Elly Mazlein, Shahrul Kamaludin, Wan Elyas Dalam Drama Cinta Batu Belah
CINTA BATU BELAH MERUNTUN JIWA
Slot Lagenda di TV3, terus mendapat sambutan yang menggalakkan. Jika sebelum ini mempertaruhkan drama – drama bersiri seperti Ali Din, Akukah Tanggang dan Lara Rindu Mahsuri, terbaru, ”Cinta Batu Belah” akan menghiasi slot Lagenda ini. Drama bersiri yang diadaptasi dari hikayat lagenda, Batu Belah Batu Bertangkup tetapi diolah dalam versi moden ini akan menemui penonton mulai 13 Oktober 2008, setiap hari Isnin- Khamis jam 4.30 petang dan pada jam 8.30 malam di TV9.
Cinta Batu Belah menampilkan barisan pelakon seperti Elly Mazlein (Safiya), Shahrul Kamaludin (Sufian), Amyza Adnan (Kamariah), Mak Ungku (Naemah), Fezrul Khan ( Dr. Azmi), Wan Elyas (Firkan) Linda Hashim (Natrah), Adik Farhana Kisnina dan Adik Haikal.

Cinta Batu Belah ini bermula dengan pertemuan antara Safiya dan Sufian yang menerbitkan bibit percintaan yang mendapat tentangan keluarga apabila Naemah, ibu Safiyyah mula memasang angan-angan hendak menjodohkan Safiyyah dengan Nik Hisyam. Namun, Safiyyah nekad untuk membelakangkan keluarganya dan menikahi Sufian walaupun natijahnya, dia dibuang keluarga.
Berazam untuk memulakan hidup baru, Safiya tinggal bersama Sufian dan ibu mertuanya yang sudah uzur di sebuah rumah kecil yang disewa. Sufian bekerja keras menyara keluarga mereka sementara itu Safiya terpaksa menjaga ibu mertuanya yang semakin tenat. Kehadiran cahaya mata pertama mereka, Natrah menyerikan rumahtangga mereka. Namun, badai mula melanda apabila Sufian bertemu kembali dengan Kamariah rakan sekampung yang pernah menyimpan perasaan terhadapnya dan membangkitkan perasaan cemburu di hati Safiah.
Ketika sedang mengandungkan anaknya yang kedua, Safiya mengidamkan daging rusa dan demi memenuhi permintaan isterinya itu, Sufian pergi ke hutan untuk memburu rusa. Malangnya, kemalangan telah berlaku dan menyebabkan Sufian terkorban. Tertekan dengan tragedi yang menimpa hidupnya, Safiya cuba untuk kembali berbaik dengan Naemah namun ibunya tetap tidak mahu menerima mereka anak-beranak. Terpaksalah Safiya mengharungi pelbagai derita dan tohmahan demi menyara kedua anak- anaknya yang masih kecil itu.
Suatu hari, Safiya membeli sate daging rusa yang telah ditempah seminggu awal. Dia membawa pulang sate daging rusa tersebut dan menyuruh Natrah menyimpan secucuk untuknya sementara dia pergi bersolat. Selesai bersolat, dia dikejutkan oleh jiran dengan keadaan Opah Uteh yang sesak nafas. Dalam keadaan tergesa-gesa Safiyah meninggalkan rumah dan sempat berpesan kepada anak-anaknya untuk tidak menghabiskan makanan tersebut. Sekembalinya di rumah, Safiya terduduk lesu apabila dikhabarkan oleh Natrah bahawa Fikran begitu tamak menghabiskan semua sate daging rusa tersebut walaupun telah ditegah. Sayu mengenangkan sikap anak-anaknya, Safiya terus merajuk dan keluar dari rumah.
Kisah menyayat hati dan penuh dengan pengajaran ini berterusan dengan babak-babak yang meruntun perasaan seterusnya. Kemuncaknya di mana Safiya akhirnya telah tergelincir dan jatuh ke dalam lombong. Maka tinggallah dua beradik ini dengan penyesalan di atas sikap mereka sehingga menyebabkan ibu yang dicintai terkorban. Bagaimanakah kehidupan mereka setelah menjadi yatim piatu dan sebatang kara tiada tempat untuk bergantung? Mahukan nenek mereka, Naemah memelihara mereka atau masih adakah insan lain yang sanggup menghulurkan pertolongan kepada dua adik beradik malang ini?
”Cinta Batu Belah merupakan jalan cerita yang menarik. Nilai moral dan pengorbanan amat tinggi diserapkan dalam drama ini untuk dijadikan sebagai pedoman kepada anak-anak muda masakini supaya mendengar kata dan tidak melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi,” ulas Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar.


