in

DUA TELEMOVIE KHAS MERDEKA DI HARI KEBANGSAAN KE-51

CERIAKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-51 BERSAMA DUA TELEMOVIE KHAS MERDEKA MENERUSI RTM2.

Sambutan Hari Kebangsaan kembali lagi. Bagi menceriakan lagi sambutan perayaan Hari Kebangsaan RTM2, Saluran Famili Anda telah membariskan dua buah telemovie menarik lagi menghiburkan buat tatapan anda semua. Diharap ia dapat membantu anda mengisi sambutan perayaan anda seisi keluarga bersama RTM2. 

Bagi samutan Hari Kebangsaan Ke-51 ini RTM2, Saluran Famili Anda telah membariskan dua buah telemovie khas merdeka yang hebat buat tatapan anda seisi keluarga iaitu ‘Mil’ dan ‘Suganthiram’.

Tirai akan dibuka pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) dengan menampilkan sebuah telemovie bertajuk ‘Mil’. Telemovie khas merdeka terbitan Eurofine (M) Sdn. Bhd. ini akan menemui para penonton pada jam 10.00 malam.

‘Mil’ mengisahkan tentang keazaman dan kecekalan Muzammil atau Mil yang berusaha untuk memerdekan dirinya dari belenggu kemiskinan. Walaupun buta, Mil tidak menjadikan kekurangan dirinya sebagai penghalang di dalam mengejar cita-citanya. Sejak di bangku sekolah lagi Mil merupakan pelajar yang rajin dan sentiasa mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Mil sedar dia perlu bekerja lebih kuat dari orang lain memandangkan keupayaannya yang terbatas.

Kecacatan yang ada dijadikan alas an bagi majikan-majikan untuk menolak permohonan kerja walaupun dia mendapat kelulusan ijazah yang cemerlang. Berbagai alasan yang diberikan majikan ketika mil menghadiri temuduga. Sewaktu di universiti lagi Mil sering dikenakan oleh orang di sekelilingnya. Tetapi ia tidak menjadi hal di dalam hidup Mil malah dia menganggap ia sebagai asam garam kehidupan.

Mil tekad untuk berusaha dengan gigih walaupun tidak perlu makan gaji dan kerja di pejabat. Tekad Mil itu telah membuahkan kejayaan dan sekaligus membuktikan kecacatan bukan penghalang untuk memperoleh kejayaan.

Barisan pelakon yang menjayakan drama ini adalah Pekin, Siti Fazurina, Wan Maimunah, Rosnah Johari, Fathil Dani dan Zaidi Omar.
  
Sementara itu, telemovie ‘Suganthiram’ akan disajikan pada 31 Ogos 2008 (Ahad) pada jam 10.00 pagi. ‘Suganthiram’ membariskan barisan pelakon seperti Mohd Saiful Md Salleh, G. Pathieswaran, Kanchana Devi Suppiah, Marissa Yasmin Yaakob dan Mohd Idris Mohd Diah.

Telemovie ini berkisar tentang seorang remaja bernama Jalal yang tinggal bersama ayah tirinya yang bengis. Bukan itu sahaja, ayah tirinya juga merupakan seorang penagih dadah yang tegar. Jalal bersahabat baik dengan Rajes seorang remaja berbangsa India yang baru berpindah ke kampungnya.

Keakraban mereka tidak dapat disangkal lagi apabila Jalal selalu berkongsi cerita tentang masalah yang dihadapinya kepada Rajes. Rajes pula sering tidak keberatan mendengar masalah Jalal serta cuba memberi bantuan dengan ikhlas. Perbezaan agama juga bangsa tidak menjadi penghalang dalam persahabatan mereka.  

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang keemasan ini bagi menonton dua telemovie menarik dan menghiburkan yang disajikan khas untuk anda menerusi RTM2, Saluran Famili Anda. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pakej Buffet Berbuka Puasa Ramadhan di Planet Hollywood

Gambar Lan Pet Pet dan Ruby Kahwin