in ,

Drama Untukmu Muhammad Sempena Hari Ibu

[dropcap]B[/dropcap]ulan Mei merupakan satu simbolik untuk meraikan ibu-ibu di seluruh dunia. Bersempena sambutan Hari Ibu ini, slot Skrin Di 9 membawakan anda sebuah telefilem istimewa bertajuk Untukmu Muhammad sebagai tanda penghormatan dan rasa kasih terhadap seorang ibu.

Untukkmu Muhammad mengangkat kisah pengorbanan seorang ibu lakonan Sherry Merlis yang inginkan anaknya mendapat penjagaan terbaik dan sempurna setelah dia tiada lagi didunia. Amira, telah didiagnos menghidap penyakit barah.

Drama Untukmu Muhammad Sempena Hari Ibu

Suaminya, Razak (Adam Corrie) menjadi kekuatan Amirah untuk melawan penyakit barahnya yang berada pada tahap empat. Malang tidak berbau, apabila Razak ditimpa kemalangan yang meragut nyawanya. Semangat Amira untuk hidup mula rapuh dan dia tidak mahu meneruskan rawatan kemoterapi setelah merasakan peluangnya untuk hidup lama sudah tipis. Amira hanya risaukan tentang siapa yang boleh memikul tanggungjawab untuk menjaga satu-satunya anak Amira, iaitu Muhammad (Izz Ilham) dengan baik setelah ketiadaannya kelak.

Memikirkan tentang siapa yang dapat memberikan sepenuh perhatian kepada Muhammad, Amira meminta pertolongan Mak Su, ibu saudaranya yang rupa-rupanya mempunyai agenda lain disebalik keikhlasan Amira. Setelah itu, Amira mula berharap sepupunya Ayu untuk menjaga Muhammad. Ayu telah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak. Pada mulanya, Ayu gembira dengan kehadiran Muhammad tetapi melihat suaminya terlalu sayangkan Muhammad, Ayu mula cemburu sehingga menjejaskan hubungannya dengan Amira.

Apakah kesudahan nasib Muhammad? Adakah nasibnya akan terbela setelah Amira tiada? Mari sama-sama kita hayati kesudahan telefilem menyentuh hati yang akan disiarkan pada hari Rabu, 15 Mei ini, jam 8.30 malam. Telefilem ini merupakan terbitan ZK Creative Sdn Bhd dan turut menampilkan Aida Aris, Fikhree Bakar, Nuremy Ramli, Almy Nadia dan Soo Wincci yang memperkuatkan lagi jalan cerita telefilem Untukkmu Muhammad ini.

Kasih ibu tiada tandingannya, hargai setiap jasa dan pengorbanan mereka. Selamat Hari Ibu daripada kami di TV9!

Drama Untukmu Muhammad Sempena Hari Ibu

Drama Untukmu Muhammad Sempena Hari Ibu

Drama Untukmu Muhammad Sempena Hari Ibu

Drama Untukmu Muhammad Sempena Hari Ibu

Drama Untukmu Muhammad Sempena Hari Ibu

Drama Untukmu Muhammad Sempena Hari Ibu

Drama Untukmu Muhammad Sempena Hari Ibu

Drama Untukmu Muhammad Sempena Hari Ibu

Drama Untukmu Muhammad Sempena Hari Ibu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hitz.FM Receive an Official Honoree in the 17th Annual Webby Awards

Exclusive Mother’s Day Gift Packages From Samsung