in ,

Ekspresi Remaja TV9

Salam sejahtera rakan-rakan media yang dihormati!

Bersempena dengan ulangtahun TV9 yang KELIMA, pihak TV9 akan menganjurkan EKSPRESI REMAJA, acara padang yang diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara TV9, pelajar-pelajar universiti tempatan dan juga pusat pengajian tinggi tempatan (IPTA/IPTS).

ekspresi remaja

Dengan itu, kami ingin menjemput rakan-rakan semua untuk memeriahkan lagi acara EKSPRESI REMAJA ini yang akan berlangsung di:

Tempat: Management & Science University, Shah Alam (MSU)
Tarikh: 20 April 2011 (RABU)
Masa: 12 tengahari – 6.30 petang

EKSPRESI REMAJA ini juga dimeriahkan dengan Hujan & Aizat yang akan mengadakan mini konsert khas untuk para pelajar MSU. Di samping itu, TV9 juga akan memperkenalkan program terbaru kami yang sesuai untuk kalangan pelajar iaitu Remaja dan Remaja Ekstrem.

‘Open Mic Jam / Battle of the Band’ akan diadakan khusus buat para pelajar MSU untuk mencungkil bakat terpendam mereka. Kemeriahan disambung lagi dengan kehadiran personaliti TV9 seperti Rina Salleh (juara Gadis Melayu 3), Azura (Remaja), E-One (Remaja) dan Deq Wan (Remaja Ekstrem). Sila rujuk lampiran di atas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teaser Filem Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit

Lirik Lagu Maafkan Pencinta Aris Ariwatan