Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Drama Twist Love di TV2



DRAMA CINA BERCORAK PERUNDANGAN : TWIST LOVE MENGISI SLOT GOLDEN PHEONIX DI TV2

Seolah menjadi trend tontonan masa kini, drama bersiri Cina yang mengangkat konflik pergolakan dalam bidang perundangan sememangnya memiliki kelompok pengikutnya sendiri untuk menjadi tontonan petang hari setelah pulang dari tempat kerja. Masakan tidak konflik yang cuba ditimbulkan turut diselitkan dengan kisah kekeluargaan dan percintaan yang realitinya berlaku dalam kehidupan seharian.

Ternyata percaturan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama bersiri Cina, Twist Love mengisi slot Golden Pheonix yang bersiaran mulai 13 Oktober 2009 lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di TV2 dilihat sebagai memenuhi permintaan penonton yang menggemari drama bercorak sebegini.

Meskipun dikaitkan dengan persoalan perundangan yang dilihat ‘berat’ untuk diterima semua peringkat dan kelas masyarakat, Twist Love tampil berbeza kerana bukan sahaja berlegar sekitar babak-babak watak berdepan dengan masalah undang-undang sebaliknya turut mengheret sama isu kekeluargaan dan kasih sayang dalam diri mereka .

Begitu pun menariknya drama 20 episod ini memaparkan kisah yang berlaku kepada pasangan suami isteri, Su Jian Kang dan Yang Xin Yi yang memiliki rumahtangga yang bahagia. Walau bagaimanapun, Xin Yi tidak menyangka sebuah perceraian yang berpunca dari keganasan rumahtangga telah menemukannya dengan Gu Jun Yong, bekas kekasihnya.

Ternyata takdir Xin Yi berubah mulai saat itu. Dalam perbicaraan perceraian tersebut, klien Jun Yong, Zheng Yuan Qiu (tertuduh) merupakan seorang yang berpengaruh dalam dunia perdagangan. Gu berharap dia dapat menggunakan peluang itu untuk meraih kedudukan yang kukuh dalam bidang perundangan tetapi tidak menyangka peguam pendakwa adalah Si Man.

Jun Yong terperangkap dalam dilema. Namun begitu, Jun Yong tetap dengan keputusannya untuk mengambil kes tersebut bagi membuktikan kebolehannya

Menyaksikan lakonan berkesan William So sebagai Su Jian Kang, Liu Zi sebagai Yang Xin Yi, Leo Ku sebagai Gu Jun Yong, Miriam Yeung sebagai Ah Chun, LeungHon-Man, Edmond sebagai Wen Han, He Ling sebagai He Tai Ji dan Yoyo Chong sebagai Mei Qi, pastikan anda memperuntukan waktu senggang anda setiap petang Isnin hingga Jumaat untuk menyaksikan Twist Love, jam 6.00 petang di saluran Dunia Ria, TV2.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Album DJ Station 4
  • Muzikal Raya Twist Raya di Aidilfitri TV2
  • F&N Launches Freestylz Show Your Moves A Street Dance Competition
  • Show Your Love, Pass Your Cornetto
  • Drama My Family, My Love 200 Episod di 8TV
  • Poster Drama Rona Roni Makaroni Lakonan Isma Yusoof
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang THE LOVE GURU
  • CHRIS O’DONNELL
  • Men In Black III in 3D Release May 25, 2012
  • Timeless Collection Featuring Classic Piano Instrumental



    • mira

      nak tau sangat citer ciner twisted love tu nnt akhirnye cmne?????
      sesape ade x jwpannye???

    • doe

      aper tajuk soundtrck die 2? nak taw..

    • fairi

      apa nama lagu dia..??

    • mira

      korang pon nak cari soundtrack citer nie eh..sme la kte…huhu..

    • http://yahoomessenger Ros

      salam…cerita Twist love nie memang seronak…apalagi bab gu junyong..
      kisah cintanya yang menarik apatah lagi seorang peguam..
      saya harap..cerita nie b’kembang maju..and banyak peminat..

    • http://yahoomessenger Ros

      SAYA tak banyak nak komen..lps je…abih..20 episod..sye hrp dapt main lagi pada waktu yang sama..jika sudi…kalo tak pun hrp Leo ku dpt b’lakon lgi di drama lain..janji di YV 2 jgak….

    • rossy

      saya suka lagu drama niiiiiiiiiiii



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK