in

Siapa Empat Duta Baru Promosi Koleksi Baju Raya Terbaru JAKEL?

Raya dah dekat, pasti ramai yang tercari baju raya, kan? Budiey pun dah tempah baju raya dengan pereka fesyen terkenal, Dzuldeclassique yang terletak di Kajang. Memang mudah dan senang untuk berurusan dan yang pasti kepada yang nak beli baju atau kain, sekarang ni dah banyak butik tengah buat promosi hebat. Korang pilihlah sendiri.

Seperti sekarang ini, JAKEL Trading Sdn. Bhd. telah mengadakan satu sidang media untuk mengumumkan dan mempromosi koleksi baju raya terbaru yang bakal berada di seluruh cawangan JAKEL seluruh Malaysia pada tahun ini.

Pengarah Urusan JAKEL Trading Sdn. Bhd., Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel telah mengumumkan pelantikan baru empat lagi selebriti tanahair yang menjadi duta kepada rangkaian koleksi baju melayu, baju kurung dan jubah pada tahun ini. Jakel secara rasminya telah melantik Jep Sepahtu sebagai wajah raya JAKEL untuk Koleksi Jubah Terawih Sepahtu, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya serta Lara Alana di bawah label Koleksi Schawalara X JAKEL.

Turut memeriahkan lagi kempen raya pada tahun ini adalah pengacara terkenal Datuk AC Mizal dan selebriti muda Ayda Jebat bagi menghiasi wajah raya JAKEL.

Di samping mengekalkan Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebagai Duta Baju Melayu di bawah label “Aaron Aziz by Jakel” dan “Baju Melayu Nabil Ahmad” beserta Upin Ipin pada tahun ini.

Menurut Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel, pemilihan Jep Sepahtu, Schawalara, dan Datuk AC Mizal serta Ayda Jebat sebagai duta baru JAKEL.

Baju Melayu Moden konsep pemakaian baju melayu serta baju kurung seisi keluarga. Jakel menjangkakan koleksi adalah berdasarkan personaliti yang menarik selain mempunyai bilangan peminat yang ramai dilihat bertepatan dengan ini bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ianya adalah koleksi yang terkini dan terbaru yang dikeluarkan oleh JAKEL.

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Rekaan terbaru khas 2016 adalah dari pelbagai jenis fabrik. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan pada tahun ini adalah hijau zamrud, biru diraja, peach, jingga, hijau tiffany, hijau mint dan merah cili.

Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi mampu milik. Selain daripada itu terdapat juga Baju Melayu Jep Sepahtu dan Baju Melayu Datuk AC Mizal untuk memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai sampin dan butang baju melayu dengan setiap pembelian baju melayu.

Koleksi Jubah Tarawih

Koleksi jubah terawih di bawah label Jep Sepahtu ini adalah keluaran terbaru dan terkini JAKEL dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana jubah mempunyai keistimewaan yang tersendiri bagi pengemarnya. Setiap koleksi jubah yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Koleksi Jubah Tarawih Jep Sepahtu ini menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket. JAKEL juga mengeluarkan koleksi jubah dibawah label Aaron Aziz dan Nabil Ahmad untuk peminat-peminat mereka di luar sana. Setiap koleksi jubah yang dihasilkan mempunyai lebih 100 warna bagi setiap rekaan jubah.

Baju Kurung & Pakaian Kanak-kanak

JAKEL mengeluarkan koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan
kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita. Koleksi kali ini, JAKEL menampilkan rekaan yang lebih elegan dan segar. Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin walaubagaimanapun ianya diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu bercorak. Koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual pada harga serendah dari RM 59 ini juga diberi percuma samping dan butang baju melayu.

Manakala bagi Rozita Che Wan merupakan ikon pada pada keseluruhan produk JAKEL. JAKEL merupakan pusat membeli-belah dibawah satu bumbung yang membolehkan pelanggan membeli pakaian dan pada masa yang sama juga mereka boleh membeli barang perhiasan rumah.

Koleksi Schawalara X JAKEL a) Scha Al-Yahya X JAKEL

JAKEL mengambil inisiatif dengan mengeluarkan koleksi Baju Kurung dan Jubah Dress di bawah jenama Scha Al-Yahya. Fabrik yang digunakan untuk menghasilkan baju koleksi ini adalah dari himpunan fabrik-fabrik berkualiti dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Scha Al-Yahya X JAKEL ini sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.
Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian lace dan permainan dari segi “cutting” supaya ia nampak menarik dan tidak terlalu sarat. “Musim raya ialah musim untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai, jadi keselesaan menjadi keutamaan dalam setiap baju saya”. Lebih menarik, kesemua baju Scha Al-Yahya X JAKEL didatangkan dalam pelbagai saiz, bermula dari S hinggalah ke X.

