in ,

Episod Akhir Kerana Lelaki Itu

[dropcap]B[/dropcap]agi peminat yang setia mengikuti drama lakonan Siti Elizad, Zarina Zainoordin, Fikhree Bakar, Riz Amin, Ana Dahlia dan Tunku Hanis, jangan ketinggalan untuk menyaksikan episod akhir Kerana Lelaki Itu pada 29 April ini, jam 8.30 malam di TV9.

Drama yang mendapat sambutan ramai ini mengisahkan mengenai pahit manis kehidupan yang dilalui wanita kerana seorang lelaki. Diana lakonan Siti Elizad, menderita apabila keikhlasan membenarkan suaminya berkahwin lain membawa sengsara apabila madunya, yang juga kawan baiknya iaitu Azzah (Tunku Hanis) mula tamak dan menyimpan dendam. Azzah ingin Hanafi (Fikhree Bakar) menjadi miliknya seorang dan akibat termakan kata-kata hasutan Azzah, Hanafi mula menjauhkan diri daripada Diana.

Kerana Lelaki Itu Final

Episod akhir ini bakal menyentuh perasaan anda apabila Umi baru mengetahui bahawa Diana menderita kanser hati tetapi tidak pernah mengharapkan simpati daripadanya apalagi daripada suaminya, Hanafi. Umi tersentuh dengan keikhlasan Diana dan merasa marah pada Azzah kerana telah menyebabkan Diana menderita dan kesal dengan Hanafi yang mengabaikan wanita sebaik Diana. Umi dan Camelia terus menyerbu kerumah Azzah dan membongkarkan segala perbuatan jahat Azzah. Adakah Hanafi sempat untuk memohon kemaafan daripada Diana?

Saksikan kesudahan drama Kerana Lelaki Itu di slot Ratu Isnin ini untuk satu pengakhiran yang pastinya menyayat hati anda. Serta jangan lupa untuk sesi chatting bersama Riz Amin dan Tunku Hanis di Gua Star Chat (www.gua.com.my/starchat) bermula jam 3 petang hingga 4 petang pada 29 April ini. Nantikan drama baru Luluhnya Sebuah Ikrar yang akan menggantikan Kerana Lelaki Itu pada Mei nanti.

DSCN0891

DSCN1072

DSCN1097

DSCN1621

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Impak Chemistry Achey & Puteri Balqis Dalam Bintang Mencari Bintang

Sebab Zain Saidin Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia