Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Elyana, Syed Ali, Nabil Dalam Drama Kamelia Katrina



KAMELIA KATRINA
Konflik Adik- Beradik Rebut Cinta Di Astro RIA!

Di bawah payung penjenamaan Astro Megadrama, destinasi utama bagi drama-drama Melayu hebat yang cukup sinonim dalam membariskan variasi drama mantap menerusi salurannya yang pelbagai, Astro dengan bangganya mempertaruhkan drama terbaru berjudul Kamelia Katrina yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Khamis bermula 5 November 2009, jam 9.05 malam menerusi Astro RIA (saluran 104).

Elyana

Nabil

Drama menarik 26 episod arahan Samby Dinesh dan Jamiludin Jabar ini turut menggabungkan barisan pelakon popular baru dan lama seperti Elyana yang membawa watak Katrina, Miera Leyana sebagai Kamelia, Nabil Mentor sebagai Ari, Syed Ali sebagai Azhar, Ain Mohd Satar sebagai Yaya, Norman Hakim sebagai Jehan, Shaharudin Thamby sebagai Kahar, Liza Shadan sebagai Puan Mariam, Zarina Zainuddin sebagai Linda dan Fetty Dzul sebagai Nek Mun.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Khairul Mizan, ”Astro sentiasa peka dengan kehendak penonton yang dahagakan program-program bermutu yang menghiburkan. Oleh hal yang sedemikian, kami amat mengambil berat dalam proses pemilihan program-program atau drama-drama dan memastikan ianya dilakukan dengan teliti bagi menjamin mutu dan kualiti kandungan yang terbaik.

”Pemilihan drama Kamelia Katrina ini dilihat tepat kerana ia mempunyai jalan cerita yang padat dan turut diselitkan dengan elemen pengajaran menerusi konflik yang dipaparkan mengenai dua beradik. Kami percaya drama ini mampu menarik perhatian para penonton untuk terus melekat di kaca televisyen setiap minggu untuk mengetahui apakah yang akan terjadi seterusnya.”

Drama Kamelia Katrina mengisahkan pertelagahan di antara dua orang adik beradik jelita yang mempunyai personaliti berbeza. Katrina ialah seorang kakak yang sombong, pemarah dan pendengki. Manakala Kamelia pula ialah seorang adik yang lembut, pemurah dan baik hati. Kamelia dan Katrina telah kehilangan ibu sejak kecil dan mereka dibesarkan oleh nenek mereka, Nek Mun.

Kenakalan Katrina terserlah dari kecil lagi. Kamelia sering dibuli oleh Katrina menyebabkan bapanya, Jehan, selalu menyebelahi Kamelia. Sejak dari itulah perasaan iri hati terbit di hati Katrina dan menjadi pemangkin semangatnya untuk mendahului Kamelia dalam apa jua cabaran yang dilalui.

Perasan benci Nek Mun terhadap menantunya pula terbawa-bawa hingga kini kerana wajah Kamelia mirip wajah menantunya. Kerana itu, Kamelia sering dilayan dengan buruk sekali. Segala kasih sayangnya dicurahkan kepada cucu kesayangannya, Katrina.

Konflik dan drama menjadi-jadi apabila Katrina ingin mencuri hati Ari yang telah diberikan ke Kamelia. Motif Katrina hanyalah untuk mewarisi segala hartanya. Tidak ada apa yang akan menghalang Katrina daripada memiliki hati Ari walaupun dengan membunuh!

Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Berjayakah Katrina memiliki hati Ari? Adakah Kamelia terus dibenci keluarganya?

Saksikan drama hebat penuh konflik ini yang akan bersiaran menerusi Astro RIA (saluran 104) pada setiap hari Khamis bermula 5 November 2009 jam 9.05 malam.

Tags: , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip: Elyana dan Ally Iskandar Dating Bercinta?
  • Gambar Pelakon Penyanyi Elyana Pakai Tudung Cute
  • Gambar Wedding Elyana: Gubahan Hantaran Lelaki
  • Busana Kurung Moden Akad Nikah Elyana Rekaan Hatta Dolmat
  • Video Persembahan Nabil di Final Maharaja Lawak Akhir
  • Profile Nas-T
  • Gambar Kahwin Elyana dan Khairul: Gubahan Hantaran
  • Profile Elyana
  • Gambar Kad Kahwin Nabil Raja Lawak
  • Video Nabil Peluk Irma Hasmie di Anugerah Bintang Popular 2008



    • rexym

      Nampak best drama ni!! Ada Elyana plak tu… :D

    • lolo

      betul ke syed ali ade berlakon!! mesti best hensem man tu

    • http://luqmanul_faizal@yahoo.com.my Dragon Master

      Elyana,saya nak tandatangan awak.

    • cinta

      lakon nabil dgn miera tu teruknya kena banyak baiki..cume elyana dan syed ali ok

    • asmak bte adam

      a’kum..drama ni memang best sy suka jln ceritanye….tp agak kurang sesuai watak nabil dlm cerita ini….mungkin pada sy tidak sesuai…mungkin bleh cr hero yg lain sebagai watak utama…elyana..watak dia memang hidup…good luck…

    • kimura

      drama ni not bad.. tp sountrack dia mmg best..
      spe nyanyi ek.. somebody help me??

    • http://tyrazaty@yahoo.com DEARzaty

      eeee… geram jew tengok elyana dlm drama nie.. jaat gile.. sakit aty jew kot.
      cam rase nak pukul jew. ehhehe… :)

    • mira

      saya nk tanye.. ape tajuk lagu drama nie??and sape penyanyi nye,..

    • http://fariza fariza..

      this movie is best sangat….i love it kamelia and ari…kamelia is suite fr ari..ari is handsome betul..i hate katrina…in the drama..

    • melati

      nk tngok apisod akhirnye,tp cari x jpe.kt mne smpn



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK