in

ERA fm & hitz fm Sabah Panjangkan Waktu Siaran Tempatan

ERA fm dan hitz fm Sabah akan melebarkan waktu siaran tempatan bermula 23 Jun 2014. Pendengar bukan sahaja akan dihiburkan dengan lebih banyak segmen khas untuk pendengar Sabah, malah akan ditemani oleh para penyampai yang baru.

Hafiz Nizamuddin, Pengurus Besar Astro Radio Sabah dan Sarawak berkarta, “pada tahun lepas, kami telah memperluaskan capaian siaran Astro Radio di Borneo dengan meluaskan liputan 3 stesen kami ke Sandakan dan hari ini kami mengotakan janji kami dengan meningkatkan waktu siaran tempatan serta memantapkan isi kandungan. Ini selaras dengan usaha Astro Radio untuk mengukuhkan kedudukan sebagai stesen radio nombor satu pilihan pendengar di Malaysia.”

Radio Era

Lopz Wala, Juara Raja Lawak musim ke-7 akan menghiburkan pendengar di Petang ERA dengan keletah lucunya yang pasti akan menghiburkan anda sepanjang pemanduan. Kim bekas rekrut program realiti Astro “The Band” akan menerangi malam anda denganMeletop ERA dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Selain memainkan muzik hit, Kim akan mengacarakan 4 segmen baru seperti ‘Betul Ke Tidak Oh?, Heart to Heart Bersama Uncle Justin’, Prebiu ERA dan #dedikasiERA.’ Segmen ini menawarkan kisah benar kehidupan, fakta menyeronokkan dan trend terkiniserta peluang untuk pendengar menyampaikan luahan cinta dan dedikasi.

Farhan yang merupakan penyampai hitz fm pada hujung minggu telah beralih dan bakal ke udara dari Isnin hingga Jumaat. Farhan akan mengendalikan segmen ‘#hitz’ dari jam 10 pagi hingga 1 petang setiap hari. Beliau akan menyampaikan rangkaian gosip hiburan dan berita muzik terkini dari seluruh dunia.

“Kami berharap dengan kandungan yang lebih menarik, akan memberi pengalaman yang memuaskan kepada pendengar Astro Radio dan juga dapat memenuhi keperluan pendengar dari para pengiklan. Kami berhasrat untuk terus meluaskan hubungan dengan pendengar dan rakan-rakan di Sabah serta Sarawak,”tambah Hafiz.

Bermula dari 23 Jun 2014, ERA fm akan meningkatkan waktu siaran tempatan mereka dari 9 jam kepada 12 jam dan hitz fm dari 6 jam kepada 9 jam. Dengan gabungan barisan penyampai baru ERA fm & hitz fm diharapkan dapat memenangi hati pendengar dengan muzik hit, hiburan dan rangkaian acara terbaik.

Radio Era

Di bawah adalah program lengkap di ERA fm dan hitz fm Sabah serta profil barisan penyampai:

Stesen Sandakan,

Sabah

Kota Kinabalu, Sabah Laman web Facebook Saluran Astro
ERA fm 103.0FM 102.4 FM www.era.fm fbsabah.era.fm CH 856
MY FM 100.6FM 104.0 FM www.my.com.my fbsabah.my.com.my CH 853
Hitz fm 99.8 FM 100.8 FM www.hitz.fm fbsabah.hitz.fm CH 852

 

ERA fm Sabah

Announcers: Beebey, Ily, Lopz Wala and Kim

 

Masa Nama Segmen
Isnin – Jumaat

10am to 1pm

Muzik ERATHON 10-1 bersama Beebey
Isnin – Jumaat

1pm to 4pm

Hit Live & Hit 20 ERA bersama   Ily
Isnin – Jumaat

4pm to 8pm

Petang ERA 4-8 bersama   Lopz Wala
Isnin – Jumaat

8pm to 12pm

Meletop ERA bersama Kim
Sabtu

8am to 11am

Muzik ERAthon bersama Christ
Sabtu

11am to 12pm

Carta Borneo ERA bersama Christ 

hitz fm Sabah

Announcers: Rica, Cassie and Farhan

Time Segment Name
Monday – Friday

10am – 1pm

#hitz with Farhan
Monday – Friday

1pm to 4pm

hitz 1-2-4 with Rica
Monday – Friday

4pm to 8pm

hitz Sabah Drive Thru with Cassie
Saturday

3pm to 4pm

Hitz Borneo English Top 10
Saturday

7pm to 3pm

hitz Sabah 10 in row with Farhan

 

Walawd Parman atau lebih dikenali sebagai Lopz Wala menempah nama selepas menjuarai program Raja Lawak Astro musim ke – 7 bersama dengan pasangan beliau Wan Wala. Lopz seorang yang bekerja keras dan dia percaya bekerja dengan muzik adalah sesuatu yang menyeronokkan. disamping berkongsi muzik hit, dapat menjadi penyampai radio dan juga berpeluang berinteraksi dengan pendengar dari pelbagai latar belakang .Maka, Lopz mengambil peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada ERA fm keluarga Sabah! Beliau sudah bersedia untuk mengegarkan petang orang Sabah pada setiap hari dari jam 4 petang hingga 8 malam di Petang ERA. Mungkin sukar dipercayai jika dilihatkan dari perwatakannya yang sentiasa ceria namun beliau pernah bertugas sebagai seorang anggota polis. Tetapi ternyata minatnya lebih mendalam untuk menyertai industri hiburan.

Kim atau lebih dikenali sebagai Kim Azizd adalah seorang bekas rekrut program reality Astro ‘The Band’. Berpengalaman dalam melalui pelbagai sesi ujibakat termasuk “Akademi Fantasia” di mana beliau berjaya disenarai pendek sebagai 25 peserta terbaik. Kim dianugerahkan dengan pelbagai bakat dan salah satunya ialah menjadi ahli silap mata dan beliau telah merantau ke serata daerah di Sabah untuk membuat persembahan. Selain daripada itu, Kim juga merupakan salah seorang ahli kumpulan tempatan “P.O.P” yang terkenal dikalangan warga tempatan dengan lagu “Buku Baru” dan “Main Jauh-Jauh” . Kim ialah ahli keluarga ERAfm yang baru dan bersedia untuk mengendalikan MeleTOP ERA setiap malam bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam 

Farhan berumur 23 tahun dan berdarah kacukan jawa dan kadazan serta merupakan ahli hitz fm yang termuda. Karier beliau sebagai penyampai radio bermula selepas beliau tamat pengajian di Politeknik KK dalam jurusan Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan. Farhan meluangkan masa dengan mendengar muzik, mencari hiburan dan menyanyi karaoke. Kebanyakkan masa akan diluangkan bersama kawan-kawan dan juga pendengar hitz fm sendiri. Farhan akan mengendalikan segmen #hitz setiap hari bermula dari jam 10 pagi hingga 1 petang dan hitz fm 10 in A Row pada hujung minggu jam 4 petang hingga 7 petang.

Radio Era

Radio Era

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Raja Azmi Bertudung Sebab Mahu Jual Tudung?

EKSKLUSIF: Gambar Baby Lelaki Lisdawati & Fauzi Nawawi dari Lensa Camora Arts