in

Empat Telemovie Khas Aidiladha 2015 Di RTM

RTM menyajikan program-program terbaik menerusi saluran TV1, TV2 dan TVi dalam menghayati sambutan Hari Raya Aidiladha pada 24 September ini bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1436H. Namun tidak lengkap kiranya jika tidak disajikan dengan telemovie kekeluargaan yang sarat dengan pengajaran berguna.

Empat telefilem baru untuk dikongsi dengan para penonton sepanjang hari pada 24 September 2015 ini termasuklah sebuah drama terbitan Unit Drama TV RTM bertajuk “Kalimah Dari Birai Sejadah”, pukul 9.30 pagi di TV1 diikuti drama “Haji Rock”, pukul 2.00 petang dan “Andai Bukan Khilaf Itu”, pukul 10.00 malam di TV2 dan “Seindah Anugerah”, pukul 1.00 petang di TVi.

Berikut ialah senarai program yang akan disiarkan pada 24 September 2015 :

PANGGUNG KHAS : TELEMOVIE “KALIMAH DARI BIRAI SEJADAH”, PUKUL 9.30 PAGI

Drama terbitan Unit Drama TV RTM ini mengisahkan tentang seorang ibu, Salbiah yang terkilan setelah mendengar doa dari anaknya Sufiah. Salbiah nekad keluar dari rumah Sufiah dan ingin meneruskan kehidupannya di kampung. Sufiah sebenarnya tidak sanggup lagi melihat penderitaan ibunya sehingga dia terlanjur berdoa semoga ibunya kembali tenang ke sisi penciptanya.

Pelakon : Zarina Zainuddin, Normah Damanhuri, Wan Raja dan Roslan Saleh.

ISTIMEWA AIDILADHA : “HAJI ROCK”, PUKUL 2.00 PETANG

Drama ini mengisahkan Afi seorang remaja yang juga merupakan seorang penyanyi sebuah band Rock menghadapi dilema apabila ibunya mahu menunaikan wasiat akhir ayahnya supaya beliau mengerjakan Haji bersama ibunya. Namun tarikh untuk dia dan ibunya mengerjakan haji adalah sama dengan tarikh pertandingan Batle Of The Rockers. Apakah kesudahannya?

Pelakon : Mark Adam, Kila Fairy, Aida Aris dan Azhan Rani.

ISTIMEWA AIDILADHA : “ANDAI BUKAN KHILAF”, PUKUL 10.00 MALAM dan ULANGAN pada 29 September 2015, pukul 10.00 malam

Telefilem Andai Bukan Khilaf karya dan arahan Raja Ahmad Alaudin mengisahkan gadis autism, Suri yang sesat di Kuala Lumpur dan berkawan dengan kanak-kanak terbiar bernama Tasya dan tinggal di bawah jambatan untuk meneruskan kehidupan.

Pelakon : Kamal Adli, Nad Zainal dan Puteri Balqis

TELEMOVIE : “SEINDAH ANUGERAH”, PUKUL 1.00 PETANG dan ULANGAN pada 27 September 2015, pukul 9.00 malam

Kisah mengenai seorang anak, Mujahid yang malu dengan kerjaya bapanya sebagai pengutip bahan buangan di tempat buangan sampah. Setelah ayahnya terlantar di hospital akibat kemalangan, barulah Mujahid menyedari betapa besarnya pengorbanan ayahnya terhadap dirinya selama ini.

Pelakon : Shafiq Kyle, Kazar Saisi, Dato’ Jalaluddin Hassan, Mardiana Alwi dan Fathil Dani.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Da’i Hilman Tersingkir Kali Kedua

Drama Bersiri Seram QARIN Uji Lakonan Uqasha Senrose