in

Drama Tihany Lakonan Nabila Huda di TV9

PENGORBANAN TIHANY

Drama menarik terbaru menerusi slot Ratu iaitu Tihany, bakal menemui penonton setia TV9 pada setiap Isnin dan Selasa jam 8.30 malam bermula 10 Oktober ini. Tihany, arahan Bahri Umarif Bajuri bersama penulis skrip Sharulezad Mohameddin dibawah naungan Radius One Sdn Bhd ini menampilkan pelakon-pelakon berpengalaman seperti Nabila Huda, Emelda Rosmila, Mustafa Kamal, Ungku Aziz dan Riz Amin.

Kisah bermula dengan Tihany, lakonan Nabila Huda yang merupakan anak tunggal kepada Tan Sri Abu Bakar iaitu seorang tokoh usahawan berjaya. Tihany tinggal bersama ayah dan ibu tirinya Soraya. Walaupun Soraya adalah ibu tirinya, Tihany dan Soraya amat rapat dan dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang bahagia. Kehidupan Tihany yang sememangnya dikelilingi dengan kemewahan tidak membuatkannya berasa megah, sebaliknya dia tetap menjalani kehidupan harian yang sederhana dan lebih senang mengendalikan kedai bunganya yang kecil berbanding bekerja disyarikat ayahnya.

Perwatakan Tihany yang lembut dan sopan telah membuatkan Azman terpikat dengannya dan akhirnya mereka bertunang. Azman merupakan setiausaha syarikat di pejabat Tan Sri Abu Bakar. Azman sentiasa merasa rendah diri kerana kedudukan keluarganya yang berbeza dengan keluarga Tihany, apatah lagi bertunang dengan anak tokoh usahawan yang kaya.

Namun, suatu hari, kebahagiaan Tihany dan keluarga diragut apabila ayah Tihany diserang sakit jantung di hari pernikahan Tihany dan Azaman kerana Azman tidak muncul tiba. Ini membuatkan tetamu menjadi kelam-kabut terutamnya keluarga Tihany. Tihany panik dengan keadaan ayahnya dan demi menjaga kesihatan ayahnya, dia perlu juga berkahwin. Tetapi dengan siapa? Dalam keadaan cemas itu, Soraya tiba-tiba mencadangkan Tihany berkahwin dengan Imran, kenalan Soraya, demi menutup malu dan meneruskan majlis pernikahan tersebut.

Keputusan Soraya itu menimbulkan tanda-tanya di kalangan tetamu terutamanya Tihany. Namun demi menyelamatkan nyawa ayahnya yang diserang sakit jantung, Tihany mengikut sahaja kehendak ibu tirnya itu. Adakah ibu tirinya mempunyai agenda di sebalik perancangan tersebut?

Print Ad HM 33cmx26_1 LOWRES

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Budiey.com Menonton Filem Final Destination 5

Gambar Westlife di Sidang Media Westlife