Jubah dress pula diilhamkan untuk mereka yang mementingkan keselesaan. Dengan potongan seperti “dress” ia memberikan effect “maxi dress” tetapi masih lagi menekankan unsur muslimah. Ia tampil dengan pelbagai corak dan kemasan supaya ia boleh digunakan ketika hendak berterawih di bulan puasa, menghadiri majlis berbuka puasa ataupun boleh digunakan di hari Raya.

b) Awal Ashaari X JAKEL

Koleksi pakaian raya Baju Melayu di bawah label AA- Awal Ashaari ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Disamping itu, mengetengahkan potongan “shirt” tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu, Ia mampu memberikan kekemasan apabila digayakan bersama sampin. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu untuk set Baju Melayu dari serendah RM 199 sepasang dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma samping beserta butang baju melayu.
Jubah yang dikeluarkan dengan kerjasama Awal Ashaari dan JAKEL juga menampilkan kerapian pada jahitan dan kekemasan pada bahagian leher. Rekaan jubah ini juga disertakan dengan poket di bahagian hadapan dan juga di sisi bahagian kiri jubah bagi memudahkan si pemakai menyimpan barang seperti duit dan telefon bimbit. Untuk menambahkan gaya pada si pemakai jubah, Ia didatangkan juga dengan “pochette” dwi bentuk untuk si pemakai tampil dengan dua stail yang berbeza. Logo AA dibahagian sisi “hidden pocket” memberikan penjenamaan Awal Ashaari pada jubah ini.

c) Lara Alana X JAKEL

Bagi merealisasikan konsep kekeluargaan, JAKEL juga menampilkan si kecil Lara Alana sebagai wajah baru untuk raya tahun ini bagi mempromosikan produk baju kurung kanak- kanak perempuan Lara Alana X JAKEL. Lara merupakan kanak-kanak pertama yang mengetengahkan koleberasi bersama Jenama tekstil terkemuka di Malaysia, JAKEL.

Populariti si kecil ini dengan pengikut hampir 2 juta di laman sosial, dan dengan gaya fesyennya yang seringkali mendapat perhatian di Instagram dilihat mampu untuk menarik minat anak kecil, khususnya ibu bapa yang inginkan anak perempuan mereka tampil secomel Lara Alana.

Koleksi Lara Alana yang direka dengan lebih 10 rekaan ini menggunakan jenis fabrik yang lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak. Memberikan kelainan pada baju kurung kanak-kanak, rekaan kali ini dihiasi dengan butiran beads dan lace untuk menceriakan lagi karektor kanak-kanak di musim perayaan nanti.

Bagi sesi promosi kali ini, JAKEL Mall Kuala Lumpur telah memberikan 500 pasang baju melayu secara percuma kepada 500 orang pengunjung yang terawal. JAKEL Trading Sdn Bhd juga akan meneruskan lagi sesi promosi bersama dengan Duta Raya JAKEL ke cawangan JAKEL lain seperti JAKEL Shah Alam, JAKEL Johor Bahru, JAKEL Sabah, dan JAKEL Sg.Petani sebelum berakhir di JAKEL Alor Setar pada 2 Julai 2016.

Mengenai Kumpulan Jakel
Kumpulan Jakel (“Jakel”) ditubuhkan 31 tahun yang lalu oleh Mohamed Jakel Ahmad di Muar, Johor dengan hanya dua orang pembantu. Dimiliki sepenuhnya oleh usahawan Bumiputera, Jakel bermula sebagai pembekal fabrik yang berurusan dengan peniaga-peniaga kecil di kawasan mereka.

Mengorak langkah pertama berpindah ke Segamat pada 1985 yang diikuti dengan tambahan modal berbayar sebanyak RM30,000 telah menukar perniagaan Jakel kepada sebuah peruncit. Walaupun krisis ekonomi melanda negara pada tahun 1996, perniagaan Jakel bertambah maju dan ini membuktikan bahawa usahawan Bumiputera juga mampu bersaing dan maju dalam perniagaan yang dahulunya dimonopoli oleh pihak lain.

Pada tahun 1997, Jakel mengambil langkah berani dengan mengimport terus fabrik daripada pembekal yang membolehkan syarikat ini menawarkan harga yang berpatutan kepada para pelanggan.

Hari ini, Jakel memiliki 20 cawangan yang boleh didapati di setiap pelusuk Semenanjung Malaysia dan menyediakan lebih 5,000 peluang pekerjaan di seluruh negara.

Dengan slogan, “Ingat Kain, Ingat Jakel”, JAKEL Mall Kuala Lumpur menawarkan kesemuanya di bawah satu bumbung, daripada pakaian tradisional untuk seluruh keluarga, busana pengantin, langsir, aksesori renda, kemasan rumah, koleksi tudung Ariani hinggalah kepada rekaan corak tertentu serta perkhidmatan tempahan jahitan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Jakel, sila layari www.jakel.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem COLD WAR 2 Lakonan Aaron Kwok

Filem CARS 3 Cruises Bakal Ditayangkan Tahun 2017