in

Dumex Chef Cilik Komplete Nutri

DUMEX MEMPERKENALKAN CHEF CILIK KOMPLETE NUTRI

Pertandingan memasak yang menghiburkan di Astro RIA, dengan penekanan kepada pemakanan untuk kanak-kanak sedang membesar

Astro RIA dan Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) bergabung untuk menganjurkan pertandingan memasak realiti terkini di Malaysia; yang menjanjikan pendidikan, keseronokan dan hiburan apabila 27 pasukan ibu dan anak bertarung untuk merebut hadiah wang tunai RM45,000! Bertepatan dengan nama Dumex Chef Cilik Komplete Nutri, program 13 episod ini akan memperlihatkan percubaan peserta untuk menawan hati panel hakim yang terdiri daripada Chef Andri, pakar pemakanan Dumex Puan Nor’azah Mohd Sidi, dan seorang tetamu selebriti, dengan sajian lazat dan berkhasiat yang dicipta berdasarkan tema ditetapkan setiap minggu. Tetamu selebriti yang akan dijemput untuk menjadi hakim termasuk Dynas Mokhtar, Ako Musthapa dan Maria Farida.

3

Disiarkan di Astro RIA setiap Isnin jam 10.00 malam mulai 13 Februari 2012, Dumex Chef Cilik Komplete Nutri akan menampilkan selebriti terkenal Malaysia, Vanidah Imran, sebagai pengacara. Program ini bermula dengan 27 pasukan berentap dalam 9 episod pertama untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Setiap episod dibahagi kepada empat segmen. Dalam segmen pertama, tiga pasukan akan mencari bahan daripada peti sejuk beku berdasarkan soalan yang ditanya. Untuk segmen kedua, Cipta Rasa, pasukan ini akan menyediakan hidangan berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Segmen ketiga, yang dinamakan Dapur Komplete Nutri, akan memperlihatkan Chef Andri menyediakan resipi yang berkhasiat untuk kanak-kanak sedang membesar.

Akhir sekali, iaitu dalam segmen keempat, Sejuta Rasa, setiap pasukan sekali lagi akan mencipta sajian berdasarkan tema yang ditetapkan terlebih dahulu. Antara tema yang ditetapkan untuk Dumex Chef Cilik Komplete Nutri termasuk sajian untuk Rumah dan Sekolah, Yang Terbaik Dari Dusun dan Kebun, Jangan Goreng dan sajian Kukus.

Berucap di majlis pelancaran program, Cik Toni Brendish, Pengarah Urusan Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd, berkata bahawa peraduan ini adalah selaras dengan usaha jenama untuk menyediakan pemakanan sihat untuk kanak-kanak di Malaysia. “Menerusi Dumex Chef Cilik Komplete Nutri, kami mahu menggalakkan rakyat Malaysia supaya mengamalkan tabiat makan yang lebih sihat. Kita tidak perlu mengorbankan kelazatan untuk khasiat pemakanan, dan inilah yang dapat kita saksikan dan pelajari dalam program Dumex Chef Cilik Komplete Nutri.

“Sebagai jenama dengan warisan 54 tahun di Malaysia, kami faham peranan penting yang dimainkan oleh ibu-ibu untuk menyemaikan tabiat makan yang baik di kalangan anak mereka. Menerusi program ini, kami ingin berkongsi dengan ibu-ibu cara yang mudah untuk menyediakan sajian lengkap dan berkhasiat untuk keluarga mereka.”

Encik Nizam Sani, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, berkata, “Kami benar-benar berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Danone Dumex dalam satu lagi program memasak realiti, kali ini disasarkan untuk kanak-kanak. Program ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi pengajaran kepada kita, orang dewasa, untuk membolehkan kita memahami tentang khasiat pemakanan yang sangat penting untuk pertumbuhan anak-anak kita.”

Setiap pasukan akan dinilai berasaskan kreativiti, kerjasama berpasukan dan paling penting sekali, kesesuaian sajian dengan pinggan Komplete Nutri, pinggan hidangan berdasarkan piramid makanan dan direka bentuk eksklusif untuk kanak-kanak yang sedang membesar oleh Dumex Dugro.

Dalam tiga episod separuh akhir, sembilan pasukan yang berjaya ke pusingan separuh akhir sekali lagi dikehendaki mencipta sajian yang unik berdasarkan tema ditetapkan, untuk melayakkan diri ke pusingan akhir, yang mencabar mereka untuk menyediakan hidangan tiga sajian.

Pemenang hadiah utama akan membawa pulang wang tunai RM20,000 manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM15,000 dan RM10,000.

Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Dumex Chef Cilik Komplete Nutri, sila ke laman Facebook/DumexDugro, www.dumex.com.my atau hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan Danone Dumex di 1800 38 1038.

1

4

2

0

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Tanah Kubur Kekal Paling Popular

Concert Avril Lavigne Live in Malaysia