in

Episod Akhir I Miss You Penuh Debaran

[dropcap]D[/dropcap]rama “I Miss You” menerusi slot Chamsarang TV9 telah mula ditayangkan pada 28 Januari lalu di TV9 bakal menemui pengakhirannya. Drama yang dipenuhi dengan konflik dendam, cinta dan kasih sayang ini menceritakan tentang Lee-Soo Yeon yang hidup dalam kesuraman semenjak kecil kerana disisihkan masyarakat.

[pullquote align=”right”]Episod akhir drama I Miss You penuh konflik yang mendebarkan dan mendapat sambutan hebat di Korea ini bakal ditayangkan pada hari Selasa, 4 Jun jam 9.30 malam hanya di TV9[/pullquote]

Perkenalannya dengan Han Jung-Woo seakan memberi sinar dalam hidupnya tetapi akibat peristiwa hitam ditinggalkan Jung-Woo sewaktu mereka diculik, Soo-Yeon hilang rasa percaya pada Jung-Woo. Pelbagai mainan emosi telah diterapkan di awal siri drama ini membuatkan ramai penonton ternanti-nanti apakah kesudahan drama ini yang dilakonkan oleh Park Yu-Chun, Yun Eun-Hye, Yoo Seung-Ho dan ramai lagi pelakon hebat.

Episod akhir I Miss You ini akan meleraikan segala konflik yang telah menjadikan jalan ceritanya lebih menarik dan penuh mendebarkan. Soo-Yeon yang dituduh dalam satu kes pembunuhan akhirnya membuat keputusan menyerah diri untuk memberikan keterangan yang dapat membebaskannya daripada tuduhan itu. Jung-Woo setia menemaninya dan berjanji walau apa pun yang terjadi, Soo-Yeon tidak akan terlepas lagi daripada genggamannya.

Harry pula tetap nekad ingin membawa Soo-Yeon pergi bersamanya. Harry akhirnya berjaya menculik Soo-Yeon dengan bantuan konco-konco jahat Han Tae-Joon. Adakah peristiwa silam yang menimpa Soo-Yeon dan Jung-Woo akan berulang sekali lagi? Adakah akhirnya cinta Soo-Yeon dan Jung-Woo akan bersatu atau takdir akan terus memisahkan mereka? Saksikan episod akhir drama yang mendapat sambutan hebat di Korea ini pada hari Selasa, 4 Jun jam 9.30 malam hanya di TV9!.

PYC&YEH

PYC I Miss You

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Himpunan Ibu Hamil Terbesar Catat Sejarah

Gambar Fouziah Gous & Md Zahfran Bertunang