in

Dunlopillo Menginovasi Standard Baru Kemewahan

Dunlopillo Memperkenalkan Siri Tilam Talasilver Wave dengan Teknologi Revolusi Lanjutan. Dunlopillo bukan sekadar produk untuk tidur. Sejak sekian lama, jenama ini telah membantu berjuta-juta pengguna di serata dunia dan di Malaysia menjadikan bilik tidur mereka syurga persendirian untuk meraikan saat-saat indah di dalam kehidupan. Hari ini, dengan pelancaran siri Talasilver Wave, ia terus memenuhi janji ini.

Dunlopillo membawa ‘kemewahan’ ke tahap yang baru dengan pelancaran siri terkini yang sungguh mewah iaitu Talasilver Wave – Infinite, Signature, Platinum, Zen & Premio di grand ballroom Hotel JW Marriot melalui pengalaman Royal Chamber.

Tahun ini menandakan 86 tahun kecemerlangan inovasi Dunlopillo dalam menaikkan standard untuk keselesaan, sokongan kontur, kualiti dan kini pengalaman pembelian yang terbaik dalam kategorinya. “Rangkaian terbaru ini sememangnya merupakan pencapaian yang baru buat Dunlopillo ketika kami terus menetapkan tanda aras global dengan menawarkan rakyat Malaysia tidur yang lebih selesa dan lebih saat-saat indah untuk dinikmati,” kata En. Ignacio Pastor Rios, Pengarah Pemasaran Serantau Dunlopillo Holdings.

“Royal Chamber dihasilkan dari pemerhatian ke atas pengguna – apabila datang untuk mencuba tilam kami, mereka akan baring di atasnya untuk beberapa saat tetapi oleh sebab boleh dilihat oleh orang lain di dalam bilik pameran, mereka mungkin segan untuk mencuba tilam tersebut sepenuhnya. Dengan kamar (chamber) yang tertutup seperti ini, pelanggan kami kini boleh mencuba tilam dalam keadaan yang tenang, seperti ketika berehat di rumah,” tambah beliau.

Dipandu oleh nilai-nilai jenama yang kukuh: minat terhadap pelanggan, kecemerlangan, inovasi gaya hidup dan merintis, koleksi ini mempersembahkan satu langkah ke hadapan dalam mendefinisi semula standard tilam mewah – dengan memanfaatkan proses yang menggunakan tenaga rendah untuk menghasilkan struktur lateks yang lebih seragam, ia mampu meningkatkan ketahanannya (sehingga 5x lebih kuat berbanding yang lain), dan memberikan sokongan yang tiada tandingan dan kelegaan tekanan di titik-titik sentuhan yang merangkumi seluruh tubuh. Sifat hipoalergenik dan mikrobial tilam ini juga telah dipertingkatkan dengan lapisan Nanosilver proprietari yang membunuh 99.9% bakteria.

Siri Talasilver Wave yang baru ini juga ditambah dengan 3 inovasi eksklusif Dunlopillo: sistem Dynamic IPS, Sistem DunlopTECH Shock Absorber dan Dunlopillo HexaGel. Dynamic IPS adalah sebuah sistem revolusi berpoket Innerspring yang menggunakan teknologi automatik yang direka khas untuk menyusun gegelung berlainan ketinggian secara strategik & dengan integrasi Dunlopillo IPS Stabilizer, ia memastikan keselesaan maksimum yang tiada tandingan serta sokongan & versatil.

Sistem DunlopTECH Shock Absorber adalah sebuah teknologi peningkatan tidur automatik yang membolehkan spring mengikut kontur semula jadi badan dengan lebih efektif & cekap, memastikan anda mendapat tidur yang lebih merehatkan dan menyihatkan dengan aliran darah yang dipertingkatkan dan mengurangkan tekanan tinggi yang disebabkan oleh pergerakan ke kiri dan ke kanan ketika tidur.

Rangkaian Talasilver Wave boleh didapati di kedai-kedai Dunlopillo dan penjual-penjual rasmi Dunlopillo di seluruh negara dari pertengahan Oktober. Untuk mencari kedai berhampiran anda, sila layari www.dunlopilloworld.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

G-Dragon Buka Kafe The Monstant di Pulau Jeju

Astro Hari Sukan Get Fit Sempena Hari Sukan Negara