in , ,

Tentang DYSON PURE COOL LINK Yang Anda Patut Tahu

Untuk anda yang sedang mencari kipas angin dan penapis udara, Budiey sarankan untuk anda membaca entri ini bagi panduan membeli penapis udara dari Dyson!

Sekarang ni serba serbi nak nampak perfect, nak sempurna dalam kehidupan seharian. Paling penting dalam hidup ni, kita kena ada pemakanan seimbang, tidur yang cukup dan menjaga berat badan. Tapi Budiey kira, ramai yang tidak prihatin dan tak peka untuk mendapatkan udara yang bersih. Malah, ada yang suka menambahkan lagi pencemaran udara dengan merokok dan ada juga yang bakar sampah di tempat terbuka. Hmmm… Budiey pun naik hairan.

DYSON PURE COOL LINK

Tahukah anda, asap kenderaan, rokok, habuk bangunan dan debu jalanan yang dihadapi setiap hari tidak ketinggalan menjadi ancaman pada tahap kesihatan diri tanpa disedari. Setiap minit kita menyedut sekurang-kurangnya 10 liter udara yang akan memberi impak secara langsung kepada paru-paru kita.

Selain itu, kita juga terdedah secara langsung kepada pencemaran disebabkan asap rokok, asap ketika memasak, asap lilin wangi, penggunaan bahan semburan, penggunaan hampagas, bau cat dinding dan sebagainya.

Sikit info kepada pembaca, kita memerlukan 15kg udara setiap hari dalam hidup kita. Haaa, dalam pada kita jaga keperluan asasi yang lain jangan pula kita lupa perihal udara yang bersih pun penting. Lebih-lebih lagi jika jerebu melanda negara, pergh, nak duk dalam bilik pun rimas ye dok?

Bertepatan dengan masalah pencemaran udara yang makin meningkat, Dyson sebuah syarikat pengeluar teknologi global nampaknya mendahului yang lain dalam menngeluarkan Dyson Pure Cool Link!

Advertorial Dyson Pure Cool Link

Negara kita sentiasa dilanda masalah jerebu yang mengundang kepada macam-macam penyakit. Ramai yang tak tahu, udara dalam rumah tercemar 5 kali lebih teruk dari udara kat luar tu. Jadi, nak tak nak kena jaga udara dalam rumah sebab kita menghabiskn 90% dari masa seharian dalam rumah.

Masalahnya, penapis udara yang sedia ada ni masih lagi tak dapat menghilangkan partikel yang merbahaya. Lagi pun, kita manalah nak nampak udara tercemar tu kan. Dengan mata kasar memang tak dapat lihat.

DYSON PURE COOL LINK

Jadi, baru-baru ini, Budiey dapat telah menjumpai Dyson Pure Cool Link yang memberikan udara yang bersih. Dengan teknologi termaju & terkini, kita dapat menghirup udara yang segar yang bebas dari pencemaran.

Apa yang membuatkan produk ini superb ialah ia dapat menghilangkan 99.95% partikel yg sekecil 0.1 mikro. Kira paling kecil dan mata pun memang tak nampak. Ia sangat halus ya. Jadi dengan usaha yang dibuat oleh pakar dan engineer dari Dyson ni, produk ini dapat mengelakkan partikel halus ini masuk ke dalam paru-paru kita bila kita bernafas.

Tengok pada analisis doktor, mengataka ada partikel bersaiz 2.5 mikron yang telah berkumpul dalam selaput paru-paru dan dikaitkan dengan masalah serangan jantung, strok serta penuaan pramatang.

Kalau nak tahu, partikel lebih halus, 0.1 mikron ini sangat bahaya sebab ianya boleh bergerak lebih jauh ke dalam sistem tubuh hingga boleh menembusi aliran darah sebelum berkumpul di bahagian bronkus paru-paru. Menakutkan je!

Yelah, bayangkan partikel tu masuk dalam badan dan kita tak sedar pun ia akan menganggu kesihatan kita. Sedar-sedar dah sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital setelah dikatakan ada masalah serangan jantung dan strok. Bunyi tu macam menakutkan tetapi ramai tak kisah dengan apa yang ada dalam udara yang kita sedut ini, kan?

