in ,

Sebab Zain Saidin Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

Kepada pembaca yang menonton episod terbaru MasterChef Selebriti Malaysia (Musim 2) yang bersiaran malam tadi (28 April, har Ahad) pastinya akan tahu apa yang berlaku dan b perangai ‘elok’ yang ditunjukkan oleh Zain Saidin. Memang panas juga dapur MasterChef Selebriti Malaysia semalam sampai nama Zain Saidin tiba-tiba muncul jadi trending di Twitter.

Zain-Saidin-Terkeluar-MasterChef-Selebriti-Malaysia

Jika anda tonton betul-betul, karakter spontan Zain Saidin dalam MasterChef Selebriti Malaysia mendapat reaksi penonton. Dikatakan Zain suka buat perangai dan tunjuk belangnya di set MasterChef Selebriti Malaysia. Dalam pada itu, ramai yang menganggap kerenah Zain itu sebagai satu drama dan strategi menaikkan rating program TV. Budiey rasa, ianya bukan sesuatu yang dirancang oleh Astro. Cuma karakter sebegini sememangnya akan menjadi perhatian lensa kamera dan wajib disiarkan untuk memanaskan lagi dapur. Ini yang penonton nak tengok. Kalau takde gaduh-gaduh, boring la pulak kan?

Malam tadi, ketika proses penyingkiran, satu Malaysia boleh melihat sendiri sikap kurang ajar dan memperbodohkan diri sendiri yang ditunjukkan Zain Saidin terhadap juri-juri dalam program tersebut. Tak pasal-pasal juri yang tak pernah mengamuk, terus ‘naik hantu’.

Sementara, peminat di laman sosial rata rata menyokong penyingkiran bakal suami Rozita Che Wan itu daripada MasterChef Selebriti kali ini kerana tidak sanggup melihat perangai tidak matang beliau sebagai seorang selebriti.

Malah ada antara mereka yang membandingkan Zain Saidin dengan Azwan Ali yang mana juga lantang bersuara dalam program itu sebelum ini tetapi tidak pernah sekali pun bersikap biadap.

Tapi mungkin juga ‘adegan’ Zain itu satu lakonan untuk menaikkan rating program terbitan Astro ini. Boleh jadi. Nantikan ‘drama-drama’ seterusnya pada episod akan datang.

Zain-Saidin-Terkeluar-MasterChef-Selebriti-Malaysiacapture-20130429-103246

Zain Saidin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Episod Akhir Kerana Lelaki Itu

Ammar Alfian Dedah Puteri Sarah Bercinta Dengan Syamsul Yusof