in

Empat Dokumentari Tingkatkan Semangat Sambut Hari Kebangsaan

Empat Dokumentari Tingkatkan Semangat Sambut Hari Kebangsaan di TV2. Komited dalam usaha menyuntik kesedaran orang ramai tentang sambutan Hari Kebangsaan yang bakal disambut 31 Ogos setiap tahun, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan program berbentuk dokumentari menerusi saluran TV2.

Bukan satu sebaliknya empat tajuk dokumentari dipilih menemui penonton setia RTM bermula tayangan doku drama : “Sebuah Cerita Bendera” pada 29 Ogos ini, pukul 7.00 malam. Kenali keistimewaan Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia bersama Esma Daniel, Atie AF dan ramai lagi. Doku drama ini diterbitkan oleh Unit Drama TV RTM.

Gapura Merdeka

Seterusnya pada sambutan Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini, pukul 3.30 petang, ikuti dokumentari terbitan Unit Dokumentari dan Majalah RTM bertajuk “Gapura Merdeka” berkenaan Jalur Gemilang, bendera Malaysia yang menjadi lambang identiti negara yang merdeka. Setiap jalur yang berkibar membawa denyut nadi rakyat Malaysia yang berbangga dengan kejayaan yang dilakarkan dan seterusnya mendidik generasi akan datang menghargai erti kemerdekaan.

Pada sebelah petangnya saksikan dokumentari Inggeris, “Lost Over France – Malaysia’s Unsung Hero”, pukul 5.00 petang mengisahkan dua adik-beradik perintis – Henry dan Cyril Talalla yang hingga ke hari ini adalah antara segelintir rakyat Malaysia yang diketahui berkhidmat untuk tenaga Royal British Air force Diraja British Air semasa Perang Dunia II.

Sebagai penutup saksikan rancangan terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM dengan tajuk “Perjuangan Tidak Bernoktah” pada 1 September ini, pukul 3.00 petang. Ia berlatarkan tentang sebuah perjuangan yang penuh semangat kenegaraan.

Henry Talalla dan Cyril Talalla

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik. Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

LOST OVER FRANCE – MALAYSIA’S UNSUNG HERO DI TV2

LOST OVER FRANCE – MALAYSIA’S UNSUNG HERO

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Menang Kategori Transportation, Travel & Tourism Putra Brand Award 2015

Teringin Nak Beli Samsung Wireless Audio 360