Technorati Tags: Elly Mazlein, Shahrul Kamaludin, Amyza Adnan, Kamariah, Mak Ungku, Naemah, Fezrul Khan, Wan Elyas, gambar, Linda Hashim, kiss, Farhana Kisnina, Adik Haikal, isu gaji, galeri produk, marang, pemilihan umno, banduan, aids, menteri dalam negeri, drama lucah, Drama Cinta Batu Belah
Tags: Drama, TV3, Adik Haikal, aids, Amyza Adnan, banduan, Drama Cinta Batu Belah, drama lucah, Elly Mazlein, Farhana Kisnina, Fezrul Khan, galeri produk, gambar, isu gaji, Kamariah, kiss, Linda Hashim, Mak Ungku, marang, menteri dalam negeri, Naemah, pemilihan umno, Shahrul Kamaludin, Wan ElyasBaca artikel lain yang berkaitan:














October 19th, 2008 at 10:39 am
wah mcm menarik je cerita ni.. suke wan elyas tu.. dlm dunia baru die sgt best hehe
October 20th, 2008 at 1:35 am
dengar cite memang cam menarik. mak aku selalu tengok.
October 20th, 2008 at 9:31 am
mmg best .. ada pngajaran
October 20th, 2008 at 1:19 pm
hye tajul
October 23rd, 2008 at 8:34 am
memg best giler citer nih!my compliment goes to elly mazlein, the main character in this drama series. elly pandai bermain dgn watak dan facial expression, sampai penonton pun dpt rasa apa yg dia lalui especially my yg nangis tau bila tgk dia sedih. n tmbh lg dgn lagu nubhan yg best giler tuh, citer ni deserves an award!
October 24th, 2008 at 8:29 am
emm..memang menyentuh hati dan perasaan… lakonan elly mazlin memang berkesan hingga bila babak sedih, saya sekali keluar air mata….lagi tak sanggup nak tengok citer ni biler tengok anak dia yang comel dan memang sayu …nilah kalau semua keras kepala…semua berpunca dari mak elly… well… cite yg menarik, but i’ll depending on us how to interpret this moral of the story/…what ever pun, honestly, kalau nak ikutkan, mmg tak nak tgk citer ni, bukan tak sedap…tapi, terlalu menyayat hati…….ehehe..emotional sungguh….fuh..syabas semua….well done…sampai aku jadik gini…
October 28th, 2008 at 6:39 pm
cerita yg sangat menarik dan menyentuh hati sesiapa saja yang menontonnya. Namun saya amat sedih sekali kerana drama ini di tayang pada masa dan waktu bekerja antara 4.30ptg hingga 5.30ptg. Saya hanya berpeluang menonton drama menarik ini hanya pada hari cuti. Jika ditayang selepas waktu bekerja saya yakin akan lebih ramai penonton yang akan tertunggu-tunggu tayangan cerita menarik ini. Saya ucapkan …TAHNIAH… kepada Elly Mazlin kerana telah berjaya membawa watak seorang ibu yang penyayang walaupun beliau sendiri belum berkahwin..
October 29th, 2008 at 9:03 am
tahniah pada Elly lakonan beliau memang bagus dan telah berjaya membawa watak yang diberikan. saya memang minat kat Elly, dan terasa sedih sgt bila tengok cerita ini. memang menjadi pengajaran untuk kita semua. pada Elly Mazlien semoga sukses selalu dan akan mendapat kejayaan di dalam bidang lakonan. semoga akan terus mendapat undangan di dalam bidang lakonan kalau boleh aktif lah lagi wahai Elly dalam bidang nyayian pula ye. saya akan terus meminati Elly yang comel dan cute ini.
October 31st, 2008 at 4:18 pm
tahniah kepada semua para pelakon, terutamanya elly yang pandai memainkan peranan. lakonan yang cukup berkesan…sedih dan menyayat hati.
cerita ini dpt memberikan pengajaran buat semua golongan, baik remaja mahupun dewasa….jadikanlah ikhtibar dengan cerita ini…
apa2 pun tahniah….tahniah.
November 3rd, 2008 at 5:04 pm
salam…sy copy sinopsis cite ni ya. bleh?
November 4th, 2008 at 7:00 am
[...] ni dia sinopsis cite ni, sy curik dari budiey: [...]
November 4th, 2008 at 2:19 pm
Tgok crita ni jdi tringin gak nak makan sate rusa .. kat sate Hj Samuri ada kan?
November 4th, 2008 at 8:51 pm
Erghhh … harap dpt ‘dmatikn’ watak NH dlm crita ni … x leh nk tgok dh rasanya gara2 insiden tu sbb Hnyb nk ‘jaga hati’ Hnyb …
November 4th, 2008 at 10:44 pm
Elly mazlin superb dlm citer ni. Trpndg2 scene masa ank kecik dia demam, dia trpksa jln kaki ke klinik, panas2 lak2. Pas2 mase dia trsrmpk ngan NH (nyampah la plak), dia tgh dukung 2-2 ank dia. Ble NH nk capai jek tgn dia, dia trus lembik, pgsan sb kepenatan.. Mase 2 jgn kate air mata, air idung pun same cbok brlumbe2 nk kuar.. Huwaa..
November 10th, 2008 at 11:15 am
Memang best! Kalau tak sempat tengok siang (TV3) siap tunggu waktu malam (TV9)…. Tmbh lg dengan lagu tema ‘ADA UNTUKMU’…Memang meruntum jiwa..le…
November 12th, 2008 at 4:40 pm
time si saffiya mengamuk aku tak berkenan…sejibik cam watak dia masa citer bella…harap elly tak stereotype in future…dan bab manja mengada…tolong jgn jadi cam farah spaQ…
November 16th, 2008 at 6:55 am
woi,ini badot aku suka cerita cinta batu belah kalau aku tak suka cerita cinta batu belah aku tak akan jadi badot, kalau cerita cinta batu belah itu dah tak ada aku tak akan jadi badot lagi dan aku sedih.
August 13th, 2009 at 10:16 pm
Best sangat lakonan elly mazlein
heran sepatutnya elly layak jadi pelakon terbaik tp tak tercalon….go elly u r the best