Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Elyana Kena Busung Buatan Orang?



Khabarnya, Elyana terkena buatan orang. Perutnya membusung dan badan semakin berisi. Budiey pernah menanyakan hal ini apabila bertemu dengan Elyana ketika menghadiri Parti Ulangtahun Suria FM yang lalu. Itu sebablah mengapa Elyana hanya duduk dan mengurangkan pergerakan ketika buat persembahan di Anugerah Juara Lagu yang lalu.

Sama-sama kita doakan semoga Elyana cepat sembuh dari penyakit misteri.

DUA BULAN ELYANA SAKIT MISTERI
Jangan fitnah anak saya – Ibu

Dia (Elyana) sering mengadu sakit pada saya. Sakit perut dan sakit kepala sampai kadang-kadang satu hari tak boleh bangun. Badannya juga sentiasa panas walaupun tak demam. Apabila saya bawa jumpa doktor untuk buat pemeriksaan, doktor kata dia hanya sakit biasa. Tapi saya peliklah, kalau sakit biasa takkanlah sampai macam itu sekali.

Tadi, saya bawa dia untuk berubat secara tradisional. Mulanya dia menolak kerana tak percaya dengan benda-benda misteri tetapi agaknya sebab sudah tak tahan dengan apa yang dia lalui, akhirnya dia bersetuju. Agak mengejutkan bila pengamal perubatan tradisional itu memberitahu anak saya terkena buatan orang,?akui Shamsidar Alias, 46, ibu kepada penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu, Elyana ketika dihubungi BACARIA.

Sejak Disember lalu, penyanyi yang cukup terkenal dengan imej tanpa sepatu ini dikatakan sering sakit-sakit dan berada dalam keadaan emosi yang tidak menentu. Menurut ibunya lagi, keadaan itu semakin ketara apabila Elyana terlibat dengan majlis-majlis besar atau aktiviti-aktiviti penting. Tidak mahu bersangka buruk apatah lagi menuduh sembarangan, ibu penyanyi berkenaan menyedari sebagai seorang artis, sememangnya anaknya itu tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Mengakui mungkin ada yang merasa kurang senang dengan anaknya tetapi tidak terfi kir sejauh itu perkara ini boleh terjadi.

“Saya kasihan melihat keadaan anak saya yang menderita sakit. Dia pula jenis yang tidak suka susahkan orang. Dia sakit, tetapi dia tetap pergi kerja. Waktu dia menjalani penggambaran Renjis 2, dia terpaksa beberapa kali berjumpa doktor untuk mendapatkan suntikan tahan sakit sebab tidak mahu cuti. Sebagai seorang ibu, tentulah saya tak sampai hati melihat keadaannya itu dan cuba mencari ikhtiar dengan berubat secara tradisional. Alhamdulillah, selepas berubat dia semakin pulih walaupun tidak sepenuhnya. Itu yang badan dia sekarang ni dah makin naik dan agak berisi berbanding dulu, ujarnya lega.

Bagaimanapun, lain yang berlaku lain pula cerita yang tersebar di internet. Kecoh seketika apabila Elyana difinah kononnya kini semakin berisi kerana telah hamil. Mengakui begitu kecewa dengan fitnah yang dilemparkan itu, ibu Elyana memohon agar ia dihentikan segera. Saya tahu bukan semua orang sukakan anak saya, tetapi kalau tidak suka sekalipun, janganlah memfi tnah dia sampai begitu sekali. Saya sebagai ibu rasa sangat terpukul dengan fi tnah yang langsung tidak masuk akal itu.

Dalam masa yang sama, saya juga kasihan dengan dia. Sudahlah sakit, difi tnah pula dengan benda yang macam ini. Bukankah lebih baik kalau kita doakan agar kesihatannya kembali pulih dan dapat bekerja seperti biasa, ujarnya dengan nada yang kesal. – BACARIA

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip: Elyana dan Ally Iskandar Dating Bercinta?
  • Gambar Wedding Elyana: Gubahan Hantaran Lelaki
  • Gambar Pelakon Penyanyi Elyana Pakai Tudung Cute
  • Busana Kurung Moden Akad Nikah Elyana Rekaan Hatta Dolmat
  • Kekasih Elyana Hadiah IPhone di Hari Jadi ke-21?
  • Gambar Kahwin Elyana dan Khairul: Gubahan Hantaran
  • Gambar Majlis Akad Nikah Elyana & Khairul di Duchess Place
  • Elyana Tetamu Undangan di My Starz LG
  • Profile Elyana
  • Buatan Orang dan Chef Mana Yang Sihir Chef Wan?



