in

Emergency di TV9

SAAT CEMAS DI DALAM EMERGENCY

Apabila seseorang itu melalui saat-saat getir yang tidak diingini, mereka hanya mampu berdoa dan berharap bantuan akan tiba secepat mungkin untuk menyelamatkan harta benda mahupun nyawanya.

Dalam program TV9 yang penuh dengan debaran, Emergency, yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin, para penonton akan dapat menyaksikan bagaimana pasukan penyelamat menjalankan tugas mereka dengan penuh semangat kental dan ketabahan.

Emergency

Dalam episod pertama pada jam 10.30 malam bermula 27 September ini, satu kemalangan telah berlaku di antara sebuah lori membawa muatan roti dan sebuah lori pengangkut sampah. Kemalangan jalan raya itu telah mengakibatkan kesesakan jalan raya yang teruk. Lori yang membawa muatan roti tersebut terperosok pada pembahagi jalan dan pemandunya tersepit. Mangsa yang berada dalam keadaan trauma, menjerit meminta tolong dan meraung kesakitan.

Anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam tiba tepat pada waktunya untuk membantu mengeluarkan mangsa dan mengawal keadaan lalulintas di jalan raya. Pihak bomba mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Bagaimanapun, pemandu lori sampah tersebut, terselamat dari sebarang kecederaan.

Seterusnya, satu kes lif tersangkut di sebuah kawasan perumahan flat di Shah Alam. Terdapat tiga mangsa yang terperangkap iaitu seorang wanita dan dua orang lelaki. Di atas kecekapan pihak bomba, mangsa dapat dikeluarkan dalam masa 5 minit sahaja. Setelah selesai mengeluarkan magsa-mangsa yang terperangkap, mereka menerima satu lagi panggilan dari ibu pejabat mengatakan satu kebakaran telah berlaku di sebuah pejabat di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam.

Anggota Bomba bergegas ke tempat kejadian dan setibanya mereka di sana, kebakaran tersebut sudah pun reda kerana sistem pancuran air kebakaran berfungsi dengan sepenuhnya. Punca kebakaran dan kerugian yang dialami masih lagi dalam siasatan.

Menariknya semasa merakamkan penggambaran bersama pihak bomba, banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang telah dipelajari oleh pihak produksi. Antaranya, apa yang perlu dilakukan semasa kebakaran. Contohnya, lif tidak dibenarkan digunakan sama sekali sewaktu kebakaran kerana ia akan menjadi perangkap kepada kita.

Semasa melakukan penggambaran, krew terpaksa memanjat bangunan lima tingkat dan merempuhi asap yang tebal menggunakan tangga. Ini merupakan satu pengalaman baru yang berbeza daripada rancangan Emergency sebelumya yang memaparkan tindakan segera para Pembantu Perubatan Ambulans bersama Bulan Sabit Merah Malaysia dalam membantu menyelamatkan nyawa orang ramai.

Inisiatif yang ditunjuk oleh para penyelamat inilah yang diperlukan dalam memastikan keselamatan masing-masing dalam saat kecemasan. Diharap para penonton juga akan dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang kami perolehi. Oleh itu, jangan lupa tonton Emergency pada setiap hari Isnin jam 10.30 malam, hanya di TV9!

Emergency

Emergency

Emergency

Emergency

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Siti Kelembai Lakonan Yana Samsudin & Fizo Omar

Sekitar Pelancaran ESPN Player oleh ESPN STAR Sports