Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









DUTA, Band Baru & Album Dunia Baru The Movie



Sejak akhir akhir ini industri muzik kita dibanjiri dengan kehadiran ramai artis-artis baru. Pihak NSR juga tidak mahu ketinggalan untuk menengahkan bakat baru demi memeriahkan lagi industri muzik negara. Oleh itu, pihak NSR telah berbesar hati untuk menampilkan kumpulan baru yang amat berbakat yang menggelarkan diri mereka sebagai Duta.

Kumpulan yang baru 2 tahun ditubuhkan ini dianggotai 6 orang anak muda yang berbakat iaitu Juriel selaku vokalis, Aween (bass), Mie (gitar utama), Adeq (keyboard), Pit (gitar kedua), dan Ateh (dram).

Album yang diterbitkan sepenuhnya oleh New Southern Records Sdn Bhd telah dirakamkan di Prodigi Studio NSR. Album yang berkonsep free pop ni mula dirakamkan pada bulan Mac 2007 dan siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2007.

Album ini mengandungi 10 trek di mana salah satu lagu di dalam album ini telah dirakamkan dalam 2 versi. Lagu itu adalah lagu yang bertajuk Cinta Antara Kita yang terdapat versi solo Duta dan versi duet bersama pelakon Baizura Kahar. 

8 lagu di dalam album ini telah dicipta sepenuhnya oleh vokalis kumpulan Duta sendiri iaitu Juriel. Lagu-lagu itu adalah Dunia Baru, Cinta Antara Kita, Milik Ku, Biarlah Aku Pergi, Sabtu Berpesta, dan Yang Baru. Lagu Terpatri Cinta telah dicipta oleh Lan Laga dan liriknya oleh Azam Dungun.

Kumpulan Duta telah diberi kepercayaan untuk mencipta lagu tema untuk filem ‘Dunia Baru The Movie’ yang akan memasuki pawagam pada 7 Februari 2008. Lagu tersebut adalah lagu yang bertajuk ‘Dunia Baru’ yang juga single pertama kumpulan ini. Selain itu, 2 lagu lain turut terpilih sebagai soundtrack filem itu iaitu Milik Ku dan Cinta Antara Kita versi duet bersama Baizura Kahar yang juga salah satu pelakon untuk filem ‘Dunia Baru The Movie’.

“Sebagai kumpulan yang baru hendak menapak di dalam industri hiburan negara, kami amat berbesar hati dipilih untuk mencipta dan menyanyikan lagu untuk filem ‘Dunia Baru The Movie’ kerana ia sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan diri kami”, kata vokalis Duta, Juriel.

Diharapkan kehadiran Duta dapat diterima masyarakat Malaysia dan berharap mereka mampu menapak lebih lama didalam industri musik negara serta mempunyai harapan yang menggunung untuk membawa musik mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Senarai Lagu Album Duta

1. DUNIA BARU
Lagu : / Lirik : Juriel Duta

2. CINTA ANTARA KITA
Lagu : / Lirik : Juriel Duta

3. TERPATRI CINTA
Lagu : Lan Laga / Lirik : Azam Dungun

4. MILIK KU
Lagu : / Lirik : Juriel Duta

5. BIARLAH AKU PERGI
Lagu : / Lirik : Juriel Duta

6. SABTU BERPESTA
Lagu : / Lirik : Juriel Duta

7. YANG BARU
Lagu : / Lirik : Juriel Duta

8. CINTA KU TERAKHIR
Lagu : / Lirik : Juriel Duta

9. TIADA KATA
Lagu : / Lirik : Juriel Duta

10. CINTA ANTARA KITA ( versi duet bersama – Baizura Kahar )
Lagu : / Lirik : Juriel Duta

[tags]album dunia baru, band duta, lagu baru duta, sheila on 7, cinta antara kita, valentines day, juriel duta, nsr records, katie holmes website, thongs, ida nerina videos, bra, ost dunia baru, film titanic 2, bacaria, pesona wanita[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Original Soundtrack Dunia Baru The Movie
  • Gambar Liyana Jasmay di Duta Baru Cosmetic Maybelline New York
  • Band KOTAK Promosi Album di Kuala Lumpur
  • The Potters Lancar Album Bintangku di Malaysia
  • Video Show Hujan Mencari Konklusi di Majlis Pelancaran Album Digital
  • Profile Geisha
  • Profile Elyana
  • Senarai Filem 2008
  • Ucapan Salam Aidilfitri Daripada Liyana Jasmay
  • Jawapan Trivia: Liyana Jasmay Duta Baru Maybelline New York