    • G HaD’s

      Elyana,i xle minat sgt dgn die…tp my mum suke gler dgn die!bg i die cantk n de klbihan die sndr..pelik tgk org yg xsnng dgn rezki tuah org lain,apepun…i doakan elyana cpt sembuh…n to elyana,xpyhle nak dgr ape yg dorang nak kutuk2 or kate2 kat u tu………mcmle diorg yg kasi u mkn nasi:P cpt sembuh ye…ameenn…. =)

    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      kesian

      busung takpe jangan NGANDONG!

    • ohi2

      aku pun suka kat dia..tersendiri, lagu pun best…tapi minta tolong sgt kat elyana, jgnlah pakai seksi2 sgt…kadang2 ada gedik ckit..setakat tak pakai kasut tu takde hallah, janji lagu best…

    • Nuranie

      semoga cepat sembuh eliana…

    • adekepatut

      i memang minat sangat ngan eliana ni..cute. Lakonannya memang mantap n bersahaja….tp eliana tolongla pakai elok2 skit. Jgn la seksi sangat. Jgn menseksikan diri u semata2 nak pancing peminat..walaupun u tak seksi, i tetap minat u…gitu

    • effa1

      kesian kat elyana..sape le sanggup buat catu..jahatnyer

    • Itsme

      buatan orang…? It’s all in the mind….

    • leeya91

      kesian elyana.sape lh yg buat de 2.

    • nuyul

      kesian…..pe nak jadi ngan orang islam n melayu skrang..hei…ni lah klu dahi x cecah sejadah..hati jd jahat otak jd giler..mintak simpang lah..to elyana ko pun sma kene byk berdoa..n jgn sekse melampau..umo muda jgn nak nmpak tua..rugi…moga cepat sembuh..AMIN.

    • dd

      sabar jelah kan…sambil2 tu banyakkan amalan juga kan.

    • leeya91

      kte org islam patut lh brdoa kan org yg x sht.jgn lh kte hina die.

    • hantu raya

      hihihihi..kalo betol dia kene buatan orang aku rasa aku tau siapa yg buat dia hihihihihi..

    • aleya

      2r..npe r owang asyik dok dengki jew..padahal die x kaco owang pown..patotnye owang 2 berusaha utk maju mcm die,bknnye dok kondem die cm2..mcm ak r..ak xde nk sibuk pasal owang,tp owang dok kaco ak..huhuhuhuhuhu

    • http://www.yahoo.com.my Nad N Lee

      korang nak tau nape dia kena buatan orang?mesti dia ada wat slack kat orang…….pelakon senior pun penah bagitau dia ni sombong sejak peminat mula knal dia.dulu takde sape knal dia sangat.nyanyi pun sengau.semenjak belakon je ada tuah sikit.tapi kitaorg tak suka dia dress seksi sangat pastu buang sikap gedik tu.kitaorg penah tengok life dia secara live, hisap rokok depan orang.taula kat KL tu moden, tapi janganlah kerek sangat nak tunjuk awak tu moden…awak tu kan org islam,kalau ubah awak punya sikap insyaallah kitaorg minat awak.lagi satu jangan gedik,perasan cun…jelik kitaorg pandang awak tau!!!

    • sheila@ap”s

      saya doakn elyana sembuh

    • liza

      whatever

    • vava ,

      elyana , ka kene SABAR nadai bende 2 btol oraite ?

    • http://im2@yahoo.com im92

      i suke gler kat elyana nie..alhamdulillah die dh chat..go elyana!!

    • siti

      apa pon.aku tetap minat dia.bialah dia nak watpe pon.bukan susahkan korg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK