Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Dramatari Raja Bersiong di Dewan Filharmonik Petronas



Salam pembaca blog Selebriti Sensasi sekalian, 

Anda peminat seni budaya dan dramatari? Jika ya, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan dramatari Raja Bersiong yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS (KSPP) di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC pada 23 dan 24 Januari ini, pukul 8.30 malam.

PETRONAS dalam kenyataannya baru-baru ini menyatakan persembahan tersebut diadakan sebagai usaha berterusan dalam memelihara seni budaya. Dramatari Raja Bersiong merupakan arahan Suhaimi Magi dan skripnya dihasilkan oleh Roslee Mansor. Koreografi persembahan ini hasil kreatif Mohd. Seth Hamzah, A. Sam Palal dan Mohd. Nordin Abdulatip.

Sebelum ini, KSPP pernah mempersembahkan dramatari berjudul Mahsuri, Awang Sulung Merah Muda, Hanuman, Demang Lebar Daun dan Malim Deman di pentas yang sama.

Satu sidang media dan prebiu media akan diadakan pada 15 hb Januari 2008, jam 3 petang. Jumpa di sana!

Tiket-tiket boleh didapati pada harga RM10, RM20, RM30 dan RM35. Untuk tempahan, hubungi 03-20517007 atau faks ke talian 03-20517077.

Jom beli tiket!

Sinopsis Dramatari Raja Bersiong:
Mengisahkan Raja Ong Maha Perita Deria yang ketagih meminum darah manusia setelah terminum darah tukang masak istana yang terluka tangan ketika memasak. Rentetan peristiwa itu, ramai rakyat terpaksa menjadi korban termasuklah rakyat Kampar yang menjadi tahanan baginda. Kejadian itu menimbulkan kemurkaan Raja Kampar. Raja Kampar kemudiannya menyamar sebagai pencuri untuk bertempur dengan Raja Ong Perita Deria.

[tags]dramatari raja bersiong, Dewan Filharmonik Petronas, klcc, skrip teater Mahsuri, Awang Sulung Merah Muda, Hanuman, Demang Lebar Daun, naskah Malim Deman[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pementasan TItian Zaman Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS @ Dewan Filharmonik PETRONAS
  • A DOSE OF BAROQUE MUSIC WITH THE MPO AT Dewan Filharmonik PETRONAS
  • A CHAMBER CONCERT WITH THE MPO ENSEMBLE AT DEWAN FILHARMONIK PETRONAS
  • MPO’S MUSICAL JAMBOREE @ Dewan Filharmonik PETRONAS
  • ITALIAN TREASURES AT DEWAN FILHARMONIK PETRONAS
  • Pak Pandir The Musical di Dewan Filharmonik Petronas KLCC
  • Khadijah Ibrahim: Pearl Anniversary Concerts at Dewan Filharmonik PETRONAS
  • Concert Khadijah Ibrahim at Dewan Filharmonik PETRONAS
  • Teater Tradisional Mek Mulung Dewa Muda
  • Konsert Perjalanan Seni Yuna Dewan Filharmonik PETRONAS



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK