Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Drama Tentang Bulan Lakonan Farisya dan Eman di Astro Prima



TENTANG BULAN THE SERIES
Drama bersiri 26 episod Tentang Bulan ini diangkat dari filem Tentang Bulan terbitan MIG yang pernah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada Disember 2006. Keputusan ini dibuat setelah melihat sambutan yang baik terhadap kisah kanak-kanak ini dan setelah mendapat persetujuan daripada pihak ASTRO PRIMA.

Melalui drama ini, penonton dapat melihat kehidupan watak-wataknya dengan lebih dekat. Melalui tayangan 26 episod ini, ia akan mengetengahkan unsur-unsur kekeluargaan dan persahabatan di samping diselit dengan unsur komedi dan ‘cinta monyet’ bagi menguatkan jalan cerita.

ARAHAN DAN PELAKON
Drama ini menampilkan pengarah yang berbeza iaitu Mazri Mustafa yang telah banyak mengarahkan drama perlbagai genre. Manakala barisan pelakonnya terdiri daripada kanak-kanak berbakat besar seperti Eman, Danial Mohd Nizam (sebagai Mawi), Muhammad Azhari Azizam (Budi), Farisya Mohd Nazer (Ila), Muhamad Adi Mifzal (Abu), Mohd Nasiruddin Nasir (Ibrahim) dan Nurul Elfira (Zurina). Bagi menambah kekuatan jalan cerita, watak-watak dewasa akan dipegang oleh Bob Lokman, Fiffy, Kuza, Din Wahab, Zarina Zainuddin, Ery Sulaiman, Rahim Omar, Khir Mohd Noor dan ramai lagi. Karakter dan watak sengaja dikekalkan kerana itu adalah tarikan utama filem. Jalan ceritanya juga akan terus mengenengahkan unsur-unsur persahabatan dan kekeluargaan di samping turut diselitkan dengan unsur komedi dan ‘cinta monyet’ untuk lebih menarik.

SINOPSIS DRAMA
Tentang Bulan The Series mengisahkan persahabatan enam sekawan iaitu Mawi (Eman Danial), Abu (Muhammad Adi Mifzal), Ibrahim (Mohd Nasiruddin), Budi (Muhd Azhari Azizam), Ila (Nurul Farisya) dan Zurina (Nurul Elfira Loy) di sebuah kampung. Mereka belajar di dalam kelas yang sama, manakala Zurina pula adalah pelajar baru di sekolah mereka. Enam sahabat ini juga mempunyai cita-cita yang tinggi.

Pelbagai perkara dan konflik yang perlu diharungi di dalam kehidupan mereka masing-masing yang akhirnya membuatkan mereka lebih akrab dan mula menghargai nilai persahabatan dan kekeluargaan. Turut membintangi drama yang akan mula disiarkan di Astro Prima pada 28 April depan ini ialah Bob Lokman, Fiffy, Kuza, Zarina Zainuddin, Din Wahab, Ery Sulaiman dan Rahim Omar.

Mengulas dengan lebih lanjut tentang drama ini, kata Mazri, penggambarannya akan bermula pada hari ini selama lebih kurang 40 hari.

Bagi merealisasikan skrip yang menuntut suasana kampung, seluruh tenga produksi dan pelakon akan berkampung di Kuala Kangsar, Perak selama lebih sebulan bermula 15 Februari 2008.

Drama bersiri Tentang Bulan ini akan disiarkan di Saluran ASTRO PRIMA selama 26 episod bermula pada 28hb April tahun ini.

MIG akan terus aktif menerbitkan drama dan telefilem bermutu untuk tatapan penonton Malaysia. perkembangan drama lain, telefilem Intan Asmara yang bakal ditayangkan di slot Samarinda TV3 sudah hampir selesai pengambaran.

[tags]drama tentang bulan, filem tentang bulan dvd, Nurul Elfira Loy, Nurul Farisya, Muhammad Adi Mifzal, Eman Danial, Mohd Nasiruddin, Muhd Azhari Azizam, Bob Lokman, Fiffy, Kuza, Zarina Zainuddin, Din Wahab, Ery Sulaiman, Rahim Omar. prima.com, astro.com, utusan malaysia, bharian.com, erman danial, photo actress hot[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Drama Mertua VS Menantu Lakonan Erra Fazira
  • Suria Di Cordoba di Astro Prima
  • Suatu Ketika Papar Kisah Sejarah
  • Gambar Eman Manan dan Pelakon Filem Wayang
  • Drama Jangan Main Belakang Bukan Cerita Gay
  • Prebiu Astro Megadrama Gadis Cuci & Dua Marhalah
  • Majlis Pra-Tonton Program Ramadan Astro
  • Telemovie Parit Jawa Menyayat Perasaan Penonton
  • Sekitar Makan Malam Astro Bersama Media
  • Lisa Surihani, Julia Ziegler Pakai Tudung dalam Tudung Ekspress



    • Shafizow

      el ni sbnrnya form brape klau form5 k bawah boleh lah jadi lover aq.tpi klau 18 thn k ats blew jdi frendz jer.ok lar bgi siapa yg mgutuk el trik la blik kata2 anda 2.skian shafizow melaporkan.hmetro….

    • syifa15

      dasyat jgk korg dok mengutuk elfira ek….ni baru elfira pnyer website…blom lg tgk website rafiqin darwisy…lg meletop…ntah la manusia skarang ni…

    • http://yahoo Ek@95

      shafizow dye form 4 la xkn xtau..nk jd lover konon..umo pn xtau ad hati..sori yek klo mnyakitkn ati..sahaja jerrrr…

    • cha

      kerek….

    • baby

      eyh i dah tgk pic lama drng kat utube,dua2 xlawa mana but sweet la
      xsangka plak dua org ni pasangan kekasih tp dua2 skrg da makin lawa ek so haters bhenti kutuk2 dorang ok,dua2 lawa sgt2 skrg ni <3 them

    • munchkin

      fuck u guys x taw afnan tu dah dgn pompan lain so jgn sbut nama dia dlm ni lg ok! menyampah! bgus jgk afnan tu rahsiakn gf baru die kalo x entah ape lg yg korang taip dlm blog nie

    • Elfira Loy

      Jgn gado gado El x suke.
      Biar la dorg kata apa, yg penting family El, dan kawan2 rapat El tau.
      Salamualaikum.

    • rosie

      hai syifa15 saya kembali….pe khabar….????

    • ammar skbn

      hai kak elfira!….

    • ammar skbn

      saya minat cerita tentang bulan the series……saya juga minat dgn pelakonnya….

    • aqew larr mactah

      hai,,, akak elfira …. bila akak elfira nak gi tawau sabah ehhh.

    • takperluname

      adoyai nak tergelak aku bace komen budak2 sekolah ni.
      konpem da besa esok korg xnak ngaku korg penah tulis komen tu sumer.
      huhu

      kpd elfira, bo layan aje komen2 yg jelas lg nyate tunjuk level pemikiran org yg hantar komen tu.

      semoga elfira akan jd seorg pelakon yg bagus + xterjebak dengan perkara2 yg x elok. jaga diri baik2. all the best!

    • Anonymous

      like it



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK