo, kedua-dua kumpulan dikehendaki merebut bola dan memasukkan bola tersebut ke dalam jaring, sama seperti sukan bola jaring namun memakai kostum sumo. Aksi rempuh-merempuh diantara mereka di dalam pusingan ini menjadi babak paling lucu. Setelah 10 minit, Rumah Merah berjaya memenangi cabaran ini dengan mengumpul 50 markah sementara Rumah Biru, 40 markah.

Seterusnya ialah permainan Titi Ketupat. Di cabaran kedua ini, Rumah Merah dan Rumah Biru perlu mengambil sebanyak mungkin ketupat yang digantung ketika meniti jambatan. Nampak seperti mudah tetapi untuk meniti jambatan dan terpaksa menghadapi halangan dibaling bola oleh pihak lawan adalah tugas yang sukar.

Apatah lagi bola yang digunakan bukanlah bola biasa kerana ia adalah bola betul yang biasa kita lihat di dalam sukan bola sepak. Permainan ini turut dimenangi oleh Rumah Merah namun dengan perbezaan lima markah sahaja.

Cabaran ketiga dan terakhir ialah Tiup Bola. Permainan ala foosball ini merupakan cabaran paling sukar kerana peserta hanya boleh menggunakan mulut untuk meniup bola. Menariknya, permainan ini turut menjemput penonton untuk membantu kedua-dua rumah.

Disebalik penguasaan Rumah Merah sepanjang dua permainan berturut-turut, ia tidak menghalang Rumah Biru untuk memenangi permainan ketiga. Rumah Biru berjaya mengumpul 30 markah manakala Rumah Merah, 10 markah. Dengan memenangi pusingan ini, Rumah Biru berjaya mengutip markah keseluruhan tertinggi sebanyak 90 markah seterusnya menjadi juara, meninggalkan Rumah Merah lima markah dibelakang. Selalunya kumpulan yang tewas menerima hukuman tetapi kali ini ia terbalik, Rumah Biru yang diwakili oleh Erra Fazira, Fizo Omar dan Danny X-Factor telah disimbah dengan air sejuk!

Menurut penerbit eksekutif program ini, Khalijah Hj. Mohamed, “Di samping tradisi kunjung mengunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai, program ini amat bersesuaian untuk sajian pada pagi raya keempat bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Aidilfitri sekeluarga. Elemen-elemen raya seperti penggunaan ketupat, lemang dan kad raya sebagai props di pentas membangkitkan lagi mood Hari Raya.”

Ewah Ewah Raya diterajui oleh Khalijah Hj. Mohamed selaku Penerbit Eksekutif dan Leo Rauf Makmur selaku Penerbit dan Pengarah dari Primeworks Studios. Saksikan Fouziah Gous, Iqram Dinzly, Erry Putra, Erra Fazira, Fizo Omar dan Danny X-Factor pada Hari Raya Hari Keempat (13 September), jam 11.02 pagi, hanya di TV3!

Ewah Ewah Raya

Ewah Ewah Raya

Ewah Ewah Raya

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Fouziah Gous & Iqram Dinzly di AJL26
  • Ujibakat Ewah-Ewah di Sri Pentas Hari Ini dan Esok
  • Wan Sharmila Jatuh Patah Gigi Masa Program Ewah-Ewah
  • Gambar Selebriti di Party Hari Jadi Iqram Dinzly Ke 30
  • Jawapan Trivia: Pasangan Romantis Iqram Dinzly & Fouziah Gous
  • Gambar Erra Fazira di Fashion Show Raya 5Stars
  • Jom Tonton Program Ewah-Ewah TV3 Edisi Wartawan Hiburan
  • Jawapan Trivia: Jam Casio G-Shock Milik Iqram Dinzly
  • Gambar Erra Fazira di Karpet Merah Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Saida & Sairah di Pelancaran Ewah-Ewah TV3



    • mohd khairi

      saye suke ewah-ewah,sye hrap ewah-ewah akn ttp d siar kn di tv 3 smpai ble2



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK