in ,

Elizabeth Tan & Faizal Tahir Bergabung Demi Lagu SETIA

Siapa yang tidak mengenali Elizabeth Tan yang merupakan gadis sensasi YouTube yang popular dengan single sulungnya ‘Knock Knock’. Hanya dengan menyampaikan lagu-lagu cover di YouTube menggunakan ukulele, Elizabeth berjaya mencuri hati peminat serta para penggemar muzik di laman YouTube.

Setelah berjaya dengan single pertamanya, Elizabeth kini muncul untuk single kedua yang bertajuk ‘Setia’. Kali ini, Elizabeth mempertaruhkan muzik yang berentak pop ballad gandingan bersama sifu beliau iaitu Faizal Tahir.

Setia - Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir

Faizal Tahir bukanlah nama yang asing dalam arena industri muzik tempatan. Pada hujung tahun 2014 Faizal telah menghasilkan single terbaru beliau yang berjudul ‘Assalamualaikum’ yang telah membawa Faizal kembali ke persada muzik tanah air setelah hampir 2 tahun mendiamkan diri. Ternyata comeback Faizal dengan lagu ‘Assalamualaikum’ menjadi kerana Faizal kini sering mendapat pelbagai tawaran persembahan dan tidak lari juga tawaran sebagai komposer dan penerbit lagu.

Pertama kali mendengar lagu ‘Setia’ nyanyian Elizabeth Tan gandingan bersama Faizal Tahir ini pasti membuatkan anda terus jatuh hati dengan lagu ini. Memang tidak menghampakan apabila lirik yang ditulis ini mampu memberi kesan kepada mereka yang mendengarnya. Lagu ‘Setia’ ini secara keseluruhannya adalah luahan rasa cinta yang muncul hanya untuk kekasih hatinya dan ingin hidup bahagia bersama untuk selamanya.

Lagu ‘Setia’ ini telah dicipta sepenuhnya oleh Faizal Tahir, Mike Chan dan juga Ezra Kong. ‘Setia’ baru sahaja dilancarkan pada bulan Jun yang lalu dan sudah mula mendapat sambutan yang hangat sejak berkumandang di corong-corong radio dan kini sudah mula mengungguli carta radio tempatan. Lirik video bagi lagu ‘Setia’ ini juga tidak kurang hebatnya apabila mendapat hampir 1 juta tontonan dalam masa 1 bulan sahaja.

Susunan lagu ‘Setia’ yang indah ini juga tampak sempurna apabila dilengkapi dengan gaya sebutan dan juga tone suara Elizabeth yang disifatkan unik. Elizabeth dan Faizal juga baru sahaja selesai penggambaran untuk muzik video ‘Setia’ dan dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Selain itu, lagu ini juga turut menjadi lagu tema bagi slot Akasia TV3, ‘Mencintaimu’ yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Zahirah MacWilson yang mula ditayangkan pada 19 Ogos 2015 lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vroom For F1 Parties At Marina Bay Sands

Lagu SETIA Elizabeth Tan & Faizal Tahir Trending di Youtube Malaysia