in

Dugaan Bisnes, Lori Bawa Bengkung Sajat Terbakar

UNTUNG atau rugi, itu semua bagaikan adat dalam apa jua jenis perniagaan. Mungkin di sebalik apa yang terjadi, tersembunyi satu hikmah yang besar buat seseorang itu.

Nur Sajat Dapat Gelaran Dato'

Rabu lalu, sebuah lori di China yang membawa muatan produk bengkung di bawah jenama usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajaat telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Kenderaan berkenaan malahan telah rentung terbakar ketika ia sedang dalam perjalanan ke sebuah lapangan terbang untuk proses penghantaran ke Malaysia.

“Sangat terkilan bila lori yang nak menghala ke lapangan terbang tu terbabit dalam kemalangan jalan raya.

“Tak boleh nak buat apa, lori dan bengkung-bengkung kami pun terbakar. Jumlah kerugian kami hampir RM350,000,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Bagaimanapun, proses insurans sedang diproses oleh pihak mereka dan Sajat berharap agar kesemua pelanggan dapat bersabar kerana kemungkinan besar akan berlaku kelewatan dari segi penghantaran produk.

Dalam masa yang sama, Sajat turut meluahkan rasa sedihnya menerusi aplikasi Instagram miliknya selepas mendapat tahu tentang kejadian buruk itu.

Video yang dirakamkan oleh pihak di China menunjukkan api sedang marak dengan kuat dan turut terdengar suara pekerja yang menangis.

“Sedih sangat-sangat… Sajat baru dapat berita pagi tadi, lori yang sepatutnya menghantar ‘bekalan terakhir’ kepada kami, mengalami kecelakaan di jalan raya.

“Sajat betul-betul terkilan dan serba salah sangat-sangat bila berlakunya kejadian sebegini.

“Dugaan berniaga,tetapi tak semua yang berlaku ini, ada yang tumpang sedih, dan ada yang bertepuk tangan,” tulisnya.

Sajat turut membuat permohonan maaf kepada kesemua pelanggan yang sudah membuat pesanan bagi mendapatkan produk bengkungnya itu.

Malah, dia berasa serba salah kepada banyak pihak, terutama kepada stokis, ejen dan pelanggaan setianya yang tidak putus-putus memberi sokongan kepadanya sepanjang menjalankan perniagaan bengkung.

Sesetengah netizen ada yang berasa bersimpati atas nasib malang menimpanya dan ada juga tak terlepas peluang untuk memberi dakwah sentap kepada Sajat dengan menyuruh dia segera bertaubat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Best Tentang Lawak Ke Der 2018

Sonno Merevolusikan Peruncitan Tilam