in

Erra Fazira Cedera Kemalangan Motosikal

Penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Erra Fazira berhadapan detik cemas apabila mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu. Difahamkan, motosikal berkuasa besar yang ditunggang Erra telah terbabas hingga masuk ke bawah lori.

Namun, Erra nyata bernasib baik apabila menerusi status di akaun Twitternya dia memaklumkan hanya mengalami cedera ringan sahaja tetapi motosikalnya dilaporkan mengalami kerosakan teruk.

Ketika kemalangan, Erra dalam perjalanan ke Port Dickson bersama rakan-rakan serta dua lagi selebriti popular yang juga rakan baiknya, Umie Aida dan Linda Onn. Sumber: Media Hiburan

Erra Fazira Badai Semalam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Petronas Menyelami Tradisi Kaamatan & Gawai

Gambar Diana Danielle Bawa Baby Berjemur Kerana Penyakit Kuning