Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






DRIVING MISS WEALTHY & FUN WITH DICK AND JANE

AIDILFITRI BLOCKBUSTER : FUN WITH DICK AND JANE (4 OKTOBER 2008) DAN MOVIE KHAS : DRIVING MISS WEALTHY (5 OKTOBER 2008) DI RTM2

Di samping berpeluang berhibur dengan drama-drama, muzikal dan pelbagai program menarik yang dijanjikan sepanjang cuti Aidilfitri ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga turut tidak ketinggalan menyiarkan filem Inggeris dan Kantonis untuk tontonan penonton setia salurannya.

Bermula dengan menayangkan filem Inggeris, Fun With Dick And Jane yang mengisi slot Aidilfitri Blockbuster pada 4 Oktober 2008 (Sabtu), jam 9.00 malam sebelum menyusul Driving Miss Wealthy disiarkan keesokkannya, 5 Oktober 2008 (Ahad), jam 10.00 malam yang kedua-duanya menemui penonton setia RTM2.

Fun With Dick And Jane mengajak penonton berhibur dengan kisah lucu dan mengiburkan Dick yang begitu bercita-cita untuk menjadi tokoh korporat. Kebetulan Dick akan dinaikkan pangkat menjawat jawatan sebagai korporat komunikasi.

Justeru Dick telah diminta untuk menerangkan soal berkaitan penarikan saham daripada Ketua Pengarah Eksekutif syarikatnya sebagai membuktikan dirinya layak untuk menjawat jawatan itu.

Begitu pun Dick akhirnya menyedari dirinya telah terjebak dalam skandal korporat. Dia buntu berdepan situasi yang mula menyesakkan pemikirannya itu.

Namun begitu keadaan jadi lebih  teruk dan situasi menjadi kelam-kabut apabila isterinya, Jane telah diberhentikan kerja.

Apakah keputusan yang diambil untuk Dick? Adakah dia tetap meneruskan hasratnya untuk bergelar tokoh korporat?

Fun With Dick And Jane menyaksikan penampilan hebat pelakon yang juga pelawak terkenal, Jim Carrey, Alec Baldwin, Tea Leonid dan Richard Jenkins.
 
Keesokkanya pula, penggemar filem Kantonis diajak berkongsi plot cerita menarik Driving Miss Wealthy pula yang membariskan lakonan mantap Lau Ching Wan, Gigi Leung, Chow Chung, Law Koon-Lan juga Jim Chim Sui-Man.

Driving Miss Wealthy yang popular sekitar tahun 2004 ini mengisahkan Jennifer seorang anak orang kaya. Namun kekayaannya sering diambil kesempatan oleh rakan-rakannya yang mahu menumpang kesenangan dan kemewahan Jennifer.

Dalam pada itu, lelaki bernama Kit menyamar sebagai Mario kononnya berasal dari Filipina. Sedangkan dia sebenarnya telah diupah oleh bapa Jennifer yang kemudiannya berlakon koma.

Namun segalanya dilakukan kerana mahu Jennifer berdikari dan Kit atau Mario dipertanggungjawabkan untuk memastikan Jennifer.

Justeru diharap penonton setia RTM2 tidak melepaskan peluang menonton dua filem hebat yang ditayangkan sempena cuti perayaan Aidilfitri ini, Fun With Dick And Jane, slot Aidilfitri Blockbuster pada 4 Oktober 2008 (Sabtu), jam 9.00 malam dan Driving Miss Wealthy pada 5 Oktober 2008 (Ahad), jam 10.00 malam.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Anak Sofea Jane Yang Comel
  • Filem Menarik Sepanjang Julai di TV2
  • Kiefer Sutherland Officially Charged With Two DUI Counts
  • Sofia Jane Menang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2007
  • Daniel Dae Kim Another ‘Lost’ Actor DUI Arrest!
  • 27 DRESSES Very Cute
  • Dapatkan Tudung Istimewa Dari Dlia Jane Collection
  • Across The Universe, A Love Story & Movie Musical
  • Zi Lin Zhang Miss China PR crowned Miss World 2007
  • MISS TOURISM INTERNATIONAL 2009



  • =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!