in

Eksplorasi Mak Yong Puteri Jerijit Emas

EKSPLORASI MAK YONG ‘PUTERI JERIJIT EMAS’ SIRI JELAJAH KIJANG MAS DI KEDAH DAN PULAU PINANG

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan melaksanakan Eksplorasi Mak Yong : Siri Jelajah Kijang Mas 2012 yang akan dilaksanakan di tempat berikut :

16 & 17 Mac (Jumaat & Sabtu) di Auditorium Kompleks JKKN Kedah, Taman Budaya Negeri, Lot Ptd 400, Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel : 04 – 731 5930

22 & 23 Mac (Khamis & Jumaat) di Auditorium Kompleks JKKN Pulau Pinang, Kompleks Pusaka Warisan Seni Lot No. 2180 Jalan Rawang, Off Jalan P. Ramlee,10460 Pulau Pinang. Tel : 04 – 281 7791/ 7792

Orang ramai di utara semenanjung dijemput hadir untuk menyaksikan Kumpulan Mak Yong Perantis yang diusahakan oleh JKKN sebagai usaha memelihara kesenian Mak Yong yang telah diiktiraf sebagai Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity oleh Badan Dunia UNESCO.

Eksplorasi Makyong (Siri Jelajah Kijang Emas) ini akan menjadi satu program bersifat pendidikan dan pendekatan kepada generasi muda dan masyarakat seluruh Negara bagi membantu mereka memahami dan menyanjung warisan seni budaya khususnya Mak Yong.

Menggunakan konsep penjelajahan, Eksplorasi Mak Yong ini akan membawa Kumpulan Mak Yong bergaji yang pertama di dunia untuk menjelajah ke seluruh Negara bagi menjayakan misi ini. Sejak Mak Yong diiktiraf sebagai Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity oleh Badan Dunia UNESCO. Masuk adalah PERCUMA.

Eksplorasi Mak Yong Siri Jelajah Kijang Mas 2012

SENARAI TENAGA KREATIF KUMPULAN MAKYONG KIJANG EMAS

1. Ruhani Binti Mohd Zin – Pengarah

2. Mohd Radzi Bin Yusof
Koreografer

3.
Nur Qul’ Ain Binti Saari – Raja Besar / Tuan Puteri Jerijit Emas

4.
Nor Bariah Binti Salih
Raja Kesuma Jaya / Raja Besar

5.
Nurdiana Binti Abdullah
Tuan Puteri Jerijit Emas / Inang

6.
Siti Nur Fatihah Binti Ariffin
Nenek Pendita

7.
Mohd Faiz Bin Adam Sakeri

Kucing Hutan

8.
Abd Muhaiminin Bin Abdullah
Peran Tua

9.
Che Mohd Rasul Bin Che Soh
Peran Muda

10.
Liyana Binti Mohd Noor
Inang Satu

11.
Nurdiana Binti Abdullah
Inang Dua

12.
W. Dzuriyati Binti W. Ismail
Inang Tiga

13.
Mohd Adam Bin Ismail
Inang

14.
Mohd Tab Bin Hamat
Rebab

15.
Che Muhammad Tarmizi Bin Che Soh – Gendang Ibu

16.
Che Abdul Aziz Bin Che Soh
Gendang Anak

17.
Mohd Shah Rezal Bin Muhamad
Gong

18.
Amirul Ikhwan Bin Masnudin
Kesi

19.
Mohd Fairuz Faizal Bin Mohamad Zain – Canang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Inggeris & Telemovie Terbaik Cuti Sekolah Ini

Gambar Anuar Zain di Sidang Media Malam Gala Hari Ibu