in

Erema Tuntut Fasakh, Seri Bayu Fail Pembelaan 22 April

PETALING JAYA: Atas masalah kesihatan, penulis lirik Jamaludin Sulik atau Seri Bayu yang menderita penyakit saraf tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini manakala isterinya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad juga tidak hadir kerana sibuk dengan pengambaran sebuah program.

Seri Bayu yang mengalami penyakit saraf tidak hadir ke mahkamah buat kali keduanya disebabkan masalah kesihatan.

Penyanyi yang mesra dengan panggilan Erema ketika dihubungi berkata dia telah membincangkan dengan peguam syarie Halipah Abdul Manaf yang mewakilinya mengenai sebab dia tidak dapat hadir ke mahkamah. 

“Saya tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen dengan pengambaran sebuah program yang bermula pukul 9.30 pagi ini. Saya sudah memberitahu peguam saya dan dia memberikan pengecualian kepada saya untuk tidak hadir ke mahkamah. Seri Bayu yang mengalami penyakit saraf tidak hadir ke mahkamah buat kali keduanya disebabkan masalah kesihatan.   

“Insya-Allah, saya akan hadir pada sebutan kes akan datang,” beritahu Erema ketika dihubungi pagi tadi.  Dalam pada itu, peguamnya, Halipah memaklumkan hari ini mahkamah hanya menyebut tarikh untuk Seri Bayu memfailkan pembelaan. Kami telah memfailkan pindaan penyata tuntutan fasakh pada 23 Februari lalu dan menyerahkan penyata tersebut kepada mahkamah dan peguam Seri Bayu pada 26 Februari.

“Jadi, mahkamah telah menetapkan 22 April, pukul 9 pagi sebagai tarikh sebutan defendan (Seri Bayu) memfailkan pembelaan,” ujar Halipah yang mendengar sebutan kes Erema dan Seri Bayu kira-kira pukul 1.10 petang tadi di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad. Erema baru pertama kali tidak hadir ke mahkamah kerana sibuk dengan pengambaran sebuah program.

Turut hadir dalam sebutan kes itu adalah peguam syarie Noorafizah Abdul Aziz yang mewakili Seri Bayu.

KES DISEBUT LEBIH AWAL     

Sebelum itu, kes Erema dan Seri Bayu dimaklumkan sepatutnya disebut pada pukul 2 petang tadi namun di sebabkan peguam Erema mempunyai komitmen lain, jadi kes itu disebut lebih awal daripada waktunya. Jelas Noorafizah, selepas Erema menuntut fasakh, dia perlu membuat persediaan untuk memfailkan penyata pembelaan dan tuntutan balas. Ditanya tentang jenis fasakh yang dituntut oleh Erema terhadap Seri Bayu, Noorafizah enggan mengulas lanjut kerana perkara itu belum diputuskan lagi.

Erema baru pertama kali tidak hadir ke mahkamah kerana sibuk dengan pengambaran sebuah program.

“Dia (Erema) sudah membuat tuntutan dengan alasan tersendiri namun tuntutan itu belum ditetapkan lagi. Jadi, saya tak nak ulas sebab ia melibatkan fakta. Apa-apa pun, kita tunggu tarikh sebutan kes ini pada 22 April depan,” kata Noorafizah.

Noorafizah juga memberitahu Seri Bayu meminta pengecualian daripada hadir ke mahkamah pada hari ini kerana masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan penyakit sarafnya. Kata Noorafizah, ada kemungkinan kes ini akan dibicarakan pada suatu tarikh selepas 22 April depan.

Pada 12 Januari lalu, mahkamah membenarkan permohonan Erema untuk membuat beberapa pindaan berhubung permohonan cerai yang difailkan terhadap Seri Bayu. Pada 1 Disember tahun lalu, Erema yang berasal dari Kuching, Sarawak telah mengemukakan permohonan untuk bercerai menurut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Erema memfailkan kes cerai tersebut pada awal bulan November tahun lalu.Seri Bayu bernikah dengan Erema, yang berasal dari Kuching Sarawak pada 19 Disember 2006 di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Kuala Lumpur. Ia perkahwinan kedua buat Seri Bayu selepas bercerai dengan isteri pertamanya pada 2002.

Hasil perkahwinan pertama, Seri Bayu dikurniakan lima anak berusia antara 7 hingga 15 tahun iaitu Muhamad Akmal, 13, Muhamad Aiman, 12, Muhamad Aizam , 9, Ally Farjana, 7, dan Muhamad Adham, 5. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Muzikal Patung Kertas Musim Kedua Lakonan Jalaluddin Hassan

Video Lagu Katakan Datin Seri Tiara Jacquelina