in ,

Eina Azman Jawab Isu Enggan Lakon Aksi Ranjang

Dalam portal Malaysian Digest pada hari ini, pelakon sensasi Eina Azman telah menjelaskan kepada media tentang sebab-sebab kenapa beliau buat hal dan lari dari set pengambaran filem Kuntilanak Ciliwung. Pelakon Eina Azman enggan mengulas lanjut isu perselisihan faham antara dia dengan pengarah sebuah filem usahasama Malaysia-Indonesia, berjudul ‘Kuntilanak Ciliwung’. Bagaimana pun setelah dipujuk pihak media, Eina sekadar memberikan kenyataan ringkas dan berjanji akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.

Eina Azman

“Saya belajar dari kesilapan dulu, saya takut salah cakap lagi nanti saya yang kena teruk. Jadi saya tak mahu komen apa-apa. Saya serahkan pada perunding saya iaitu abang Usop Wilcha untuk jelaskan pada satu sidang media yang akan saya adakan nanti.

“Okay sedikit yang saya boleh katakan, saya tidak diberi kontrak. Bayangkan bagaimana saya mahu meneruskan pengggambaran. Saya bekerja di negara orang, kalau apa-apa jadi, siapa yang mau bertanggungjawab dan apa jaminan saya. Selain itu, saya juga disuruh berlakon aksi-aksi di atas katil. Berdasarkan skrip saya, saya perlu melakonkan babak-babak tersebut”, kata Eina Azman ketika ditemui pada malam previu filem terbaru lakonannya, ‘Zombie Kilang Biskut’, bertempat di One Utama, malam tadi.

Baru-baru ini nama Eina Azman tiba-tiba ‘panas’ berhubung laporan sebuah akhbar tempatan menyebut Eina dikatakan ‘buat hal’ apabila dia meninggalkan lokasi penggambaran filem berkenaan selepas permintaannya untuk balik ke Kuala Lumpur pada 6 Mac tidak dapat ditunaikan oleh produksi.

Akibatnya, Eina melenting berlakulah pergaduhan antara dia dan penerbit filem tersebut sehingga dia bertindak meninggalkan set dan pulang sendiri. Sementara pelakon Usp Wilcha yang turut berada sewaktu di majlis previu Zombie Kilang Biskut berkata, beliau telah dilantik oleh Eina sebagai perunding dan dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Minggu lalu semasa kami buat promosi filem ‘Zombie Kilang Biskut’ di Johor Bahru, Eina ada menceritakan masalah dia berkenaan isu ini kepada saya. Saya rasa bertanggujawab. Sepanjang kami berlakon bersama dalam Zombie, dia tidak pernah memberi masalah kepada produksi. Mengenai isu berkenaan, saya difahamkan dia tidak mempunyai kontrak langsung. Kalau tiada kontrak bagaimana dia boleh meneruskan penggambaran? Apa permainan pihak di sana? Malah Eina juga disuruh berlakon babak-babak panas. Apa sebenarnya tujuan produser filem berkenaan, mahu ambil kesempatan untuk filem beliau atau atas dasar lain? Saya juga dapat tahu Julia Ziegler mahu memulangkan semula duit kepada penerbit, tetapi dia di dakwa melanggar kontrak.

“Eina ada kirimkan pesanan ringkas (SMS) kepada penerbit dan cuba menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di set. Tetapi pihak penerbit filem itu berkata, jika Eina ingin bercakap mengenai perkara itu, Eina boleh bercakap dengan peguam beliau. Terus saya katakan pada Eina, jangan angkat telefon sekiranya pihak di sana menghubunginya.”

Usop juga mengesahkan satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat in dan sekiranya kedua-dua pihak mendakwa diri mereka dianiyai, masing-masing perlu mempunyai bukti.

“Kami sebenarnya tidak mahu memperbesarkan isu ini kerana mahu menjaga baik hubungan dua hala. Kalau Eina dakwa dirinya dianiaya, dia mesti tampilkan bukti-bukti. Begitu juga dengan pihak di sebelah sana. Saya akan aturkan satu sidang media dan kami bersedia bersemuka dengan penerbit filem itu untuk menyelesaikan isu ini.”

Usop kini menguruskan syarikat khidmat perunding artis dibawa syarikat miliknya HD SLR Media yang baru dibuka sejak dua bulan lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Jep Sepahtu Bertunang?

U Mobile Takes On The East Malaysian Market