in

Emillia Contessa Dari Penyanyi Ke Bidang Politik

Emillia Contessa Dulu dan Sekarang

Pada 27 Disember 2010, Budiey sempat menemubual Emillia Contessa di Singapura, seorang penyanyi veteren yang lagu-lagunya semua nostalgik.

Gelaran Contessa hanya nama dan ia bukan sekadar gimik. Beliau menjadi cucu kepada anak yang paling kecil. Kedua-dua belah pihak ibu dan bapanya berebut untuk memberikan nama semasa lahir. Jadi, hampir 2 bulan, beliau tidak mempunyai nama.

Nama Emilia adalah nama diberikan berdasarkan nama Princess Emily. Dulu ada nama filem Barefoot Contessa. Jadi nama Contessa diambil sempena nama filem popular pada ketika itu. Jadi, nama di kad pengenalan adalah Emilia Contessa. Bagi beliau, tiada apa pada nama. Hanya nama sahaja yang bunyi agak kebaratan.

Emilia Contessa

Sekarang, suaminya yang ajak beliau untuk terjun ke bidang politik. Ini kerana beliau merasakan sudah tiba masa untuk memperjuangkan hak-hak masyarakat. Politik di mata beliau adalah kekuasaan bukanlah sesuatu yang negatif atau kotor. Sekarang ini beliau merupakan wakil kedua PE3 Persatuan Pembangunan Jakarta. Sudah 12 tahun beliau berkecimpung dalam bidang politik.

Beliau takkan meninggalkan dunia nyanyian kerana suami beliau selalu mengatakan, suara yang baik itu tidak semua diberikan kepada manusia. Jadi, kita perlu memelihara bakat yang diberikan oleh Tuhan.

Emilia Contessa

Selain beliau, Roma Irama juga pernah berkecimpung dalam bidang politik. Beliau merasakan artis yang menceburi politik, itu bukannya salah, tapi apa yang penting adalah tanggungjawab dan perlu menjaga imej sebagai pemimpin.

Emilia Contessa

Beliau sudah menghasilkan album terbarunya berjudul Taubatku sebuah lagu pop. Lagu Taubatku menceitakan tentang suaminya. Dalam album tersebut hanya 2 buah lagu yang berkonsepkan religi. Sekarang sudah ada 8 buah lagu yang dah siap. Album ini akan dilancarkan pada pertengahan tahun depan. Mimpi Sedih antaranya lagu yang akan dirakamkan semula.

Beliau rasa ingin sekali datang ke Malaysia. Kali terakhir beliau bertemu dengan Liza Aziz yang menjadi rakan duetnya dalam sebuah lagu.

DVD Akhir Sebuah Impian, salah sebuah filem boxoffie lakonan beliau juga dilancarkan. Filem 1972 ini mencatat sejarah 5ribu DVD dalam masa 30 hari di Singapura. Dengan 10 buah lagu runut lagu sebagai bonus.

Selain itu, ada album kompilasi lagu-lagu Emilia Contessa Edisi Platinum juga turut dilancarkan di Singapura. Life Records akan mengedarkan kompilasi filem-filem nostalgia pada masa akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ADV: Cara Berkesan Tingkatkan Kesuburan Lelaki

Jumaat Cuti Umum Malaysia Menang Piala Suzuki AFF2010