    • http://iwuzere.blogspot.com iwuzere

      cinta antara kita best wo..versi duet punye..not bad r suara baizura kahar aka erika tu

    • donuta

      duta best

    • donuta

      duta……….

    • Nieza

      Saya dh dgr kesemua lg2 DUTA – mmg best gilers, ada peningkatan dlm usaha mencipta sesuatu yg berlainan dlm konsep lg mereka. Congrats U all mmg best. Semoga sukses!

    • http://lyrics.k-rex.org khairilhusni

      mampukah band ini bertahan? rasanya macam akan tenggelam je lepas ni.

    • mimi

      Hmmmmmmmm

      i da dgr lagu ni mase tgk wayang aritu boi i minat gler la kt bnd ni

      Gud luck

    • http://tadak blues

      cayalah apit pong!!! .. aku ingat ko tipu dah jadi artis..
      rerupanya mmg dah jadik gitaris pun ko yer…
      cayalah…

    • Bro Beng

      Caya la.. lagu best2.. Sapa PENERBIT Album Duta ni??

    • Watie.com

      Lagu dn Arrangement bagus ada kelainan. tp vocal ada keras sikit. tak pe. good try.. sapa yg buat pilihan lagu2 dlm album DUTA ni? Dan sapa PRODUCER album ni?

    • LuV JuE

      Best ar lagu2 duta…

    • nazihah

      best r lagu soundtrack yang you all nyanyi

    • suziela

      suke lagu korang …..

    • http://------------ shah

      aq nak bkak lirik x dek pon

    • piqa

      suke gle lagu cinta antara kita duet version..ada maksud 2..all da best 4 u all..

    • cUmiL _gURL

      duta da best………………………

    • VIOLET_88

      minat giler duta!!lagu best2!….Juriel,U so talented!! n so all u guys;)…DUTA memang BEST!!!huhu

    • ena

      ada x sesiapa yg blh bg i lirik lagu duta cintaku yg terakhir…i nk sngt lirik tu…sbb ia lirik lagu tu kena sngt dgn i skrg.tlg kt email kt i blh?plz….my email avrilena.0824@yahoo.com

    • milia

      Juriel..xsangka impian u dah terealisasi…
      ada talent…all the best k…
      and now,u dah jd actor plak…
      gluck k..

    • http://miszyatie.blogspot.com encik syL

      suara duta sangaT macho la~2 pasal la aku suke..haha

    • mirmie

      saye suke lagu2 duta…cayalah

    • wan amir

      DUTA MEMANG BEST GILA

    • InA rInA

      best nya lagu ni…
      all the best duta…
      teruskan usaha….
      duta best…….

    • sayabudakbaik(:

      kenapa duta skang senyap jer?

    • mu’z..

      siuk taw lgu2 duta…
      tpi snyp erk..

    • http://yahoo.com niena

      wah!abg juriel sbnrnye plakon geng bas skolah..
      x sangke btol…
      suare cam nak macho..
      congrat!!

    • ume

      suara duta best la,lg vokalis duta cute sgt,peramah lg 2….do the best duta

    • ume

      Em abg juriel duta sudi2 la pg sabah lg k…..duta best la….

    • http://haorghineawkke?????...... kiki

      kenape org kate awk macam tu?tk sopan gile..dorang ingat ,dorang bagus sagat..klu bgus,knp tk jadi pelaku mcm abng…abng bgus bile belakon geng bas sekolah.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK