in

Dynas Mokhtar Kini Punya Teman Lelaki

Menurut sebuah portal, Dynas Mokhtar kini punya teman lelaki yang agak rapat tapi buat masa sekarang masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing.

“Dia kawan lama saya dan kenal sejak zaman sekolah. Memang dia lelaki yang rapat dengan saya sekarang,” itu kata pengacara dan pelakon Dynas Mokhtar mengulas lanjut hubungannya dengan seorang jejaka apatahlagi kemesraan mereka sejak kebelakangan ini jelas terserlah menerusi gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya.

Enggan nama lelaki itu didedahkan, ibu anak dua ini memberitahu dia sudah berjumpa dengan ibu kepada sahabatnya itu.

dynas-mokhtar

“Saya hanya pernah berjumpa dengan ibunya saja dan ahli keluarga lain belum. Masih awal untuk saya kongsikan tentang itu (kahwin). Insya Allah,” tuturnya sambil tersenyum.

Mengenai perkembangan terkini, kehidupannya sebagai ibu tunggal sejak tahun lalu dalam keadaan baik. Malah, dia gembira kerana kembali dapat melakukan perkara-perkara yang disukai yang jarang-jarang dapat dilakukakn selepas berumah tangga.

“Kehidupan saya okay. Sekarang saya boleh lakukan semula aktiviti yang saya tinggalkan dulu seperti menyelam dan melancong. Anak-anak saya pun okay. Saya jenis suka manjakan anak-anak berbanding dengan bekas suami dia seorang yang tegas. Disebabkan anak-anak manja, kadang-kadang tu pening juga nak layan kerenah mereka,” katanya yang juga memberitahu masih berhubungan baik dengan bekas suaminya Mohd Hafizi Mohamed

Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 32, dan Hafizi sah bercerai pada 25 Februari tahun lalu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khayra Khalysa, 5, dan Mohamed Haqaish, 3.

Dynas Mokhtar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mama Juwie Meninggal Dunia

Penganjur Konsert K-pop Disenarai Hitam Gara-Gara Aksi Peluk-Cium