in ,

Elizabeth Tan Bakal Perform di Pembukaan Hotel YTL United Kingdom

Penyanyi Elizabeth Tan atau nama sebenarnya, Elizabeth Tan Su Mei mengakui dia trauma dengan kontroversi yang telah melanda dirinya. Ini menjadikan dia takut untuk berkawan dan keluar dengan orang dalam bidang seni terutama lelaki kerana bimbang menjadi sasaran gosip liar.

elizabeth-tan-black

Sebelum ini, Elizabeth Tan digosip menjadi punca perpisahan penyanyi popular Adira dan bekas tunangnya, Shahrul Nasrun, dan sekarang ini beliau dikatakan ada hubungan dengan bekas suami pelakon popular, Nabila Huda iaitu Eddie (Tiga Swagger) yang bernaung di bawah pengurusan sama dengannya. Apa pun yang melanda, Elizabeth tidak takut untuk berdepan dengan pihak media kerana dia tahu dia berada di pihak yang benar.

Penyanyi yang berusia 22 tahun itu juga mengakui dia menjadi sasaran dan dihimpit golongan kenamaan dan VIP. Namun, Elizabeth terpaksa menolak secara baik.

Sekarang ini, Elizabeth Tan mahu fokus kepada karier dan mahu mempromosikan single terbaru berjudul SETIA. Kerana sibuk, dia tidak ada masa untuk mencari teman istimewa.

Terbaru, filem lakonan Elizabeth Tan iaitu  Usop Wilcha Menghoncang Makhluk Muzium akan berada di pawagam mulai 3 September ini. Memegang watak Tyra, penyanyi lagu Knock Knock ini mendapat pujian daripada penerbit. Menyedari dirinya masih lagi tidak sempurna dalam bidang lakonan dan berminat untuk meneruskan karier tersebut, Elizabeth bercadang untuk masuk kelas lakonan bagi memantapkan mutu lakonannya.

Khabarnya, Elizabeth akan terbang ke United Kingdom selama seminggu pada penghujung September ini untuk buat persembahan sempena pembukaan Hotel YTL di sana.

Transformers AOE - Elizabeth Tan as Su Yueming

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang MTV Video Music Awards 2015

Pra Tonton Filem POLIS EVO Lakonan Shaheizy Sam Berlangsung Minggu Ini