Setiap partikel halus dapat diperangkap dan ditapis, lalu menjadikan udara di dalam rumah lebih segar serta bersih.

Sudah tiba kita memerlukan satu alat penapisan udara yang berusaha membantu memerangkap segala bahan halus dalam udara, sekali gus menjadikan udara lebih bersih, segar dan sihat untuk dihela.

Terima kasih kepada Dyson Pure Cool Link yang mendahului dengan teknologi penapis udara yang cukup berkesan, ada sensor dan lengkap dengan aplikasi connectivity. Produk ini adalah sebuah kipas angin yang dilengkapi dengan sistem pembersih udara. Paling senang nak bawa ke mana-mana sebab ianya sangat ringan. Nak pasang pun semudah ABC. Budiey tak sabar nak tengok kesannya..

Dyson Pure Cool Link juga mempunyai gaya ultra moden tanpa bilah kipas, yang selamat digunakan dan tanpa bimbang dengan ancaman pada kanak-kanak..

Dyson adalah jenama yang boleh dipercayai dan pelopor yang cukup sukses dalam memberikan untuk menjaga kebersihan udara. Sebelum ini, Dyson ada mengeluarkan produk kipas kini ia menggabungkan penapis air bersama kipas. Ternyata, kedua-dua produk ini kini mendapat sambutan dari pengguna.

Dyson

1. Penapisan Udara Yang Sempurna

Di rumah Budiey sekarang dah pun guna Dyson Pure Cool Link 24 jam dan sangat berpuas hati kerana ia dapat menghilangkan 99.95% partikel yg sekecil 0.1 mikron.

Pasti ramai yang bertanyakan kepada Budiey, bagaimana penapis ini berfungsi? Untuk info pembaca, Dyson dipatenkan dengan penapis 360 ° Glass HEPA yang mengandungi 1.1 juta meter persegi microfibers. Penapis Dyson Pure Cool ™ Link boleh memerangkap 99.95% zarah – termasuk debunga, bakteria, virus dan zarah halus.

Selain itu, Budiey diberitahu, lapisan carbon granules, diaktifkan untuk memerangkap bau dan toksin yang berbahaya.

Dyson

Udara yang melalui penapis 360 ° Glass HEPA ini ditapis dengan begitu cepat. Udara yang mengelilingi gelung bulatan pada halaju yang tinggi dan disalurkan dengan anjakan berbentuk aerofoil akan mewujudkan aliran udara yang begitu lancar.

Menurut apa yang Budiey baca dalam internet, jurutera Dyson telah mendapati bahawa HEPA dan penapis karbon yang diaktifkan ini adalah kombinasi yang terbaik untuk menapis udara menjadikan udara yang kita hirup itu sangat bersih.

Filter Cutaway

Untuk info, penggunaan penapis kaca 360 darjah Kecekapan Tinggi Partikel Udara (HEPA) yang dibangunkan secara unik oleh Dyson berupaya memerangkap serta menapis sehingga 99.95 peratus partikel halus. Dengan kemampuan menyedut keseluruhan udara pada radius 360 darjah di dalam rumah, Dyson Cool Link membantu memastikan partikel yang terperangkap tidak terlepas kembali ke udara.

0.1 microns1 micron2 microns2.5 microns5 microns10 microns
Ultrafine particlesOdoursIndustrial emissionsIndustrial emissionsBacteriaPollen
Carbon dustToxic fumesInsecticide dustInsecticide dustMouldAllergens
Coal fuel gasesCooking oil smokeLiquid bacteriaLiquid bacteriaCement dustFertiliser
Tobacco smokeAsbestosPaint pigmentsPaint pigmentCoal dustSpores
Radon gasInsulation fibreglass  AntiperspirantTextile fibres

Patutlah Budiey rasa udara yang keluar tu sangat sejuk walaupun dalam bilik yg panas. Lagi pun, ianya ditapis dgn cara yang sangat terperinci untuk menguraikan udara yang sangat asli.

