in

DUETOKE TESCO Bersama Suria FM Gempak

DUETOKE TESCO BERSAMA SURIA FM GEMPAK!

Kini impian rakyat Malaysia yang suka berkaraoke untuk menang duit bakal menjadi kenyataan. Sebuah pertandingan berbentuk karaoke telah dianjurkan oleh pasaraya Tesco bersama Suria FM untuk mencungkil bakat nyanyian terpendam. Sebanyak 20 buah pasaraya Tesco sekitar semenanjung Malaysia akan dijelajahi bagi jelajah Duetoke Tesco bersama Suria FM. Hiburan berbentuk kekeluargaan ini telah mendapat tempat di hati masyarakat yang begitu teruja untuk berkaraoke.

Pemenang di Tesco Prai

Bermula dengan Tesco Extra Plentong dan Tesco Tebrau pada 21 dan 22 April yang lalu, kemudian kami menjelajah ke Tesco Bukit Indah dan Tesco Melaka pada 28 dan 29 April. Destinasi yang seterusnya ialah ke Tesco Extra Seremban 2 dan Tesco Nilai pada 5 dan 6 Mei 2012. Kemudian kami ke Tesco Stargate Alor Star pada 12 Mei dan Tesco Sungai Petani pada 13 Mei 2012. Masih menjelajah ke utara tanahair, destinasi seterusnya adalah di Tesco Tanjung Pinang dan Tesco Extra Prai pada 19 dan 20 Mei 2012. Setelah itu, kami menerjah Tesco Bukit mertajam dan Tesco Taiping pada 26 dan 27 Mei 2012. Baru berlangsung minggu lepas, di Tesco Kulim dan Tesco Station 18, Ipoh pada 2 dan 3 jun 2012. Lagi 6 destinasi akan tiba hujung minggu ini dan tamat pada Jun 2012. Di setiap lokasi, hadiah wang tunai menanti mereka dimana tempat pertama akan membawa pulang RM1500, tempat kedua pula RM1000 manakala RM500 bagi tempat ketiga.

Turut sama memeriahkan pertandingan ini ialah para penyampai Suria FM yang bertindak sebagai pengacara serta artis-artis popular tempatan seperti Alif Aziz, Klangit, Aweera Mojo, Iqa Mentor, Mira Tilu, Bandi Amuk, Forteen, Shidi Data, Ezad Lazim, kumpulan Slash, Arora Salwa, Shanel, Afee Utopia, Ernie Zamri, kumpulan Ghodong serta ramai lagi.

Penyertaan hanya terhad kepada 20 orang peserta sahaja dan mereka perlu menyanyi secara berduet dengan lagu-lagu karaoke duet yang disediakan. Rata-rata pasangan duet yang hadir adalah pasangan suami isteri, adik-beradik, pasangan kekasih serta sahabat handai. Setelah 14 destinasi berlalu, ada lagi 6 destinasi untuk kami tuju dan kami pasti sambutan yang diterima pasti lagi hangat. Apa yang lebih menarik, pendaftaran adalah percuma. Siapa cepat dia dapat. Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat, boleh layari www.suriafm.com.my.

LAGI 6 LOKASI DUETOKE TESCO BERSAMA SURIA FM

STOR TARIKH MASA PENDAFTARAN
Tesco Manjung 9 Jun 2012 2 ptg 12 tghari – 2ptg
Tesco Rawang 10 Jun 2012 2 ptg 12 tghari – 2ptg
Tesco Setia Alam 16 Jun 2012 2 ptg 12 tghari – 2ptg
Tesco Kepong Village Mall 17 Jun 2012 2 ptg 12 tghari – 2ptg
Tesco Semenyih 23 Jun 2012 2 ptg 12 tghari – 2ptg
Tesco Rawang 24 Jun 2012 2 ptg 12 tghari – 2ptg

Ribuan hadirin di Tesco Prai

Juri jemputan, DCOO Suria FM & Yanie KRU

Pemenang di Tesco Kulim

Ribuan Hadirin di Tesco Station 18

Pemenang di Tesco Station 18 Ipoh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Penuh Konsert Kenangan Sudirman

Marriage Of Inconvenience Uji Kesetiaan Pasangan Suami Isteri