Dalam cuaca yg sejuk pula, Budiey set 1-3 untuk mengitar semula udara yang lebih bersih dalam bilik.

Dengan teknologi Air Multiplier udara yang tercemar akan melalui penapis kaca 360° Kecekapan Tinggi Partikel Udara (HEPA).

Dyson

2. Produk Yang Pintar (Aplikasi, Sensor & Boleh Berhubung)

[dropcap]B[/dropcap]agi memudahkan kawalannya, Dyson Link iaitu aplikasi yang boleh dimuat turun melalui iTunes dan Google Play diperkenalkan.

Ia memberi kelebihan kepada pengguna mengawal dan memantau mesin Dyson dari jauh dengan penggunaan telefon pintar atau tablet di rumah mahupun ketika di luar.

Ia membantu memantau kualiti udara dalam dan luar rumah, mengawal kelajuan kitaran angin, penentu masa rehat dan kitaran.

Ciri baru adalah mod automatic yang boleh monitor kualiti udara dalam rumah, mengawal kelajuan kitaran angin, penentu masa rehat dan kitaran dengan menggunakan sensor.

Aplikasi ini juga memudahkan pengguna melihat data kualiti udara terdahulu setiap hari untuk melihat bagaimana dan bila mesin melakukan pembersihan.

Dyson

Kat atas ni Budiey screenshot kasi kat korang tengok bagaimana kita boleh guna hujung jari je untuk kawal produk ini. So, kita ada pilihan samada nak guna remote control atau telefon pintar. Bukan itu sahaja, Budiey juga dapat memantau sejauh mana mutu atau kualiti udara dalam rumah kita. Sejauh mana produk ini berkesan untuk menjadikan udara yang kita hirup seharian tu lebih baik.

Apa yang istimewanya, Budiey memilih untuk mode AUTOMATIC sebab produk ni ada sensor yang dapat mengesan sejauh mana kualiti udara. Kalau udara berhabuk atau kotor dia akan bekerja keras dan berfungsi menghilangkan segala habuk secara automatic. Nasib baiklah Budiey tak merokok, kalau merokok macamana la kualiti udara ya?

3. Rekabentuk Stylish & Senang Digunakan

[dropcap]B[/dropcap]udiey nak berterus terang kat sini, Budiey tak pernah lihat produk seperti ini di pasaran. Fizikalnya sangat stylish… memang ada style. Lagi pun, ia tak menggunakan ruang yang besar di mana ia cukup minimal. Jadi, jika bilik korang sempit, ia takde masalah untuk letak kat mana-mana ruang atau sudut.

Lebih dari itu, ia satu kombinasi yang menarik apabila menggabungkan kipas dan penapis udara. Produk ini senang dikendalikan dan juga mudah je nak dipasang. Ia cukup ringan. Boleh tonton sendiri video unboxing yang Budiey rakam ini: https://youtu.be/Rz53rO9VhF8

Kalau kita lihat, dalam hidup seharian, kita sebenarnya terdedah dengan bakteria, habuk, mite allergen, pollen, car emission dan jerebu. Kesemua ini memberikan impak dan kesan yang negatif kepada kesihatan. Ini bermakna penapis udara perlu sesuatu yang lebih, bukan sekadar air purifier semata-mata. Budiey juga menggunakan ketika tidur di mana kita boleh set untuk night-time mode. Bunyinya pun taklah bising sangat. Memang senyap je macam baby.

Dyson

Okaylah, dengan cuaca kat luar ni yang berjerebu dan tak menentu ni… Budiey rasa pembaca semua mendapatkan produk ini. Dyson Pure Cool Link tersedia dalam 2 pilihan model dan dua pilihan warna.

Korang pun kena dapatkan satu Dyson Pure Cool Link.

Untuk info lanjut tentang produk ini, sila klik SINI. www.dyson.my

Dyson

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sila Kemas Kini Nombor Akaun TNB Anda Sebelum Bayar Online

Peraduan Premiere With Budiey Filem THE SECRET LIFE OF PETS